Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG Agensi tunggal kerajaan yang mempunyai autoriti dan kepakaran dalam bidang mineral dan geosains.

Disclaimer: Users and visitors shall be notified that the intended purpose of the page is to serve as a mechanism for communication between MAMPU and fans. Fans articles and comments containing any of the following forms of content shall not be allowed:

a) Comments not topically related to the particular social medium article being commented upon;
b) Comments in support of or opposition to political campaigns or ballot measures;
c) Profane language or content;
d) Content that promotes, fosters, or perpetuates discrimination on the basis of race, creed, color, age, religion, gender, marital status, status which regard to public assistance, national origin, physical or mental disability or sexual orientation;
e) Sexual content or links to sexual content;
f) Solicitations of commerce;
g) Conduct or encouragement of illegal activity;
h) Information that may tend to compromise the safety or security of the public or public systems; or
i) Content that violates a legal ownership interest of any other party.

LAWATAN LAPANGAN | LENGGONG UNESCO GLOBAL GEOPARK 🌏🪨Delegasi THE 43rd MALAYSIA-THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY W...
15/08/2026

LAWATAN LAPANGAN | LENGGONG UNESCO GLOBAL GEOPARK 🌏🪨

Delegasi THE 43rd MALAYSIA-THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY WORKING GROUP (MT-JGS WG) MEETING dan THE 23rd MALAYSIA-THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY COMMITTEE (MT-JGSC) MEETING telah menyertai lawatan lapangan ke Geosite Lenggong UNESCO Global Geopark (Lenggong UGGp).

Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi Malaysia dan Thailand untuk meninjau dan memahami dengan lebih dekat keunikan geologi, landskap serta geologi warisan yang terdapat di Lenggong UGGp.

Selain menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman, lawatan lapangan ini turut memperkukuh hubungan serta kerjasama dalam bidang geologi antara Malaysia dan Thailand.

🌏 Geology Beyond Frontier
🤝 Menghubungkan ilmu, geologi dan kerjasama merentasi sempadan.

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛...
14/08/2026

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗦𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢 𝗖𝗘𝗥𝗨𝗡 (𝗣𝗕𝗥𝗖) 𝗗𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗜𝗧 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧

📍 Hotel Mercure Selayang
📅 11 Ogos 2026 (Selasa)
🕣 8:30 pagi

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Sesi Libat Urus dan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Gombak dan Daerah Hulu Langat bagi Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) di Bukit Antarabangsa dan Hulu Langat.
Sesi ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Tujuan utama sesi ini adalah untuk berkongsi hasil dan dapatan projek PBRC kepada pihak JPBD, di samping memperkukuh penyelarasan antara agensi dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan serta pengurusan dan pengurangan risiko bencana geologi, khususnya berkaitan bahaya dan risiko cerun.

🎤 Sesi pembentangan
Penceramah pertama, Abdul Rahman bin Mohamed Sedek, Penolong Pengarah merangkap Pegawai Projek, telah menyampaikan pembentangan berkaitan pengenalan kepada Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun Negeri Selangor, merangkumi latar belakang, objektif serta kepentingan projek dalam menyokong pengurusan risiko bencana geologi.
Penceramah kedua, Encik Asrizul Anuar bin Saruwan, Senior Geologist daripada Geotechnica Sdn. Bhd. selaku pihak perunding, telah membentangkan hasil dan dapatan Projek PBRC, termasuk maklumat berkaitan bahaya dan risiko cerun yang dapat dimanfaatkan oleh agensi berkaitan dalam perancangan dan pengurusan bencana.

Program ini turut melibatkan penyertaan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat selaku peneraju JPBD daerah, bersama wakil pelbagai agensi berkepentingan termasuk Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM),Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), serta agensi-agensi berkepentingan yang berkaitan.

🤝 Kerjasama dan penyelarasan antara agensi amat penting bagi memastikan maklumat bahaya dan risiko dapat dimanfaatkan secara optimum serta diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan dalam aspek kesiapsiagaan, tindak balas kecemasan dan pengurangan risiko bencana.

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓𝐈“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dipilih sebag...
14/08/2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓𝐈

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, yang mencerminkan aspirasi untuk membina sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni demi kesejahteraan seluruh rakyat.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Kelantan (JMG Kelantan) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Penerangan Negeri Kelantan (JAPEN Kelantan) yang diketuai oleh YBrs. Encik Ahmad Ammar bin Othman, Pengarah JAPEN Kelantan, sempena pelaksanaan kempen “1 Rumah 1 Jalur Gemilang” di mana beliau telah menyempurnakan penyerahan Jalur Gemilang kepada JMG Kelantan sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan menyokong kempen pengibaran Jalur Gemilang di seluruh negara.

