Bahagian Hab Halal, JAKIM

Bahagian Hab Halal, JAKIM Mengkaji, mengesah dan mengawal selia semua produk makanan dan barangan gunaan Islam supaya terjamin suci dan halal dengan cekap dan berkesan.
(514)

Pensijilan Halal Malaysia

HEBAHAN SEMASA Gangguan Akses Sistem MYeHALAL Domestik dan Portal Halal Malaysia  📌Dimaklumkan bahawa akses kepada siste...
03/06/2026

HEBAHAN SEMASA
Gangguan Akses Sistem MYeHALAL Domestik dan Portal Halal Malaysia
📌Dimaklumkan bahawa akses kepada sistem MYeHALAL Domestik dan Portal Halal Malaysia mengalami gangguan buat sementara waktu.
📌Kerja-kerja pemulihan dan pembaikan sedang dijalankan bagi memastikan sistem kembali beroperasi seperti biasa.
📌Sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected]




02/06/2026

📢 HEBAHAN SEMASA HALAL

Makluman Pautan Sistem MYeHALAL Domestik & Portal Halal Malaysia

📌 Dimaklumkan bahawa Sistem MYeHALAL Domestik kini boleh diakses melalui pautan berikut:

https://myehalal.halal.gov.my/domestik/v1

📌Bagi urusan semakan maklumat dan status pensijilan halal, pengguna juga boleh melayari:

https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1

Sebarang kesulitan amat dikesali. Kerjasama dan perhatian semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.




29/05/2026

📢 HEBAHAN SEMASA HALAL

Pemakluman Akses Sistem MYeHALAL Domestik

📌 Dimaklumkan bahawa sistem MYeHALAL Domestik kini telah boleh diakses semula seperti biasa.

📌 Sehubungan itu, semua pengguna boleh meneruskan urusan dan permohonan berkaitan melalui sistem tersebut.

📌 Segala kesulitan yang dialami sepanjang tempoh gangguan amat dikesali dan didahului dengan ucapan terima kasih atas kesabaran serta kerjasama semua pihak.




🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026MBahagian Pengurusan Halal JAKIM mengucapkan Selamat Menyambut Hari ...
27/05/2026

🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Bahagian Pengurusan Halal JAKIM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Marilah kita menghayati semangat Aidiladha dengan memperkukuh ukhuwah, menyemai nilai kasih sayang serta berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Ikhlas daripada:
Pengarah & seluruh warga
Bahagian Pengurusan Halal JAKIM




📢 HEBAHAN SEMASA HALALGangguan Akses Sistem MYeHALAL dan Sistem Berkaitan Pensijilan Halal📌 Dimaklumkan bahawa akses kep...
26/05/2026

📢 HEBAHAN SEMASA HALAL

Gangguan Akses Sistem MYeHALAL dan Sistem Berkaitan Pensijilan Halal

📌 Dimaklumkan bahawa akses kepada sistem MYeHALAL serta sistem berkaitan pensijilan halal mengalami gangguan buat sementara waktu atas faktor keselamatan.

📌 Kerja-kerja pemulihan dan pembaikan sedang dijalankan bagi memastikan sistem kembali beroperasi seperti biasa.

📌 Sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected]




📢 HEBAHAN SEMASA HALALPenutupan Sementara Kaunter Bahagian Pengurusan Halal JAKIM📌 Dimaklumkan bahawa operasi Kaunter Ar...
25/05/2026

📢 HEBAHAN SEMASA HALAL

Penutupan Sementara Kaunter Bahagian Pengurusan Halal JAKIM

📌 Dimaklumkan bahawa operasi Kaunter Aras 6 & 7, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM akan ditutup sementara sempena Cuti Perayaan Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M bermula 26 Mei 2026 hingga 29 Mei 2026.

📌 Tarikh akhir transaksi:

💰 Kiriman Wang & Bank Draf:
Serahan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 25 Mei 2026 (sebelum jam 3.00 petang).

💻 JomPAY:
Bayaran yang dibuat pada 25 Mei 2026 (sebelum jam 3.00 petang) hingga 29 Mei 2026 akan diproses dan resit akan dikeluarkan mulai 3 Jun 2026.

📌 Kaunter akan kembali beroperasi pada 3 Jun 2026 (Rabu).




JAKIM Terima Kunjungan Hormat IsDB PUTRAJAYA, 22 Mei 2026 – JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menerima...
25/05/2026

JAKIM Terima Kunjungan Hormat IsDB

PUTRAJAYA, 22 Mei 2026 – JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menerima kunjungan hormat daripada The Islamic Development Bank (IsDB) Kuala Lumpur Center of Excellence KLCoE) bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam penganjuran program kesedaran halal yang menyasarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kefahaman PMKS mengenai kepentingan pensijilan halal, pematuhan standard halal serta potensi pasaran halal yang semakin berkembang di peringkat domestik dan antarabangsa.

Kunjungan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat antara BPH dan IsDB dalam memperluas capaian program pembangunan kapasiti serta meningkatkan daya saing PMKS dalam industri halal.




