Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM HQ

Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM HQ Ini adalah merupakan page rasmi Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sebarang masalah boleh hubungi 03-88880036, No Faks 03-88927600/7704 dan email: [email protected] Tujuan Page ini dihasilkan adalah untuk menyebarkan sebarang aktiviti berkenaan Bahagian Keselamatan Kebakaran Ibu Pejabat JBPM dari segi Keselamatan Kebakaran, Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh BKK JBPM HQ

🌊 Hari Pencegahan Kelemasan Sedunia | 25 Julai 2026Air boleh menyeronokkan, tetapi keselamatan mesti diutamakan. Sentias...
25/07/2026

🌊 Hari Pencegahan Kelemasan Sedunia | 25 Julai 2026

Air boleh menyeronokkan, tetapi keselamatan mesti diutamakan. Sentiasa awasi anak-anak, pakai jaket keselamatan, elakkan kawasan berbahaya dan hubungi 999 sekiranya berlaku kecemasan.

Bersama Cegah Lemas. Selamatkan Nyawa.

🔥  TOWNHALL KESELAMATAN KEBAKARAN JBPM TAHUN 2026 🔥Keselamatan kebakaran merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan...
13/06/2026

🔥 TOWNHALL KESELAMATAN KEBAKARAN JBPM TAHUN 2026 🔥
Keselamatan kebakaran merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan komitmen berterusan daripada semua pihak. Melalui Townhall Keselamatan Kebakaran JBPM Tahun 2026, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran telah menegaskan kepentingan memperkukuhkan budaya keselamatan kebakaran melalui pendekatan kawal selia kendiri (self-regulatory), pematuhan undang-undang serta pengukuhan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) di premis ditetapkan.
Sehingga April 2026, sebanyak 6,374 premis di seluruh negara telah memiliki Perakuan Bomba berkuat kuasa, dengan kadar pematuhan keseluruhan mencapai 67.37%. Pencapaian ini mencerminkan peningkatan kesedaran dan komitmen pemilik premis dalam memastikan tahap keselamatan kebakaran sentiasa berada pada tahap terbaik.
JBPM akan terus memperkasakan penguatkuasaan, memperluaskan pendidikan keselamatan kebakaran serta memastikan setiap premis ditetapkan mematuhi kehendak Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341] demi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk masyarakat dan negara.

KARNIVAL SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026!!!
09/05/2026

KARNIVAL SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026!!!

YS TPjB Dato’ Hj. Norazam bin Khamis, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM telah meluangkan masa menziarahi pega...
05/05/2026

YS TPjB Dato’ Hj. Norazam bin Khamis, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM telah meluangkan masa menziarahi pegawai bersara Yahya bin Mohd Sham yang terlibat dalam kemalangan motosikal di kediaman beliau. Lawatan ini sebagai tanda sokongan dan keprihatinan jabatan terhadap kebajikan anggota. Semoga beliau diberikan kesembuhan yang cepat dan dipermudahkan segala urusan.

17/04/2026

KUALA LUMPUR: Menara Merdeka 118 mengukuhkan kedudukannya sebagai pembangunan ikonik apabila menerima Sijil Perakuan Bomba (FC) daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sekali gus mengesahkan pematuhan terhadap piawaian keselamatan kebakaran dan keselamatan nyawa yang ketat.

Lab Organisasi Keselamatan Kebakaran (LAB OKK) Siri 1/2026Hala tuju bahagian keselamatan kebakaran JBPM 1. pengukuhan me...
17/04/2026

Lab Organisasi Keselamatan Kebakaran (LAB OKK) Siri 1/2026

Hala tuju bahagian keselamatan kebakaran JBPM

1. pengukuhan melalui peraturan dan perundangan
- pengukuhan kompetensi dan profesionalisme
- ⁠pendekatan melalui pengurusan risiko
- ⁠pemerkasaan kesedaran awam segenap lapisan masyarakat
- ⁠penyampaian perkhidmatan cemerlang kepada pemegang taruh

2. meningkatkan tahap keselamatan premis
- pematuhan premis dan akta 341
- ⁠kemahiran dan kepakaran teknikal
- ⁠kepentingan kesedaran keselamatan kebakaran

3. pendigitalan dan inovasi perkhidmatan
- pembangunan sistem bersepadu dari segi permohonan, pemeriksaan dan pemantauan
- ⁠penggunaan data untuk menganalisis risiko (data driven)
- ⁠aplikasi teknologi terkini bagi pemantauan.

14/04/2026

Pemeriksaan MBK Negeri Selangor🔥🔥🔥

24/03/2026

Hari Aktiviti Mencegah Bahaya Kebakaran (MBK) Musim Perayaan JBPM Negeri Sembilan

PEGAWAI BKK JBPM HQKehadiran:1. PgKB II Mohd Fazwan bin Mohd Nawi2. PgB Mohamad Khairul Elias bin Masrom TARIKH 3 Febuar...
04/02/2026

PEGAWAI BKK JBPM HQ

Kehadiran:
1. PgKB II Mohd Fazwan bin Mohd Nawi
2. PgB Mohamad Khairul Elias bin Masrom

TARIKH
3 Febuari 2026

AKTIVITI
Menjalankan Pemeriksaan CCC.

TEMPAT:
Tetuan Brightray Science Sdn Bhd, Kulai, Johor

PEGAWAI BKK JBPM HQKehadiran:1. PgKB II Mohd Fazwan bin Mohd Nawi2. PgB Mohamad Khairul Elias bin Masrom TARIKH 29 Janua...
04/02/2026

PEGAWAI BKK JBPM HQ

Kehadiran:
1. PgKB II Mohd Fazwan bin Mohd Nawi
2. PgB Mohamad Khairul Elias bin Masrom

TARIKH
29 Januari 2026

AKTIVITI :*
Menjalankan Pemeriksaan CCC.

TEMPAT:
Tetuan Eastern Steel, Kemaman, Terengganu.

Address

Ibu Pejabat JBPM, Tingkat 1, Lebuh Wawasan
Putrajaya
62250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60388927600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM HQ:

Shortcuts

Share