15/06/2026
Puan Qurratu' Aina binti Abd Rahman, Penolong Pengarah, Unit Pendaftaran, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah menghadiri sesi temu bual di SELANGORfm pada 15 Jun 2026.
Perkongsian ini memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga maklumat peribadi, risiko penyalahgunaan data serta langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan platform digital.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat untuk lebih peka dan berhemah dalam mengurus serta melindungi data peribadi.
Sekiranya terdapat sebarang insiden melibatkan pelanggaran data peribadi dalam transaksi komersial, aduan boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi https://daftar.pdp.gov.my/p_aduan.