27/08/2026
*PERTANDINGAN HORIZON BAHARU KUMPULAN KREATIF DAN INOVATIF (HBKIK) JPS 2026*
Tarikh: 26 Ogos 2026
Tempat: JPS Malaysia, Cyberjaya
Kumpulan The TrailBlazer dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menyertai Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Kreatif dan Inovatif (HBKIK) JPS 2026 dengan mempertaruhkan inovasi mereka yang dinamakan Sistem Work Tracking.
Sistem ini dibangunkan khusus bagi menangani isu pemantauan projek dan perkhidmatan yang sebelum ini dilaksanakan secara manual. Kaedah manual tersebut menyebabkan maklumat berkaitan projek dan perkhidmatan bertaburan dalam pelbagai medium, seperti fail fizikal, e-mel, dan aplikasi komunikasi. Situasi ini bukan sahaja menyukarkan proses pemantauan kemajuan kerja, malah meningkatkan risiko keciciran maklumat serta berpotensi menyebabkan kehilangan data penting, terutamanya akibat pertukaran pegawai atau kelemahan dalam pengurusan rekod.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan The TrailBlazer! Semoga inovasi ini terus berkembang maju dan mampu memberikan nilai tambah yang signifikan kepada sistem penyampaian perkhidmatan JPS.