Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia - JKSM

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia - JKSM JKSM merupakan agensi kerajaan Pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menyelaras pentadbiran Mahkamah Syariah negeri2 di Malaysia.

Kerajaan terus memperkemas mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan perintah nafkah yang diputuskan mahkamah dapat dilak...
03/09/2026

Kerajaan terus memperkemas mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan perintah nafkah yang diputuskan mahkamah dapat dilaksanakan dan tidak berakhir sekadar sebagai keputusan di atas kertas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, berkata Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bersama agensi berkaitan sedang meneliti beberapa kekangan bagi memastikan hak wanita dan anak yang menerima perintah nafkah dapat dipenuhi.

Laporan penuh: https://www.utusanborneo.com.my/2026/09/03/kerajaan-perkasa-penguatkuasaan-perintah-nafkah-marhamah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, aspek komersial sememangnya penti...
03/09/2026

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, aspek komersial sememangnya penting dalam industri kreatif, namun ia tidak seharusnya mengatasi nilai dan tanggungjawab sosial dalam penghasilan sesebuah karya.

Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian susulan kontroversi drama Madu Atau Racun yang mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Baca penuh di:

https://dakwatrakyat.com/2026/09/03/drama-kontroversi-kejar-keuntungan-jangan-sampai-ketepikan-nilai-moral/

๐˜๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ (๐‡๐€๐‹ ๐„๐‡๐–๐€๐‹ ๐€๐†๐€๐Œ๐€) ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐’๐”๐‹๐‡ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ & ๐Ž๐๐’ ๐๐€๐…๐Š๐€๐‡: ...
03/09/2026

๐˜๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ (๐‡๐€๐‹ ๐„๐‡๐–๐€๐‹ ๐€๐†๐€๐Œ๐€) ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐’๐”๐‹๐‡ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ & ๐Ž๐๐’ ๐๐€๐…๐Š๐€๐‡: ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’ ๐๐„๐ƒ๐”๐‹๐ˆ, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€

Muhammad Shahir bin Mustafar, 3 September 2026, 1.00 tengah hari

TAWAU, SABAH, 3 September 2026 โ€“ YB Senator Puan Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyempurnakan perasmian Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) Siri 2 & Ops Nafkah: Waris Peduli, Keluarga Sejahtera kepada Orang Awam dan Orang Kurang Upaya (OKU) Tahun 2026 di Borneo Royale Hotel, Tawau, Sabah.

Program anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menerusi Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) serta Bahagian Sokongan Keluarga - BSK dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah ini merupakan antara usaha mendekatkan perkhidmatan kehakiman Syariah kepada Masyarakat khususnya berkaitan penyelesaian pertikaian melalui Sulh dan hak serta penguatkuasaan nafkah.

Menerusi RSK Siri 2, masyarakat diberikan pendedahan mengenai Sulh sebagai kaedah penyelesaian pertikaian secara damai melalui perbincangan dan persetujuan bersama dengan bantuan Pegawai Sulh sebelum sesuatu kes dibicarakan sepenuhnya di Mahkamah Syariah. Antara tuntutan yang boleh dirujuk kepada Majlis Sulh di Sabah termasuk nafkah isteri, nafkah anak, tunggakan nafkah, mutaah, hadhanah dan harta sepencarian. Para peserta turut diberikan sijil penyertaan usai menamatkan sesi ini.

Dalam masa sama, Ops Nafkah: Waris Peduli, Keluarga Sejahtera memberi penekanan kepada peningkatan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab dalam aspek nafkah, kepentingan mematuhi perintah nafkah Mahkamah Syariah termasuk mekanisme penguatkuasaan serta pelaksanaan perintah. Program ini turut memperluas akses kepada maklumat dan perkhidmatan kehakiman Syariah kepada golongan OKU.

Dalam menyantuni golongan yang memerlukan, YB Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama (HEA) turut menyampaikan secara simbolik sumbangan bakul makanan kepada tiga peserta OKU Program Ops Nafkah, disaksikan wakil Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP). Sumbangan berupa set keperluan makanan asas itu disediakan kepada 100 orang peserta program.

