02/06/2026
Sekalung Tahniah dan Setinggi-tinggi Penghargaan
Seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ir. Hj. Alias bin Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan atas penganugerahan Johan Mangku Negara (J.M.N.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Tahun 2026.
Penganugerahan yang amat bermakna ini merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap dedikasi, kepimpinan berwibawa serta komitmen berterusan beliau dalam memperkasa sektor perkhidmatan pembetungan negara ke arah yang lebih cekap, mampan dan berdaya saing.
Semoga kejayaan dan penghormatan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga JPP untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.
Tahniah dan syabas di atas pengiktirafan yang membanggakan ini.