Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Akaun Rasmi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Official Account Of The Ministry of Rural And Regional Development Of Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Wassalam.

Perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ke atas aspek kehidupan sekarang ini telah mempengaruhi cara kita bermasyarakat dan melaksanakan urusan harian. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sentiasa peka kepada perkembangan-perkembangan tersebut. Sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar, Kementerian ini akan sentiasa berusah

a memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan agar menepati keperluan pelanggannya. Kandungan laman web ini akan sentiasa dikemas kini dari segi maklumat, gaya persembahan, dan kemudahan berurusan. Kandungan maklumat mengenai objektif dan fungsi kementerian serta program dan projek yang dilaksanakan diharap dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada semua pengguna. Selain itu, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan objektif dan fungsi agensi-agensi di bawah Kementerian ini seperti KEMAS, JAKOA, INFRA, MARA, RISDA, FELCRA, KEDA, KEJORA, KETENGAH, dan KESEDAR juga dapat diperoleh melalui laman ini. Terima kasih dan selamat maju jaya. YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah

Nota:
โ€œKerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.โ€

"Malaysian Government is not responsible for any loss or damages that may be incurred by the user as a result of using the information on this site."

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐’๐ซ๐ข ๐Š๐’๐” ๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐ค๐ž ๐‹๐ž๐ฆ๐›๐š๐ ๐š ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก (๐’๐‹๐ƒ๐), ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ, ๐’๐š๐›๐š๐กSesi terakhir ...
14/06/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐’๐ซ๐ข ๐Š๐’๐” ๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐ค๐ž ๐‹๐ž๐ฆ๐›๐š๐ ๐š ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐š๐›๐š๐ก (๐’๐‹๐ƒ๐), ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ, ๐’๐š๐›๐š๐ก

Sesi terakhir lawatan kerja YBhg. Datoโ€™ Sri Suriani binti Datoโ€™ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 12 Jun 2026, Jumaat adalah mengadakan kunjungan ke SLDB di Kota Kinabalu, Sabah iaitu agensi rangkaian di bawah KKDW.

Ketibaan beliau telah disambut oleh pengurusan tertinggi SLDB iaitu YBhg. Datuk Syaheddrul R Joddari, Pengurus Besar SLDB sebelum diberikan taklimat komprehensif berkaitan latar belakang organisasi, fungsi serta peranan SLDB dalam pembangunan tanah, sektor perladangan dan pembangunan sosioekonomi luar bandar di negeri Sabah.

Sesi taklimat turut memfokuskan kepada pencapaian semasa, cadangan-cadangan pembangunan serta perancangan strategik yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memperkukuh kecekapan operasi, meningkatkan produktiviti serta memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat, khususnya masyarakat luar bandar.

Selain itu, sesi ini juga menjadi platform untuk perkongsian pandangan, isu semasa serta harapan organisasi dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan secara lebih teratur, mampan dan berdaya saing.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan pihak Kementerian dalam memperkukuh kerjasama strategik antara agensi serta memperkasa agenda pembangunan negeri Sabah secara menyeluruh dan inklusif.





๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐’๐ซ๐ข ๐Š๐’๐” ๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐ค๐ž ๐†๐ˆ๐€๐“๐Œ๐€๐‘๐€ ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐ซYBhg. Datoโ€™ Sri Suriani binti Datoโ€™ Ahmad, Ketua Setiausaha ...
14/06/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐’๐ซ๐ข ๐Š๐’๐” ๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐ค๐ž ๐†๐ˆ๐€๐“๐Œ๐€๐‘๐€ ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐ซ

YBhg. Datoโ€™ Sri Suriani binti Datoโ€™ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) seterusnya meneruskan lawatan kerja ke GIATMARA Sepanggar bagi meninjau pelaksanaan latihan sepenuh masa dan Kursus Jangka Pendek (SCT) yang sedang dijalankan.

Dalam lawatan tersebut, beliau diberi taklimat dan melihat sendiri sesi latihan yang dijalankan di Bengkel Masakan dan Pramusaji, Kursus Asas Barista di GEMERSIK COFFEE serta Bengkel Confectionery and Bakery (CNB). YBhg. Datoโ€™ Sri KSU turut berpeluang mencuba menghasilkan ๐˜ญ๐˜ข๐˜ต๐˜ต๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต bersama para peserta kursus.

