11/09/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐@๐๐๐๐๐
MASJID TANAH, 11 Sept. โ Pelaksanaan Program TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS (TTI) terus diberi perhatian dalam usaha memastikan kanak-kanak berkeperluan khas, khususnya di luar bandar mendapat akses kepada pendidikan awal yang berkualiti dan bersesuaian dengan keperluan mereka.
Skuad Pemantau Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) mengadakan lawatan ke TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS Kampung Air Hitam Pantai hari ini, bagi meninjau pelaksanaan inisiatif berkenaan di lapangan. Inisiatif TTI@KEMAS telah didaftarkan di bawah ARPA bermula tahun 2026.
Lawatan tersebut diketuai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Datuk Dr. Mohd Bakhari Ismail dan turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, YBhg. Datoโ Abdul Kahar Abdullah.
Turut hadir Ketua Pengarah Unit Pantau MADANI (PMU), Tuan Mohd Khalid Mohamed Latiff; Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Dr. Mohamad Norjayadi Tamam; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS, Tuan Haji Mohd Zamri Mustajap; Pengarah Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), Puan Syuhaida Abdul Wahab Zen; Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS, Cik Anisah Saidin; Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran KEMAS, Wan Lukman Wan Sulaiman serta Pengarah KEMAS Negeri Melaka, Asri Saleh.
Dalam ucapan beliau, Datoโ Abdul Kahar berkata, permintaan terhadap Program TTI menunjukkan keperluan yang tinggi, justeru usaha penambahbaikan perlu dilaksanakan secara berterusan, khususnya dari aspek kompetensi pendidik.
Tambah beliau, peningkatan kemahiran pendidik amat penting bagi membolehkan guru mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai keperluan atau keistimewaan tertentu pada peringkat awal.
Menurut beliau lagi, KEMAS akan terus memberi peluang kepada golongan B40 untuk menghantar anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran mendapatkan pendidikan awal melalui TABIKA KEMAS, selain memastikan program berkenaan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Program TTI@KEMAS merupakan program pendidikan khas yang memberi nilai tambah kepada kanak-kanak berkeperluan khas, khususnya kanak-kanak autisme berumur lima dan enam tahun, melalui pendidikan inklusif serta intervensi awal bagi membantu perkembangan kemahiran komunikasi, sosial dan kendiri.
Program ini turut memberi keutamaan kepada kanak-kanak daripada golongan B40, selain kanak-kanak yang sedia ada di TABIKA KEMAS dan lepasan TASKA KEMAS.
Berdasarkan data sehingga Julai 2026, sebanyak 19 kelas TTI@KEMAS beroperasi di seluruh negara dengan 169 kanak-kanak, melibatkan 37 Pendidik Masyarakat (PM). Program ini dijangka diperluaskan pada tahun 2027 kepada 132 TABIKA di seluruh daerah dengan unjuran manfaat kepada 1,848 kanak-kanak.