KPDN Laman Rasmi

KPDN Laman Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.

Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran. Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentu

an. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara. Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial. Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais.

๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ๐‘ณ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ช๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘จ ๐Ÿ’“Hasil tangan anak bangsa kita sebenarnya bertaraf antarabangsa, tetapi ditawarkan pada harga y...
15/05/2026

๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ๐‘ณ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ช๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘จ ๐Ÿ’“

Hasil tangan anak bangsa kita sebenarnya bertaraf antarabangsa, tetapi ditawarkan pada harga yang jauh lebih munasabah!

Ini bukan sekadar tentang membeli, tetapi tentang kebanggaan kita menyokong ekonomi negara dan hasil kudrat rakyat Malaysia.

Ayuh buktikan semangat patriotisme kita, jom jadikan barangan buatan tempatan sebagai pilihan gaya hidup!





15/05/2026

๐”๐‘๐€๐๐† ๐’๐€๐๐€๐‡, ๐๐„๐‘๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐€ ๐’๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐„ ๐’๐ˆ๐‚๐‚ ๐‡๐”๐‰๐”๐๐† ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐๐ˆ? ๐Ÿคฉ๐Ÿ”ฅ

Ada lebih 60 usahawan lokal, tambah lagi ada Jualan RAHMAH MADANI. Siap ada cabutan bertuah sama persembahan artis lagi.
Dekat mana? Sini bah! ๐Ÿ‘‡

๐Ÿ“ Tempat: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 16โ€“17 Mei 2026
โฐ Masa: 9.00 Pagi โ€“ 6.00 Petang

Beli barang lokal ni bukan trend, tapi ini gaya orang bijak! โœจ
Laju-laju kasi _tag_ kawan-kawan sama family kamurang di komen sekarang.
Set masa siap-siap, esok kita jumpa di sana bah! Kami tunggu. ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ





15/05/2026

[[LIVE]] Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026

Jumaat | 15 Mei 2026

'Yang sahih di RTM'

๐„๐’๐Ž๐Š ๐’๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐๐€๐‡! ๐Ÿ”ฅ๐๐ƒ๐€๐Š๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐” ๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐’๐€๐‰๐€? ๐Ÿ‘€Bah urang Sabah! Esok kita bikin havoc di SICC p**a! ๐Ÿ›๏ธโœจMacam-macam ada ...
15/05/2026

๐„๐’๐Ž๐Š ๐’๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐๐€๐‡! ๐Ÿ”ฅ
๐๐ƒ๐€๐Š๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐” ๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐’๐€๐‰๐€? ๐Ÿ‘€

Bah urang Sabah! Esok kita bikin havoc di SICC p**a! ๐Ÿ›๏ธโœจ
Macam-macam ada tu. Produk tempatan, makanan, aktiviti menarik, cabutan bertuah sampai persembahan artis pun ada! ๐ŸŽค๐ŸŽ

๐Ÿ“ SICC, Kota Kinabalu
๐Ÿ—“๏ธ 16-17 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)
โฐ 9.00 pagi โ€“ 6.00 petang

Tag terus geng kamurang sekarang! Jangan jadi kawan toxicโ€ฆ sendiri datang, kawan nda kena ajak ๐Ÿ˜œ

Jumpa kamurang di sana bah! ๐Ÿ™Œ





๐Ÿ“ข ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐‘๐€๐‡๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐”๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€!Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hi...
15/05/2026

๐Ÿ“ข ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐‘๐€๐‡๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐”๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€!

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama rakan strategik iaitu ๐—ฆ๐—ง ๐—ฅ๐—ผ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ & ๐— ๐˜†๐—ฑ๐—ถ๐—ป akan mengadakan Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) Premium.

Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) Premium khas sempena AidilAdha untuk membantu anda berjimat dengan kualiti barangan yang terbaik. Dapatkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga yang menjimatkan di:

๐Ÿ“ Ruang Legar Utama Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
๐Ÿ“… 16 & 17 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)
๐Ÿ•™ 9.00 Pagi - 7.00 Malam

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berbelanja secara berhemah. Jumpa anda di sana! ๐Ÿคโœจ





SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พGenerasi belia adalah tonggak inovasi dan pemacu utama ekonomi negara. Bersem...
15/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Generasi belia adalah tonggak inovasi dan pemacu utama ekonomi negara. Bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara 2026, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa komited menyokong aspirasi anak muda untuk tampil sebagai usahawan yang beretika, inovatif, dan berdaya saing.