Rombongan kemudiannya menghadiri sesi taklimat ringkas oleh YBrs. Ts. Ahmad Hamdi bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA.

Lawatan diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama para pelatih dan warga kerja GIATMARA Negeri Sabah.





๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐’๐ซ๐ข ๐Š๐’๐” ๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐ค๐ž ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐๐๐‘๐’), ๐’๐š๐›๐š๐กYBhg. Datoโ€™ Sri Suriani binti ...
14/06/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐’๐ซ๐ข ๐Š๐’๐” ๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐ค๐ž ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐๐๐‘๐’), ๐’๐š๐›๐š๐ก

YBhg. Datoโ€™ Sri Suriani binti Datoโ€™ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mengadakan lawatan kerja ke Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) di Tuaran, Sabah.

PPRS merupakan inisiatif di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang bertujuan meningkatkan taraf hidup golongan miskin dan miskin tegar melalui penyediaan kediaman yang lebih selesa, selamat dan berkualiti.

Bermula 1 Oktober 2024, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) telah dijenamakan semula sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dengan beberapa penambahbaikan, termasuk:

- Peningkatan keluasan rumah daripada 660 kaki persegi kepada 680 kaki persegi;
- Kadar bantuan bina baharu dan baik pulih yang lebih tinggi; dan
- Reka bentuk lebih fleksibel serta berkonsepkan mesra syariah.

Bagi tahun 2026, sejumlah RM213.13 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan 6,070 unit rumah PPRS di seluruh negara yang merangkumi 1,204 unit bina baharu dan 4,866 unit baik pulih.

Untuk negeri Sabah, sebanyak RM33.75 juta diperuntukkan melibatkan 200 unit rumah bina baharu dan 700 unit rumah baik pulih. Manakala bagi Parlimen Tuaran, sejumlah RM556,500 telah diluluskan bagi pembinaan enam unit rumah bina baharu dan pelaksanaan 13 unit rumah baik pulih sepanjang tahun 2026.

YBhg. Datoโ€™ Sri KSU turut menyampaikan ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ค๐˜ฌ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜บ kepada dua penerima bantuan bina baharu PPRS dari Kampung Gayang iaitu Encik Jailin Bin Deraip dan Encik Norajali Nurasi. Turut sama hadir YBrs. Encik Azman bin Kassim, Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan KKDW dan YBrs. Encik Mohd Sabri bin Ramly, Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Rakyat KKDW.

Semoga bantuan ini dapat memberikan keselesaan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penerima dan keluarga.





๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐ˆ๐Š๐Ž๐๐ƒ๐„๐’๐€ ๐Š๐Š๐ƒ๐–Mencari kudapan menarik dan produk tempatan berkualiti? Jangan lepaskan peluang mengunjungi Festiv...
14/06/2026

๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐ˆ๐Š๐Ž๐๐ƒ๐„๐’๐€ ๐Š๐Š๐ƒ๐–

Mencari kudapan menarik dan produk tempatan berkualiti? Jangan lepaskan peluang mengunjungi Festival IKONDESA KKDW yang menampilkan pelbagai produk usahawan luar bandar bimbingan KETENGAH.

๐Ÿ›’ Antara yang menanti anda:
โœจ Rempah Ikan Bakar & Daging Salai
โœจ Kek Lapis & Kopi Nisang
โœจ Cookies Homemade
โœจ Cendawan Goreng
โœจ Keria Viral Ganu
โœจ Makanan Tradisi Terengganu
โœจ Batik, kraftangan dan produk jahitan

๐ŸŽฏ Pelbagai aktiviti interaktif menanti anda, termasuk Kahoot dan Kuiz Berhadiah!

๐Ÿ“Tempat: Pekarangan Lobi KKDW, Putrajaya

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh:
๐Ÿ“Œ 15โ€“16 Jun 2026 (Isninโ€“Selasa)
๐Ÿ“Œ 18โ€“19 Jun 2026 (Khamisโ€“Jumaat)
๐Ÿ“Œ 22โ€“25 Jun 2026 (Isninโ€“Khamis)

โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang

Jom meriahkan Festival IKONDESA KKDW dan sokong produk usahawan luar bandar!





