17/09/2026
𝗘𝗩𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜 𝗠𝗬𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔: 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗩𝗜𝗦𝗜 𝟭 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗩𝗜𝗗𝗨, 𝟭 𝗥𝗘𝗞𝗢𝗗
Aplikasi MySejahtera kini tampil lebih lengkap dan komprehensif sebagai portal kesihatan digital peribadi anda!
Selaras dengan visi 1 Individu, 1 Rekod, pelbagai fungsi dan kemudahan terkini kini berada di hujung jari anda:
* Rekod Kesihatan: Akses kepada rekod perubatan, pergigian, ubat-ubatan, vaksinasi dan lain-lain dengan mudah.
* Pengesanan Penyakit Berjangkit: Pemantauan terhadap risiko kes jangkitan di kawasan sekitar anda.
* Tempahan Janji Temu: Urus janji temu perkhidmatan kesihatan di fasiliti kerajaan dengan lebih cepat.
* Carian Fasiliti Kesihatan: Cari klinik atau hospital terdekat anda.
* Saringan Kesihatan Kendiri: Akses kepada modul ujian dan penilaian kesihatan asas secara kendiri termasuk saringan Myminda, saringan kanser serviks, saringan M-Chat dan saringan kesihatan pengembara.
* Ikrar Derma Organ: Bawa perubahan dan daftarkan ikrar anda secara terus melalui aplikasi.
𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚!
Dapatkan aplikasi MySejahtera versi terkini di peranti mudah alih anda menerusi Google Play Store atau Apple App Store hari ini.
Sama-sama kita membudayakan hidup sihat demi kesejahteraan negara!