Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran

Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Laman Facebook Rasmi Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipenyeludupan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO) Putrajaya.

📻 JOM IKUTI SIARAN SANDAKAN FMKetahui dengan lebih dekat cabaran yang dihadapi dalam menangani jenayah pemerdagangan ora...
01/09/2026

📻 JOM IKUTI SIARAN SANDAKAN FM

Ketahui dengan lebih dekat cabaran yang dihadapi dalam menangani jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di kawasan sempadan perairan negara menerusi segmen khas di Sandakan FM.

🗓️1 September 2026 (Selasa)
⏰ 4.00 petang
📻 Sandakan FM

Segmen ini menampilkan Leftenan Komander Maritim Abdul Hamid bin Abdullah, Pegawai Memerintah KM Pintar, Maritim Zon Sandakan, yang akan mengupas isu serta cabaran penguatkuasaan maritim dalam membanteras jenayah rentas sempadan ini.

Jangan lupa ikuti siaran dan dengarkan perkongsian beliau!

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) mengucapk...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa setiap rakyat, menyemarakkan rasa cinta akan negara serta memperkukuh perpaduan dan keharmonian yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghargai erti kemerdekaan dan berganding bahu dalam membina sebuah negara yang aman, sejahtera dan makmur untuk generasi kini dan akan datang.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Salam Maulidur Rasul 1448H 🌙✨Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H 🌙✨

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menghayati sirah, mencontohi akhlak serta mengamalkan ajaran Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW serta menyemai nilai kasih sayang, amanah dan ihsan dalam diri.

Salam Maulidur Rasul 1448H
12 Rabiul Awal 1448H | 25 Ogos 2026




20/08/2026
18.08.2026 : Sesi Kunjungan Hormat YBrs. Puan SUB Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipeny...
19/08/2026

18.08.2026 : Sesi Kunjungan Hormat YBrs. Puan SUB Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Ke Atas Pesuruhjaya Polis Sarawak YDH Datuk Mohamad Zainal Bin Hj Abdullah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak

18.08.2026 : Mesyuarat Strategik Di Antara Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupa...
19/08/2026

18.08.2026 : Mesyuarat Strategik Di Antara Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO) Bersama Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh (ILMU), Jabatan Premier Sarawak di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak

Sesi Kunjungan Hormat JTKSM ke Pejabat NSO MAPOSatu sesi kunjungan hormat daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Mala...
17/08/2026

Sesi Kunjungan Hormat JTKSM ke Pejabat NSO MAPO

Satu sesi kunjungan hormat daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) ke pejabat NSO MAPO telah diadakan pada 17 Ogos 2026. Delegasi JTKSM diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBrs. Tuan Haji Yusoff bin Harun. Ketibaan mereka disambut oleh delegasi NSO MAPO yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian, YBrs. Puan Marweena binti Manan.

Sesi ini menjadi platform untuk memperkenalkan barisan kepimpinan serta pegawai baharu JTKSM, di samping berkongsi maklumat mengenai peranan, perkembangan, dan isu-isu berkepentingan bersama. Selain itu, perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama strategik dan penyelarasan operasi antara NSO MAPO dengan JTKSM, khususnya dalam memantapkan penguatkuasaan berkaitan pemerdagangan orang, isu buruh paksa, serta menangani eksploitasi pekerja secara bersepadu.





Address

Blok Setia Perkasa 7, Kompleks Setia Perkasa
Putrajaya
62546

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 15:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share