Inisiatif ini turut menjadi wadah untuk menggalakkan masyarakat, khususnya penjawat awam, menzahirkan rasa cinta dan bangga terhadap negara melalui pemasangan serta pengibaran Jalur Gemilang, sama ada di premis kerajaan mahupun di kediaman masing-masing.

Ayuh warga Malaysia! Mari bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang kebanggaan kita!

13/08/2026

🎥 JOM SAKSIKAN SOROTAN VIDEO!

🌏 THE 23rd MALAYSIA-THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY COMMITTEE (MT-JGSC) MEETING

Saksikan sorotan sepanjang siri mesyuarat yang menghimpunkan delegasi Malaysia dan Thailand dalam memperkukuh kerjasama serta pertukaran kepakaran dalam bidang geologi merentasi sempadan kedua-dua negara.

Daripada perbincangan teknikal, perkongsian hasil kajian, kemajuan aktiviti bersama hingga kepada perancangan kerjasama akan datang — semuanya terangkum dalam satu sorotan! 🎬

✨ Geology Beyond Frontier
🇲🇾🤝🇹🇭 Bersama meneroka, memahami dan memperkukuh ilmu geologi merentas sempadan.

𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗘𝗡 𝗢𝗧𝗛𝗠𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗡 𝗞𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗥🌿 MENELUSURI JEJAK BAKTI: ENCIK OTHMAN BIN KANGSAR🌿Selamat Bersara, Encik Othman bin Kang...
13/08/2026

𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗘𝗡 𝗢𝗧𝗛𝗠𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗡 𝗞𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗥

🌿 MENELUSURI JEJAK BAKTI: ENCIK OTHMAN BIN KANGSAR🌿

Selamat Bersara, Encik Othman bin Kangsar!

Dilahirkan pada 13 Ogos 1970 di Jerantut, Pahang, Encik Othman bin Kangsar telah menabur bakti dalam perkhidmatan awam selama hampir tiga dekad, khususnya dalam bidang geosains bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

Beliau memulakan perkhidmatan pada 2 Januari 1997 sebagai Pegawai Kajibumi, Gred C41 dalam bidang Geofizik di JMG Sarawak. Sepanjang perjalanan kerjaya, beliau kemudiannya berkhidmat di JMG Perak, Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG serta JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP).

Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Timbalan Pengarah (Geosains), Gred C13 di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP).

Sebagai seorang anak Orang Asli yang berjaya membina kerjaya dalam bidang profesional, perjalanan kerjaya Encik Othman merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Kejayaan beliau mengembangkan kerjaya dalam bidang geosains sehingga diberi kepercayaan memegang jawatan kepimpinan di JMG bukan sahaja mencerminkan keupayaan dan kecemerlangan diri, malah menjadi bukti bahawa ilmu, ketekunan, usaha dan komitmen yang tinggi mampu membuka ruang untuk seseorang mencapai kejayaan yang lebih besar. Beliau secara tidak langsung menjadi antara contoh serta inspirasi kepada generasi muda Orang Asli untuk terus mengejar kecemerlangan dalam pendidikan, bidang profesional dan perkhidmatan awam.

Dengan pengalaman luas dalam bidang geofizik, geosains dan geologi alam sekitar, beliau telah memberikan pelbagai sumbangan serta khidmat bakti dalam pembangunan dan pelaksanaan tugas-tugas geosains di JMG.

Antara pencapaian yang membanggakan, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2015 dan 2024 sebagai pengiktirafan atas dedikasi dan kecemerlangan sepanjang perkhidmatan.

Kini, setelah melalui perjalanan kerjaya yang panjang dan penuh bermakna, tibalah masanya untuk Encik Othman melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.

Seluruh warga JMG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bakti, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan.

Semoga Encik Othman dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesejahteraan yang berpanjangan, serta menikmati kehidupan persaraan bersama keluarga tercinta.

Selamat Bersara, Encik Othman bin Kangsar.
Jasa dikenang, budi disanjung, kenangan kekal dalam ingatan. 🤍

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟. 𝟳/𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 (𝗔𝗣𝗖) 𝟮𝟬𝟮𝟱 & 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗖𝗢𝗡𝗧𝗢𝗛...
13/08/2026

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟. 𝟳/𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 (𝗔𝗣𝗖) 𝟮𝟬𝟮𝟱 & 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗖𝗢𝗡𝗧𝗢𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗝𝗠𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

IPOH, 3 OGOS 2026 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 7/2026, Penyampaian APC 2025 & Anugerah Pekerja Contoh Penggal Pertama 2026 bertempat di Dewan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), JMG.