Pengiktirafan Malaysia Books of Records (MBOR) Bukti Komitmen Industri Terhadap Pensijilan Halal MalaysiaKUALA LUMPUR, 2...
22/05/2026

Pengiktirafan Malaysia Books of Records (MBOR) Bukti Komitmen Industri Terhadap Pensijilan Halal Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2026 - Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, YBrs Encik Muhyidin Aziz @ Saari hadir mewakili YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM bagi menyaksikan detik bersejarah pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records kepada The Manhattan Fish Market dan US Pizza sempena Franchise International Malaysia 2026 (FIM2026) pada 21 Mei 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh YBrs. Encik Christopher Wong, Ketua Pegawai Eksekutif MBOR kepada The Manhattan Fish Market atas pencapaian sebagai rangkaian restoran makanan laut halal paling lama beroperasi di Malaysia, manakala US Pizza p**a mencipta kejayaan tersendiri apabila diiktiraf sebagai rangkaian pizza tempatan dengan sijil halal terbanyak di negara ini.

Majlis turut disaksikan oleh Yang Berhormat Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBhg. Datuk Dr Radzali Hassan, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan YBhg. Datuk Mohamed Rozhan Mohd Ghazalli, Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).

Pengiktirafan ini bukan sekadar pencapaian industri, malah menjadi simbol komitmen tinggi syarikat dalam memartabatkan Pensijilan Halal Malaysia sebagai penanda aras kualiti, integriti dan kepercayaan pengguna di peringkat nasional serta global.

JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Halal akan terus memperkukuh kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam memperluas agenda halal negara serta memperkasa pembangunan ekosistem halal yang menyeluruh dan berdaya saing. Usaha ini sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab halal dunia yang diyakini, dihormati dan menjadi rujukan di peringkat antarabangsa.




🎙️ PODCAST KESELAMATAN MAKANAN – SEMBANG SERIUSSYARIAT TERPELIHARA, KESELAMATAN MAKANAN TERJAGA❗️Tahukah anda, ibadah ko...
20/05/2026

🎙️ PODCAST KESELAMATAN MAKANAN – SEMBANG SERIUS

SYARIAT TERPELIHARA, KESELAMATAN MAKANAN TERJAGA❗️

Tahukah anda, ibadah korban bukan sahaja menuntut pematuhan syariat, malah turut menitikberatkan aspek kebersihan dan keselamatan makanan?

Pengendalian daging korban yang tidak sempurna boleh meningkatkan risiko pencemaran makanan dan menjejaskan kesihatan. Justeru itu, pematuhan syariat serta amalan pengendalian makanan yang bersih dan selamat perlu berjalan seiring bagi memastikan ibadah korban dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kupasan khas sempena Aidiladha mengenai amalan pengendalian daging korban yang mematuhi syariat serta aspek keselamatan dan kualiti makanan demi kesejahteraan dan kesihatan masyarakat.

📌 Tarikh : 21 Mei 2026 (Khamis)
📌 Masa : 3.00 Petang
📌 Platform: Saluran Media Sosial Rasmi PKKM

Panel Jemputan:

▪️Ustaz Ahmad Ziyaadi Al-Hatim Bin Mahpuz
Pegawai Hal Ehwal Islam
Bahagian Pengurusan Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

▪️Encik Amran Bin Hasan @ Che Hasan
Timbalan Pengarah
Cawangan Pre-Market Approval
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Keselamatan makanan adalah tanggungjawab kita bersama.






JAKIM Perkukuh Ekosistem Halal Melalui Program Padanan Perniagaan KPDN di Pulau PinangPULAU PINANG, 17 Mei 2026 - Jabata...
20/05/2026

JAKIM Perkukuh Ekosistem Halal Melalui Program Padanan Perniagaan KPDN di Pulau Pinang

PULAU PINANG, 17 Mei 2026 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menyertai Program Padanan Perniagaan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berlangsung di Iconic Hotel Penang.

Program ini menghimpunkan para usahawan daripada pelbagai sektor melalui pengisian bermanfaat seperti sesi coaching keusahawanan serta business matching antara usahawan dan pihak hypermarket bagi memperluas peluang pasaran produk tempatan.

Sepanjang program berlangsung, BPH telah membuka reruai pameran serta kaunter khidmat nasihat berkaitan Pensijilan Halal Malaysia bagi memberi penerangan, konsultasi dan panduan kepada para usahawan untuk mendapatkan pensijilan halal.

KPDN juga merupakan antara rakan agensi pembimbing yang sentiasa bekerjasama dengan JAKIM dalam membantu dan membimbing usahawan, khususnya melibatkan kefahaman, pematuhan serta keperluan Pensijilan Halal Malaysia.

Penyertaan pelbagai agensi berkaitan dalam program ini turut memperlihatkan komitmen bersepadu kerajaan dalam membantu memperkasa usahawan tempatan serta memperkukuh pembangunan ekosistem halal negara secara lebih menyeluruh dan berdaya saing.




Address

Aras 6 & 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP), No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 12:30
14:30 - 16:30
Friday 08:30 - 12:00
14:45 - 16:30

Telephone

+60388925000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Hab Halal, JAKIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Hab Halal, JAKIM:

Share