Bomba WP Putrajaya

Bomba WP Putrajaya Ini merupakan laman Facebook RASMI bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia WP Putrajaya.

Untuk makluman semua, Laman FB ini merupakan laman Facebook RASMI bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia WP Putrajaya.Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia merupakan "Sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf antarabangsa."

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia!Di sebalik kibaran Jalur Gemilang yang megah di ang...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia!

Di sebalik kibaran Jalur Gemilang yang megah di angkasa, ada keringat dan komitmen Wira Merah yang sentiasa siap sedia berbakti demi keselamatan dan kesejahteraan negara. Sambutan ini menjadi bukti keutuhan perpaduan kita sebagai satu bangsa yang kuat dan bersatu padu. Semoga Malaysia terus aman, makmur.

Selamat Hari Merdeka ! 🧑‍🚒💪🇲🇾

28 Ogos 2026 (Jumaat) – Bertempat di Bilik Bunga Raya, telah berlangsung Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas antara TPgB ...
28/08/2026

28 Ogos 2026 (Jumaat) – Bertempat di Bilik Bunga Raya, telah berlangsung Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas antara TPgB II Yusrizan dan PKPgB Mohd Azuan pada jam 3.00 petang tadi.

Majlis ini menandakan kesinambungan kepimpinan dan amanah baharu dalam meneruskan kecemerlangan pentadbiran serta operasi organisasi demi keselamatan masyarakat.

Seluruh warga JBPM W.P Putrajaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada TPgB II Yusrizan atas segala jasa, kepimpinan, dan bakti yang dicurahkan. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada PKPgB Mohd Azuan atas amanah baharu ini. Semoga tugas yang digalas ini dilaksanakan dengan penuh komitmen dan dedikasi!

JBPM WP PUTRAJAYA ANJUR MAJLIS KEROHANIAN DI DEWAN SUTERA DEMI KESEJAHTERAAN WARGA WIRA MERAHPUTRAJAYA, 28 Ogos 2026(Jum...
28/08/2026

JBPM WP PUTRAJAYA ANJUR MAJLIS KEROHANIAN DI DEWAN SUTERA DEMI KESEJAHTERAAN WARGA WIRA MERAH

PUTRAJAYA, 28 Ogos 2026(Jumaat) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menganjurkan Majlis Kerohanian di Dewan Sutera, JBPM Wilayah Persekutuan Putrajaya. Antara pengisiannya adalah Solat Hajat, Bacaan Yaasin, Tahlil, Selawat dan Doa Selamat.

Program kerohanian yang dianjurkan ini bertujuan untuk memohon keselamatan dan kekuatan spiritual bagi wira-wira merah termasuk ahli keluarga dalam menghadapi pelbagai cabaran serta tugasan kecemasan yang berisiko tinggi.

Majlis bermula seawal jam 8.45 pagi dengan ketibaan para pegawai dan anggota, dimulai dengan Solat Hajat berjemaah. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan Bacaan Yaasin, Tahlil khusus bagi mengenang jasa pegawai-pegawai bomba yang telah kembali ke rahmatullah, diikuti Selawat sebagai manifestasi rasa cinta, kasih, dan sayang kepada junjungan besar Baginda Rasullullah S.A.W. Suasana Dewan Sutera bertukar syahdu apabila seluruh hadirin bersama-sama berdiri bagi mengalunkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W sebelum berakhir dengan bacaan doa selamat yang khusus untuk dua orang pegawai bomba iaitu, PPjB Mohd Sani Harul dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JBPM dan PBK II Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa yang bertugas di ABPM Wilayah Timur yang masih gagal dihubungi setelah berlaku Bencana Banjir serta Tanah Runtuh di Nepal ketika menyertai misi pendakian Nepal.

Turut hadir dalam Majlis Kerohanian tersebut ialah YS PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Ketua Balai dan anggota dari BBP Presint 7 dan BBP Presint 14. Dalam ucapan ringkasnya, YS Pengarah menzahirkan rasa syukur atas komitmen warga kerja yang hadir dan berharap agar program seumpama ini dapat memupuk nilai integriti, ketenangan jiwa, dan semangat kerja berpasukan, serta “seerat serasa sehati sejiwa” yang utuh dalam kalangan anggota bomba.

SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026, JBPM W.P. Putrajaya sebagai pasukan keselamatan ingin menyeru kepada semua pengun...
26/08/2026

SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026, JBPM W.P. Putrajaya sebagai pasukan keselamatan ingin menyeru kepada semua pengunjung dan pengguna Cruise Tasik Putrajaya agar sentiasa mematuhi etika serta arahan keselamatan yang telah ditetapkan.

Kerjasama semua pihak amatlah dihargai bagi memastikan aspek keselamatan, keselesaan dan kelancaran aktiviti sepanjang sambutan sentiasa terpelihara.

Keselamatan Tanggungjawab Bersama. Patuh Arahan, Utamakan Keselamatan.”

Salam Maulidur Rasul 202612 Rabiuawal 1448HIkhlas Daripada, YS PgKB I Aswadi Bin Haji Ismail Pengarah serta Seluruh Warg...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 2026
12 Rabiuawal 1448H

Ikhlas Daripada,

YS PgKB I Aswadi Bin Haji Ismail
Pengarah serta Seluruh Warga Kerja Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia WP Putrajaya

Tahniah diucapkan kepadaYS Datuk Abdul Razak bin Muda,Pengarah Bahagian Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, ...
24/08/2026

Tahniah diucapkan kepada
YS Datuk Abdul Razak bin Muda,
Pengarah Bahagian Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, atas penganugerahan
Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk.

Ikhlas Daripada,

YS PgKB I Aswadi Bin Haji Ismail
Pengarah serta Seluruh Warga Kerja Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia WP Putrajaya

24/08/2026
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 2/2026JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIAWP PUTRAJAYAMAJLIS PELUNCURAN KEMPENKIBARKAN ...
21/08/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 2/2026
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
WP PUTRAJAYA

MAJLIS PELUNCURAN KEMPEN
KIBARKAN JALUR GEMILANG TAHUN 2026
PERINGKAT JBPM WP PUTRAJAYA





21/08/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 2/2026
JĂ…BATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
WP PUTRAJAYA
MAJLIS PELUNCURAN KEMPEN
KIBARKAN JALUR GEMILANG TAHUN 2026
PERINGKAT JBPM WP PUTRAJAYA




Balai Bomba Dan Penyelamat Presint 7 Putrajaya BBP Putrajaya Presint 14

20/08/2026

MAJLIS PENUTUPAN
PERKHEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
PERINGKAT WP PUTRAJAYA TAHUN 2026

Address

Lebuh Wawasan, Presint 7
Putrajaya
62250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bomba WP Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bomba WP Putrajaya:

Shortcuts

Share

Category