13/06/2026

๐ŸŽ™๏ธ ๐„๐๐ˆ๐’๐Ž๐ƒ ๐Ÿ’ ๐๐Ž๐ƒ๐‚๐€๐’๐“ โ€œ๐‚๐„๐‘๐ˆ๐“๐€ ๐ƒ๐„๐’๐€ ๐Š๐ˆ๐“๐€โ€

Bermula dengan bantuan, berakhir sebagai jutawan. Inilah kisah PERDA!

Bagaimana sokongan yang tepat mampu mengubah seorang usahawan biasa menjadi usahawan berjaya, malah ada yang bergelar jutawan?

Dalam episod ini, YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), berkongsi bagaimana peluang, bimbingan dan keberanian untuk terus mencuba telah membantu melahirkan ramai usahawan berjaya serta mengubah kehidupan mereka dan keluarga.

๐Ÿ“บ Saksikan episod keempat Podcast Cerita Desa Kita pada 26 Jun 2026, Jumaat pada jam 9.00 malam di YouTube dan Facebook Rasmi KKDW.





๐Œ๐„๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐€๐–๐€๐‹ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐: ๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹, ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐‚๐Ž๐‘๐€๐Š ๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐Ÿ–.๐Ÿ’ ๐‰๐”๐“๐€ ๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€Kementerian Kemajuan Des...
12/06/2026

๐Œ๐„๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐€๐–๐€๐‹ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐: ๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹, ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐‚๐Ž๐‘๐€๐Š ๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐Ÿ–.๐Ÿ’ ๐‰๐”๐“๐€ ๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus memperkukuh pembangunan modal insan negara melalui pemerkasaan pendidikan awal kanak-kanak yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Sejak penubuhannya, KEMAS telah menjadi medan pendidikan pertama kepada lebih 8.4 juta anak Malaysia, dengan rangkaian TABIKA dan TASKA KEMAS kini merangkumi hampir 11,113 lokasi di seluruh negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pencapaian ini adalah komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan akses pendidikan awal yang berkualiti dapat dinikmati oleh masyarakat, khususnya di kawasan desa dan luar bandar.

Selaras dengan aspirasi ๐™‚๐™–๐™ข๐™š ๐˜พ๐™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ง KKDW, kementerian akan terus memberikan sokongan melalui penyediaan peruntukan yang mencukupi bagi kerja-kerja naik taraf dan pembaikan premis TABIKA serta TASKA KEMAS demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan berkualiti untuk generasi masa hadapan.

Klik berita penuh: https://www.utusan.com.my/nasional/2026/06/pendidik-kemas-perlu-guna-pendekatan-baharu-pendidikan-awal-kanak-kanak/





12/06/2026

Mutiara Kata@KKDW | Menjelang ketibaan tahun baharu Hijrah 1448H, marilah kita mengambil kesempatan untuk bermuhasabah, memperbaiki diri dan memperbaharui niat ke arah kehidupan yang lebih baik. Hijrah bukan sekadar pertukaran tahun, tetapi satu perjalanan untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.

Jangan lupa baca doa akhir tahun & awal tahun agar setiap langkah yang diambil menjadi asbab kepada kebaikan, keberkatan dan kejayaan yang diredai-Nya.





๐ŸŒ Kerajaan terus memantau perkembangan krisis bekalan global yang memberi kesan kepada pasaran tenaga, makanan, logistik...
11/06/2026

๐ŸŒ Kerajaan terus memantau perkembangan krisis bekalan global yang memberi kesan kepada pasaran tenaga, makanan, logistik dan kos sara hidup bagi memastikan bekalan serta perkhidmatan penting kekal terjamin. ๐Ÿ“Š

โšก Langkah kesiapsiagaan, pemantauan berterusan dan intervensi bersasar dilaksanakan demi mengekalkan kestabilan ekonomi, melindungi pekerjaan serta menjaga kesejahteraan rakyat. ๐Ÿค

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia




11/06/2026

[[LIVE]] Taklimat Krisis Bekalan Global

Khamis | 11 Jun 2026

'Yang sahih di RTM'

Address

NO. 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share