Pertubuhan Belia Wawasan Baharu atau lebih dikenali sebagai BWB merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan secara rasminya di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia pada 26 Ogos 2013. Memandangkan tempoh untuk mencapai hasrat itu semakin hampir, perkumpulan anak muda berpakat menyatukan hasrat dan matlamat dibawah BWB ini. Terdapat 3 perkara utama yang menjadi teras kepa
da BWB :
1. Memapankan sahsiah belia
3. Mentransformasikan ekonomi belia
Untuk mencapai status negara maju, kemajuan daya pemikiran dan tindakan golongan adalah sangat penting. Ini kerana, golongan belia hari ini merupakan golongan yang bakal mewarnai negara kelak. terdapat golongan belia yang sedia mempunyai kesedaran untuk memajukan masa hadapan, pun begitu, terdapat jugak golongan belia yang masih keliru dan leka dalam mencari haluan masa hadapan mereka. Golongan belia ini masih lagi merupakan golongan majoriti dan sekiranya golongan ini kekal menjadi majoriti menjelang tahun 2020, dikhuatiri negara tercinta menghadapi pelbagai bentuk masalah terutamanya melibatkan 3 aspek yang telah dinyatakan. Justeru, pihak BWB terpanggil untuk melaksanakan beberapa idea dan pandangan yang dilihat mampu untuk membantu kerajaan dalam membangunkan status golongan belia ke tahap yang lebih tinggi.