Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia - AKPS

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia - AKPS Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)

DIRGAHAYU TUANKUMenjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bag...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan mengurniai Kebawah Duli Tuanku kesejahteraan, kekuatan serta kebijaksanaan.




πŸͺ· π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π–π„π’π€πŠ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸͺ·Warga Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengucapkan Selamat Hari Wesak...
31/05/2026

πŸͺ· π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π–π„π’π€πŠ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸͺ·

Warga Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa sinar kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia dalam semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum serta agama.




26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H / 2026M βœ¨πŸŒ™

Warga Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, memperkukuh nilai keikhlasan, pengorbanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Dalam kemeriahan menyambut Aidiladha bersama insan tersayang, marilah kita terus bersama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan sempadan negara demi kesejahteraan Malaysia tercinta. πŸ‡²πŸ‡Ύ

β€œPengorbanan Disemai, Kedaulatan Dipertahankan”

21/05/2026

PUTRAJAYA | 20 Mei 2026 – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Animal and Plant Health Inspection Service (APHIS), U.S. Department of Agriculture yang diketuai oleh H.E. Mr. Joseph Vukovich, Area Director, APHIS, U.S. Embassy Manila, Filipina. Delegasi tersebut telah disambut oleh YDH. CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Pengarah AKPS di Ibu Pejabat AKPS.

Pertemuan tersebut menjadi platform bagi membincangkan hasil penyertaan delegasi AKPS dalam program International X-Ray Interdiction Training (IXIT) di Laredo, Texas, di samping memperhalusi kerjasama dua hala dalam aspek keselamatan sempadan, penguatkuasaan biosekuriti pertanian serta perkongsian kepakaran teknikal dan pembangunan kapasiti pegawai penguat kuasa.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan AKPS dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi ancaman rentas sempadan termasuk penyeludupan bahan terlarang, perosak dan penyakit yang boleh menjejaskan keselamatan serta sektor agromakanan negara. AKPS akan terus memperluas jaringan kerjasama antarabangsa demi memastikan kawalan sempadan negara kekal cekap, selamat dan berdaya tahan.




19/05/2026

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH AKPS KE TERMINAL KARGO FCZ KLIA

Tarikh: 18 Mei 2026 (Isnin)
Tempat: Terminal Kargo Zon Perdagangan Bebas (FCZ), KLIA

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π€πŠππ’ πŠπ„ π“π„π‘πŒπˆππ€π‹ πŠπ€π‘π†πŽ 𝐅𝐂𝐙 πŠπ‹πˆπ€SEPANG, 18 Mei 2026 (Isnin) – YDH. CP Dato’ Sri Mohd Shuhail...
19/05/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π€πŠππ’ πŠπ„ π“π„π‘πŒπˆππ€π‹ πŠπ€π‘π†πŽ 𝐅𝐂𝐙 πŠπ‹πˆπ€

SEPANG, 18 Mei 2026 (Isnin) – YDH. CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Pengarah AKPS telah mengadakan lawatan kerja ke Terminal Kargo Zon Perdagangan Bebas (FCZ), KLIA bagi meninjau tahap kesiapsiagaan dan kelancaran pengoperasian kargo, selain memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak industri dalam memastikan aspek kawalan keselamatan dan pematuhan peraturan di pintu masuk negara berada pada tahap optimum.

Lawatan dimulakan dengan taklimat pengoperasian oleh Malaysia Airports Sepang Sdn. Bhd. sebelum diteruskan ke Pos Aviation Cargo dan DHL Express Malaysia Kuala Lumpur Gateway bagi melihat pelaksanaan operasi serta tahap pematuhan di lapangan.

Turut hadir ialah YBrs. Puan Zuraini binti Othman, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), YDH. SAC Tuan Mohd Nasaruddin bin M. Nasir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), serta Encik Shahrunnizam Abd Jamil, Pengurus Besar Malaysia Airports Sepang Sdn. Bhd.




18/05/2026
16/05/2026

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menguatkuasakan keperluan Sijil Analisis (Certificate of Analysis - CoA) bagi lima jenis sayuran import iaitu cili merah, timun, tomato, sawi dan kubis bulat bermula 1 Jun 2026. Langkah ini bertujuan memperkukuh kawalan keselamatan makanan negara serta memastikan produk import yang memasuki pasaran tempatan mematuhi standard keselamatan dan kualiti yang ditetapkan.

Pelaksanaan syarat CoA akan dilaksanakan secara bersepadu melibatkan kerjasama KKM, MAQIS dan AKPS di semua pintu masuk negara. KPKM turut memberi jaminan bahawa penguatkuasaan ini akan dilaksanakan dengan lancar tanpa menjejaskan kestabilan bekalan sayuran negara, selaras dengan komitmen kementerian dalam memastikan keselamatan, sekuriti dan kualiti makanan demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Maklumat lanjut berkaitan permohonan CoA akan diumumkan melalui laman rasmi KPKM dalam masa terdekat.



Address

Blok D3, Kementerian Dalam Negeri
Putrajaya
62000

Telephone

+60 3-8886 3233

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia - AKPS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share