YB Timbalan Menteri seterusnya menyampaikan sumbangan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kepada lapan klien BSK dalam kalangan asnaf. Setiap penerima menerima bantuan wang tunai sebanyak RM200 dengan penyampaian tersebut disaksikan oleh Encik Ahmad Ismail bin Mohd Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

Dalam majlis yang sama, sumbangan wakalah zakat berjumlah RM11,600 turut disampaikan oleh Encik Mohamad Haziq bin Abang Sapri, Penolong Pengurus Unit Cawangan Labuan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) kepada JKSM melalui wakil iaitu Puan Hajah Noor Hadina Ahmad Zabidi, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

Dalam sidang media sejurus selesai majlis perasmian, YB Timbalan Menteri HEA menegaskan bahawa pendekatan turun padang amat kritikal dalam mengikis stigma dan ketakutan masyarakat untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan kehakiman Syariah.

Beliau turut menegaskan komitmen JKSM dalam mendepani isu kegagalan pembayaran nafkah. Melalui peranan BSK dana pendahuluan nafkah mencecah jutaan ringgit telah disalurkan bagi membantu waris yang terabai selain tindakan komital yang dikuatkuasakan secara tegas terhadap pihak yang ingkar mematuhi perintah Mahkamah Syariah.

Seiring dengan komitmen tersebut, BSK menyediakan khidmat nasihat dan runding cara serta membantu dalam tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah bagi pihak yang telah memperoleh perintah nafkah atau mutaah tetapi berhadapan dengan ketidakpatuhan terhadap perintah berkenaan.

JKSM akan terus memperkasakan pendekatan penyelesaian konflik berasaskan komuniti dan sokongan kepada masyarakat melalui perkhidmatan BSK termasuk kemudahan pendahuluan dan bantuan nafkah serta BSK Transit kepada pelanggan yang memenuhi syarat dan kriteria kelayakan.

Penganjuran kedua-dua program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai Sulh sebagai saluran penyelesaian pertikaian secara damai di samping memastikan masyarakat yang berhadapan isu nafkah mengetahui saluran bantuan, khidmat nasihat dan sokongan yang disediakan melalui BSK.

๐”๐ง๐ข๐ญ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š






03/09/2026

๐Œ๐Ž๐๐“๐€๐‰ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐’๐”๐‹๐‡ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ & ๐Ž๐๐’ ๐๐€๐…๐Š๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡

Setiap perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah merupakan amanah yang membawa harapan kepada isteri dan anak-anak yang berhak menerima perlindungan. Bagi meneruskan kesinambungan kejayaan di negeri-negeri sebelum ini, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) kini melebarkan sayap inisiatif ini ke bumi Tawau, Sabah.

Program Rakan Sulh Komuniti Siri 2 & Ops Nafkah: Waris Peduli, Keluarga Sejahtera kepada Orang Awam dan Orang Kurang Upaya (OKU) Tahun 2026 di Negeri Sabah telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Borneo Royale Hotel, Tawau. Penganjuran siri kedua ini memperluas akses keadilan secara inklusif kepada 120 orang peserta, termasuklah menyantuni golongan OKU.

Sejurus perasmian disempurnakan sebentar tadi, para hadirin telah disajikan dengan tayangan video montaj perasmian ini yang menelusuri sejarah penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) sejak tahun 2007. Bagi mengukuhkan pemahaman masyarakat, montaj ini turut memperincikan peranan tiga unit tunjang BSK di setiap Seksyen Negeri, iaitu Unit Khidmat Nasihat dan Perundangan (UKNP), Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah (UPPP), serta Unit Pengurusan Dana (UPD). Ketiga-tiga unit ini sentiasa bekerjasama rapat dalam memastikan hak dan keadilan golongan bekas isteri atau ibu tunggal terus terpelihara.

๐ŸŽฅ Tonton montaj perasmian ini dan hayati usaha berterusan JKSM dalam memastikan hak setiap waris terus dipelihara demi kesejahteraan keluarga MADANI.