Majlis penuh bermakna ini telah dimulakan dengan perutusan daripada YBrs. Tuan Pengarah JMG Perak, Tn. Hj. Nizarulikram bin Abd Rahim. Dan kemudiaanya telah diserikan dan disempurnakan dengan amanat daripada YBhg. Datuk Ketua Pengarah JMG Malaysia, Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli.

Antara pengisian utama majlis termasuklah:
• 🎓 Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 kepada 6 orang penerima (Persekutuan & Negeri) atas dedikasi dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang tahun lalu.
• 🌟 Penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Penggal Pertama 2026 kepada 3 orang warga kerja JMG Perak.
• 🤝 Sesi Pengenalan Kakitangan Baharu, Puan Noorsyafiqah binti Abdul Aziz. Selamat datang dan selamat berkhidmat diucapkan!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah! Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kecemerlangan organisasi.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, pihak Pusat Penyelidikan Mineral dan warga kerja yang hadir menjayakan perhimpunan kali ini.

𝗝𝗠𝗚–𝗡𝗔𝗗𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗚𝗘𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧IPOH, 7 Ogos 2026: Bahagian Perkhidmatan ...
13/08/2026

𝗝𝗠𝗚–𝗡𝗔𝗗𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗚𝗘𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧

IPOH, 7 Ogos 2026: Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menerima lawatan kerja rasmi daripada delegasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Delegasi NADMA telah diketuai oleh YBrs. Tuan Wan Muhammad Rumaizi bin Wan Hussin, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), manakala pihak JMG diketuai oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah Kanan BPT.

Sesi libat urus ini dianjurkan dengan tujuan utama untuk membincangkan aspek berkaitan pengurusan bencana geologi. Perbincangan memfokuskan kepada beberapa aspek kritikal, termasuk Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC), inventori serta pemantauan cerun dan tanah runtuh, kesiapsiagaan mendepani Monsun Timur Laut (MTL), pengoperasian Sistem Amaran Awal Bencana Geologi (EWS) tanah runtuh, dan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM).

Semasa sesi tersebut berlangsung, pihak JMG turut mengadakan pembentangan komprehensif mengenai aplikasi teknologi terkini yang diguna pakai oleh jabatan, iaitu Sistem Maklumat Geospatial Terain dan Cerun Negara (NaTSIS), Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Negara (MyGEMS) serta Sistem Amaran Awal Bencana Geologi (EWS).

Adalah menjadi harapan agar pertemuan strategik ini dapat memperkukuh sinergi dan jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi. Pemerkasaan aspek pengurusan bencana geologi ini amat penting bagi meminimumkan impak bencana, seterusnya menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan ketetapan Arahan NADMA No. 1 serta Sendai Framework for Disaster Risk Reduction (2015-2030).

THE 23rd MALAYSIA-THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY COMMITTEE MEETING 🇲🇾🇹🇭Kerjasama geologi Malaysia-Thailand teru...
12/08/2026

THE 23rd MALAYSIA-THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY COMMITTEE MEETING 🇲🇾
🇹🇭

Kerjasama geologi Malaysia-Thailand terus diperkukuh menerusi THE 23rd MALAYSIA-THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY COMMITTEE (MT-JGSC) MEETING.

Antara agenda utama mesyuarat adalah:

🔹 Pembentangan laporan kemajuan aktiviti Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey bagi tahun 2025–2026 oleh Ketua Kumpulan Kerja Malaysia dan Thailand.

🔹 Pembentangan laporan akhir oleh ahli Kumpulan Kerja Malaysia dan Thailand.

🔹 Penyerahan laporan kepada Pengerusi Malaysia dan Thailand.

🔹 Perbincangan dan pelaksanaan The 23rd MT-JGSC Meeting berdasarkan agenda yang telah ditetapkan.

🔹 Sesi penyediaan laporan hasil mesyuarat.

Kerjasama rentas sempadan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Thailand dalam memperkukuh perkongsian kepakaran, data serta pengetahuan geologi demi manfaat bersama.

🌏 Geology Beyond Frontier

🇲🇾🇹🇭 THE 43rd MALAYSIA–THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY WORKING GROUP MEETING📍 11 Ogos 2026 | Pusat Penyelidikan ...
11/08/2026

🇲🇾🇹🇭 THE 43rd MALAYSIA–THAILAND BORDER JOINT GEOLOGICAL SURVEY WORKING GROUP MEETING

📍 11 Ogos 2026 | Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)

The 43rd Malaysia–Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting telah berlangsung bagi memperkukuh kerjasama teknikal dan pertukaran kepakaran antara Malaysia dan Thailand dalam bidang geologi khususnya yang melibatkan kawasan sempadan kedua-dua negara.

Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak untuk meneliti perkembangan kajian, berkongsi hasil dan kemajuan kerja, membincangkan isu-isu teknikal serta mengenal pasti tindakan susulan bagi kajian dan aktiviti kerjasama yang sedang dilaksanakan.

Antara perkara utama yang dibincangkan dan dikongsikan dalam mesyuarat ini termasuk:

🔹 Unsur Nadir Bumi (REE) – perkembangan Case Study on REE in Malaysia dan Case Study on REE in Thailand;

🔹 Pembangunan Geopark Secara Lestari – kemajuan kajian berkaitan Sustainable Development of Geopark and its Impacts di Malaysia dan Thailand;

🔹 Ciri-ciri Granit di Sepanjang Sempadan Malaysia–Thailand – perkongsian hasil dan kemajuan kajian berkaitan ciri batuan granit di kawasan sempadan;

🔹 Bahaya Geologi Karst dan Mitigasi – perkembangan kajian Karst Geohazard Study and Mitigation bagi memahami risiko bahaya geologi di kawasan karst serta langkah mitigasi yang bersesuaian.

Kesemua perkongsian ini memberikan peluang kepada ahli Working Group kedua-dua negara untuk bertukar maklumat, pengalaman dan kepakaran teknikal, di samping memperkukuh kefahaman bersama terhadap aspek geologi yang mempunyai kepentingan merentasi sempadan.

Kerjasama Malaysia–Thailand melalui Working Group ini terus menjadi medium penting dalam memperkasa penyelidikan geologi, perkongsian data dan kepakaran serta pembangunan bidang geosains secara berterusan, selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara.

🤝 Malaysia–Thailand: Strengthening Geological Cooperation Across Borders. 🇲🇾🇹🇭

🌏 KUNJUNGAN HORMAT BADAN PENGURUSAN GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK (GHLGp) KE JMG10 Ogos 2026 | Ibu Pejabat JMG🌏 Ketua Penga...
10/08/2026

🌏 KUNJUNGAN HORMAT BADAN PENGURUSAN GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK (GHLGp) KE JMG

10 Ogos 2026 | Ibu Pejabat JMG

🌏 Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), YBhg. Datuk Zamri bin Ramli, P.Geol., menerima kunjungan hormat Badan Pengurusan Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp) yang diketuai oleh Puan Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor.

⚒ Kunjungan ini mencerminkan hubungan kerjasama dua hala antara JMG dan Badan Pengurusan GHLGp dalam memperkukuh pengurusan, pemuliharaan dan pembangunan GHLGp yang merangkumi 31 geotapak, 6 biotapak dan 11 tapak budaya.

💎 Sesi turut diserikan dengan perkongsian oleh Pengurus Pembangunan GHLGp, berkaitan pendekatan, inisiatif dan pembangunan GHLGp, termasuk pelaksanaan Garis Panduan Geokomuniti, Pangkalan Data Geokomuniti serta pengenalan “Kuarzo” sebagai maskot GHLGp.

✨ Kuarzo yang diinspirasikan daripada Geotapak Permatang Kuarza Gombak menjadi antara elemen yang menyerlahkan identiti dan keunikan warisan geologi GHLGp.

⚒ Sebagai agensi teknikal negara dalam bidang geosains, JMG berperanan menyokong GHLGp melalui kepakaran geologi, pemetaan dan dokumentasi geotapak, penyelidikan, pemuliharaan warisan geologi serta pembangunan dan perkongsian data geospatial bagi memperkukuh pengurusan geopark secara berasaskan sains. Sesi turut dihadiri oleh YBrs. En. Tuan Rusli b. Tuan Mohamed, Pengarah JMG Selangor/W.Persekutuan, wakil NRES dan para pegawai teknikal JMG.

🌏 Kerjasama strategik ini turut menyokong usaha memperkukuh kedudukan GHLGp sebagai Geopark Kebangsaan serta menyokong aspirasi untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO Global Geopark (UGGp) pada tahun 2028.

🤝 JMG komited untuk terus menjadi rakan strategik GHLGp dalam memperkasa warisan geologi, pendidikan, penyelidikan, pembangunan komuniti dan pelancongan lestari, sekali gus mengangkat keunikan geologi Malaysia ke peringkat antarabangsa.
tag : Zamri Ramli





Address

Aras 8 Dan 9, Menara PjH, No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG:

Shortcuts

Share