05/02/2026
Sekretariat Kumpulan Wang Amanah Tabung Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal NCTF Bil. 1/2026 pada 26 hingga 28 Januari 2026 bertempat di Felda Tanjung Leman Residence, Mersing, Johor.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Mohd Rosli bin Haron, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), turut dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Teknikal NCTF yang terdiri daripada wakil-wakil dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC), Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC).
Mesyuarat kemudian disusuli dengan sesi pemantauan bagi projek-projek yang dibiayai dibawah dana NCTF pada 29 hingga 30 Januari 2026. Sesi ini turut dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Amanah NCTF iaitu YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji Mohd Ariffin (Setiausaha Bahagian Kanan NRES), YBrs. Puan Hatimah binti Hamid (Ketua Akauntan NRES), Encik Ahmad Azwan bin Meor Hashim selaku wakil Kementerian Ekonomi (KE) dan Tuan Amlir Ayat (Presiden EcoKnights). Turut hadir bersama sepanjang sesi pemantauan tersebut ialah YBhg. Dato' Fakhrul Hatta bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) PERHILITAN.
Sesi pemantauan projek kali ini melibatkan enam (6) projek NCTF yang dilaksanakan di lokasi-lokasi berikut:
1. DNA Barcoding and Hybrid Screening of Parosphromenus sp. (Licorice Gourami): Towards the Conservation Breeding of a Critically Endangered Freshwater Fish Species
Organisasi : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Lokasi : Kota Tinggi, Johor
2. Conservation of Giant Clams (Tridacna sp.) using Remotely Operated Vehicle (ROV) and Artificial Intelligence (AI)
Organisasi : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Lokasi : Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor
3. Assessment of the Distribution, Abundance, and Ecological Changes of Small Cetaceans through eDNA Analysis in the Straits of Malacca
Organisasi : Universiti Malaya (UM)
Lokasi : Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor
4. From Data to Action: Harnessing Habitat Suitability Index (HSI) For The Management Of Threatened Shorebirds In Important Bird Areas
Organisasi : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Lokasi : Taman Negara Tanjung Piai, Pontian, Johor
4. Systematic Study And Conservation of Nepenthes Population in Muar, Johor, Malaysia
Organisasi : Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ)
Lokasi : Muar, Johor
6. Measuring Water Level for Sustainability of Water Balance and Conservation of Critically Endangered Betta Persephone
Organisasi : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Lokasi : Muar, Johor
Sekretariat NCTF ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli Jawatankuasa Teknikal dan ahli Jawatankuasa Amanah NCTF atas kehadiran, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang penganjuran mesyuarat dan sesi pemantauan projek. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ketua-ketua projek NCTF yang terlibat, atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menyelaras sesi pemantauan projek kali ini.
Terima kasih!