๐”๐ง๐ข๐ญ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š






๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐‘๐€๐๐“๐€๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐’๐”๐‹๐‡ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ & ๐Ž๐๐’ ๐๐€๐…๐Š๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡Adza Danial Haiqal bin Martias, ...
03/09/2026

๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐‘๐€๐๐“๐€๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐’๐”๐‹๐‡ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ & ๐Ž๐๐’ ๐๐€๐…๐Š๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡

Adza Danial Haiqal bin Martias, 2 September 2026, 9.00 malam

TAWAU - Persiapan akhir dan raptai Program Rakan Sulh Komuniti Siri 2 & Ops Nafkah: Waris Peduli, Keluarga Sejahtera kepada Orang Awam dan Orang Kurang Upaya (OKU) Tahun 2026 di Negeri Sabah sedang giat dilaksanakan malam ini bertempat di Borneo Royale Hotel, Tawau. Persediaan rapi ini dilakukan bagi memastikan kelancaran penganjuran majlis perasmian program yang bakal berlangsung pada esok hari, 3 September 2026.

YA Puan Hajah Noor Hadina binti Haji Ahmad Zabidi, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM dan YBrs. Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Pengarah Kanan (Kehakiman) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah hadir meninjau perjalanan sesi raptai pada malam ini di lokasi program. Beliau turut memantau dan menyelaras beberapa aspek pelaksanaan bagi memastikan kelengkapan teknikal dan atur cara majlis berada pada tahap yang terbaik menjelang hari perasmian esok.

Program yang diterajui secara strategik oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dan Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM, dengan kerjasama erat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah ini dianjurkan bagi memperkasakan pendekatan penyelesaian konflik secara damai melalui institusi Sulh. Dalam masa yang sama, program ini turut memberi penekanan terhadap kepentingan penguatkuasaan hak dan pelaksanaan perintah nafkah, dengan iltizam memperluas akses perkhidmatan dan maklumat kehakiman secara inklusif kepada segenap lapisan masyarakat, khususnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Semoga penganjuran program ini berjalan dengan lancar dan jayanya, serta menjadi medium yang berkesan dalam membina budaya masyarakat yang cakna terhadap keharmonian keluarga, penyelesaian konflik secara harmoni, serta pematuhan undang-undang syariah.

๐”๐ง๐ข๐ญ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š






03/09/2026

LANGSUNG] Dialog Ummah: Realiti & Masa Depan Tabung Haji

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พJabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merakamkan ucapan S...
30/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merakamkan ucapan Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar memperingati detik bersejarah kemerdekaan negara, malah menjadi ruang untuk kita menghayati erti kebebasan, perpaduan, dan semangat kebersamaan yang menjadi asas kekuatan Malaysia. Dalam kerangka Malaysia MADANI, kesejahteraan yang dinikmati hari ini merupakan hasil daripada usaha dan tanggungjawab bersama dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni, serta inklusif.

Marilah kita terus memelihara keharmonian, menghargai kepelbagaian, dan memperkukuh semangat cintakan negara dengan melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi kepentingan rakyat serta generasi akan datang.

Semoga Malaysia terus melangkah maju sebagai sebuah negara yang berdaulat, sejahtera, dan disegani, dengan kesejahteraan dapat terus dinikmati oleh seluruh rakyat.

โ€œ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐Š๐„๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐ˆ๐Š๐Œ๐€๐“๐ˆโ€

Ikhlas daripada

YAA Dato' Hj Mohd Amran bin Mat Zain
Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

๐”๐ง๐ข๐ญ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š






30/08/2026

[[LIVE]] Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026

Ahad | 30 Ogos 2026

Jom luangkan masa bersama-sama dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan T...
29/08/2026

Jom luangkan masa bersama-sama dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Tahun 2026.

๐Ÿคฒ Bersama kita menadah tangan, memohon keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan buat negara Malaysia tercinta.

๐Ÿ“… 30 Ogos 2026 (Ahad)
โฐ 7.30 malam
๐Ÿ“ Masjid Negara, Kuala Lumpur

Ayuh bersama menyemarakkan semangat patriotisme dengan doa dan munajat untuk Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



Jom luangkan masa bersama-sama dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Tahun 2026.

๐Ÿคฒ Bersama kita menadah tangan, memohon keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan buat negara Malaysia tercinta.

๐Ÿ“… 30 Ogos 2026 (Ahad)
โฐ 7.30 malam
๐Ÿ“ Masjid Negara, Kuala Lumpur

Ayuh bersama menyemarakkan semangat patriotisme dengan doa dan munajat untuk Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ




Address

Blok C, Kompleks Islam Putrajaya, No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388709200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia - JKSM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share