14/05/2026
๐ฆ๐๐จ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก, ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐๐ก๐ฆ๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ฆ๐๐๐๐ก ๐๐๐จ๐๐ก ๐ฆ๐๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง๐ฃ๐ ๐๐๐. ๐ญ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Sesi Libat Urus (SLU) bagi Persediaan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) bersama kementerian, jabatan dan agensi telah diadakan pada 14 Mei 2026 di Ibu Pejabat BPA, Putrajaya bagi menyelaras tindakan susulan serta memperkukuh usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Perbincangan ini memberi fokus kepada tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan berkaitan kertas pertimbangan aduan yang telah dibangkitkan serta dibentangkan dalam Mesyuarat JKTPA Bilangan 1 Tahun 2025 pada 28 Julai 2025.
Semoga usaha berterusan ini dapat mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat serta tadbir urus awam yang lebih cekap, responsif dan berkesan.