Pada masa yang sama, peranan belia sebagai pengguna bijak amat penting dalam mencorakkan pasaran dan ekonomi domestik kita. KPDN amat menghargai peranan aktif belia yang turut sama menjayakan pelbagai inisiatif kerajaan demi kesejahteraan rakyat. Teruslah melangkah ke hadapan dan menjadi ejen perubahan positif negara! ๐Ÿš€

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga Kerja KPDN.

" Menggerak Belia MADANI"




KPDN PERKASA PERDAGANGAN NEGARA HADAPI CABARAN GLOBALKUALA LUMPUR,14 MEI 2026 โ€“ YB Senator Datuk Dr Fuziah Salleh, Timba...
14/05/2026

KPDN PERKASA PERDAGANGAN NEGARA HADAPI CABARAN GLOBAL

KUALA LUMPUR,14 MEI 2026 โ€“ YB Senator Datuk Dr Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah merasmikan Program 7 Mega Growth Strategies 2026 anjuran KNKV Group di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur hari ini.

YB Timbalan Menteri dalam ucapan beliau menegaskan bahawa KPDN melalui Kerajaan MADANI sangat memberi komitmen dalam memastikan ekosistem perdagangan negara kekal mampan, berdaya tahan dan kompetitif meskipun dunia berdepan cabaran global yang semakin kompleks.

Beliau turut memaklumkan kementerian akan terus memudah cara urusan perniagaan, mengurangkan birokrasi dan memastikan kestabilan rantaian bekalan. Melalui sokongan yang diberikan terhadap pelaksanaan Program Jualan RAHMAH MADANI, ianya dapat memperkasa PMKS bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan kesejahteraan rakyat.

Turut dinyatakan sektor perdagangan borong dan runcit negara terus menunjukkan perkembangan positif dan menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. KPDN percaya perniagaan yang mampan bukan sahaja menjana keuntungan, malah mampu menawarkan nilai yang adil kepada pengguna serta memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat dan negara.




Putrajaya | 14 Mei 2026 | KhamisSekitar taklimat bersama Bahagian Kawal Selia Petroleum (BKSP), KPDN berhubung status pe...
14/05/2026

Putrajaya | 14 Mei 2026 | Khamis

Sekitar taklimat bersama Bahagian Kawal Selia Petroleum (BKSP), KPDN berhubung status pelaksanaan peluasan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Taklimat turut membincangkan perkembangan pelaksanaan SKDS di Semenanjung Malaysia termasuk penyelesaian isu teknikal melibatkan integrasi sistem SKDS dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi kenderaan yang telah memperbaharui cukai jalan pada bulan April lalu. Langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi memastikan proses permohonan dan pengemaskinian data berjalan lancar.

KPDN komited memastikan subsidi bahan api diesel terus disalurkan secara lancar, telus dan bersasar kepada sektor pengangkutan darat awam serta pengangkutan barangan yang berkelayakan selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan.



Pentauliahan Ketua Penguji/Penguji Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan (UFPK) ๐Ÿ’ผMELAKA, 13-15 Mei 2026 - Kementerian...
14/05/2026

Pentauliahan Ketua Penguji/Penguji Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan (UFPK) ๐Ÿ’ผ

MELAKA, 13-15 Mei 2026 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Bahagian Penguat Kuasa (BPGK) terus komited memperkukuhkan standard penilaian fizikal bagi pengambilan pegawai penguatkuasa di KPDN.

Program ini dihadiri seramai 70 pegawai KPDN yang terpilih dari seluruh negara bagi kesiapsiagaan pengambilan skim perkhidmatan Penguat Kuasa.

Program pentauliahan ini adalah signifikan bagi memastikan calon-calon yang menghadiri UFPK dinilai sebaik mungkin oleh Ketua Penguji/ Penguji dengan input terkini daripada pihak SPA.

Program dirasmikan oleh YBrs. Puan Noridah binti Lohang, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.



14/05/2026

Satu syarikat... ribuan mangsa. Ini bukan kes kecil, ini empayar penipuan.

[KENYATAAN MEDIA]KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERDAGANGAN NEGARA MELALUI STRATEGI MAMPAN DAN DAYA TAHAN GLOBALKUALA LUMPUR | ...
14/05/2026

[KENYATAAN MEDIA]

KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERDAGANGAN NEGARA MELALUI STRATEGI MAMPAN DAN DAYA TAHAN GLOBAL

KUALA LUMPUR | 14 MEI 2026 | KHAMIS



Address

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2
Putrajaya
62623

Opening Hours

Monday 08:30 - 06:00
Tuesday 08:30 - 06:00
Wednesday 08:30 - 06:00
Thursday 08:30 - 06:00
Friday 08:30 - 06:00

Telephone

+601800886800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPDN Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KPDN Laman Rasmi:

Share