Dewan Perdagangan Islam Malaysia

Dewan Perdagangan Islam Malaysia DPIM
(4)

Jom kita hadir ke sana ramai-ramai
12/06/2026

Jom kita hadir ke sana ramai-ramai

🔴🟡🌐🌐🌀🌀✅✅

🎊🎉 KARNIVAL USAHAWAN HALAL MADANI SELANGOR 2026 (B-HALAL 2026)
🇲🇾Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor (DPIM Selangor)

https://www.facebook.com/share/18tC6Nkh7S/

🎈PERCUMA DAFTAR LINK INI
https://forms.gle/qKM7f9Wpj67ajLKq8

++ E-Sijil & Hadiah Istimewa menanti

📆14 Jun 2026 / Ahad
⏲️ 8:00 pagi - 5:00 petang
📍DEWAN MERDEKA, KUALA KUBU BHARU, SELANGOR DARUL EHSAN

📌https://maps.app.goo.gl/U2S12cH8C4sf63xD8?g_st=awb

🆙Perasmian oleh; YB SENATOR DR. ZULKIFLI BIN HASAN, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

++++
🚛 Jualan Rahmah MADANI - ANGKASA & KOADIL (Diskaun 20%-30%)
👀Reruai Pameran Agensi Kerajaan - Unisel, Hijrah, Teras
🤝Jualan Produk Usahawan PMKS
++++
👨‍⚖️ SEMINAR B-HALAL 1
Tajuk : Pembangunan & Pensijilan Halal
Pembentang : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
++++
FORUM B-HALAL 1
🏆MELONJAKKAN INDUSTRI HALAL NEGARA & AKSES PRODUK PMKS TEMPATAN MENEMBUSI PASARAN TEMPATAN & GLOBAL
Panel: Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE),
Halal Development Corporation (HDC) & Wakil Industri.
++++
🫂*Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 29*
Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor
++++
🧠 SEMINAR B-HALAL 2
Tajuk : Membangun Usahawan MADANI
Pembentang : Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
++++
FORUM B-HALAL 2
💰PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH & PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
Panel: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), TEKUN Nasional, Bank Islam Malaysia Berhad & Maybank Islamic Berhad
+++++
💎‘BUSINESS MATCHING' Bersama Anchor Company antaranya;
MYDIN, ST ROSYAM MART, LOTUS, AEON CO

+++++
📲 WhatApps 013-3513737
📧 Email : [email protected]
××× Kemaskini 09:11, 12 Jun 2026
🔴🟡🔴🟡🌐🌐🌐



Anwar Ibrahim Amirudin Shari Koperasi ADIL Selangor Berhad Dewan Perdagangan Islam Malaysia DPIM Selangor DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA SELANGOR PAK YA Tg Karang SELANGORfm 100.9 Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang - Pusat Khidmat PakYa Litar Komuniti Hulu Selangor

05/06/2026

TADABUR SURAH AL MUNAFIQUN AYAT 10

Satu realiti yang amat mendalam: Di saat kematian, penyesalan tertinggi manusia bukanlah kerana terlepas kontrak jutaan ringgit, tetapi rayuan untuk dihidupkan semula semata-mata untuk bersedekah.

Kebijaksanaan kepimpinan sebenar dinilai melalui keupayaan kita mengagihkan sebahagian aset hari ini untuk kelestarian akhirat. Jangan tunggu sehingga operasi kehidupan ditamatkan.

🤝 MEMPERKUKUH JARINGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DI DALAM INDUSTRI BERKAITAN HALALDewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)...
04/06/2026

🤝 MEMPERKUKUH JARINGAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DI DALAM INDUSTRI BERKAITAN HALAL

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah menerima kunjungan delegasi perdagangan dari Henan, China bagi meneroka potensi kerjasama strategik serta peluang perniagaan antara kedua-dua pihak khususnya dalam industri berkaitan halal.

Delegasi yang hadir mewakili pelbagai organisasi dan industri utama dari Henan, termasuk sektor penganjuran pameran perdagangan, industri fesyen, ekonomi digital serta dewan perniagaan. Sesi pertemuan ini membuka ruang kepada perbincangan mengenai peluang kerjasama, pembangunan jaringan perniagaan dan hubungan B2B yang mampu memberi manfaat kepada usahawan serta komuniti perniagaan di Malaysia dan China.

DPIM telah diwakili oleh Dato' Chm. Haji Khairul Shahril Hamzah, Naib Presiden DPIM dan Puan Hajah (Dr.) Karimah Koh Siew, Bendahari Agung DPIM.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik, pertukaran kepakaran serta pengukuhan hubungan perdagangan antara Malaysia dan China.

DIRGAHAYU TUANKU 🇲🇾Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Ya...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU 🇲🇾

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan buat Tuanku serta sentiasa memayungi negara dengan pemerintahan yang adil, bijaksana dan penuh rahmat.

Daulat Tuanku.

✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK✨Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada s...
31/05/2026

✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK✨

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.

Semoga sambutan Hari Wesak kali ini membawa sinar kedamaian, kasih sayang, keharmonian serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk negara kita. 🌸🕯️

Marilah kita bersama-sama menyemai nilai toleransi, saling menghormati dan hidup dalam suasana aman demi kesejahteraan bersama.

🌾 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KEAMATAN & HARI GAWAI 🌾Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mengucapkan selamat menyambut P...
30/05/2026

🌾 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KEAMATAN & HARI GAWAI 🌾

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Sabah dan Hari Gawai kepada masyarakat Sarawak yang meraikannya.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kemakmuran, perpaduan serta mengeratkan lagi semangat muhibah dalam kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan negara kita.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai

29/05/2026

"Daging dan darah tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan." (Al-Hajj: 37)

Ibadah bukan tentang 'apa' yang kita buat, tetapi 'bagaimana' hati kita melakukannya. Ikhlas itu kunci, takwa itu matlamat. 🤲✨

26/05/2026

🕌 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA🐄

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga hari yang penuh keberkatan ini menyemarakkan semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Mudah-mudahan segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan yang berpanjangan.

Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan silaturrahim, menyuburkan nilai kebersamaan dan terus menyumbang ke arah pembangunan ekonomi ummah yang mampan.

Minal Ai'din wal Faizin, Maaf Zahir dan Batin.

26/05/2026

🌙 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H🐄

Aidiladha mengingatkan kita akan nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan dalam kehidupan, keluarga dan urusan perniagaan kita.

Marilah kita terus memperkukuhkan ukhuwah, memupuk semangat kebersamaan serta mengamalkan nilai-nilai murni yang menjadi tunjang kejayaan ummah.

Minal Ai'din wal Faizin, Maaf Zahir dan Batin.

DATO' MOHAMMAD SAHAR BIN MAT DIN
Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.

Address

M-02-05, Floor 2, Conezion Commercial, Persiaran IRC 3, IOI Resort City
Putrajaya
62502

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60192773991

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Perdagangan Islam Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Perdagangan Islam Malaysia:

Share