Jabatan Perumahan Negara (JPN)

Jabatan Perumahan Negara (JPN) Menjadi organisasi yang cemerlang dalam melaksanakan dan mengawal selia perumahan yang mampan dan mesra alam ke arah kehidupan berkualiti tinggi.

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila kemukakan di Sistem Aduan Bersepadu KPKT seperti pautan berikut:

https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm

🚨 𝗔𝗠𝗔π—₯𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—œπ—£π—¨π—”π—‘ 𝗦𝗨π—₯𝗔𝗧 𝗧𝗔π—ͺ𝗔π—₯𝗔𝗑 π—£π—”π—Ÿπ—¦π—¨ π— π—˜π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—”π—žπ—”π—‘ 𝗑𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔 (𝗝𝗣𝗑) 🚨Jabatan Perumahan Negara (JPN) in...
14/08/2026

🚨 𝗔𝗠𝗔π—₯𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—œπ—£π—¨π—”π—‘ 𝗦𝗨π—₯𝗔𝗧 𝗧𝗔π—ͺ𝗔π—₯𝗔𝗑 π—£π—”π—Ÿπ—¦π—¨ π— π—˜π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—”π—žπ—”π—‘ 𝗑𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔 (𝗝𝗣𝗑) 🚨

Jabatan Perumahan Negara (JPN) ingin menasihatkan orang ramai, khususnya pemilik syarikat, vendor dan pembekal, agar sentiasa berwaspada terhadap kewujudan Surat Tawaran Vendor/Pembekal palsu yang menyalahgunakan nama, logo, kepala surat serta nama dan tandatangan pegawai JPN.

❗ JPN TIDAK PERNAH:
❌ Mengeluarkan surat tawaran vendor secara terus tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.
❌ Meminta dokumen bank syarikat secara tergesa-gesa.
❌ Meminta sebarang bayaran bagi tujuan pelantikan vendor.

Sekiranya anda menerima surat yang meragukan:
βœ… Jangan serahkan sebarang dokumen.
βœ… Jangan membuat sebarang pembayaran.
βœ… Sahkan terlebih dahulu kesahihan surat melalui saluran rasmi Jabatan Perumahan Negara.

πŸ“’ Orang ramai diseru agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan serta penyalahgunaan maklumat syarikat.





MAJLIS PERASMIAN FORUM PERUMAHAN SWASTA TERBENGKALAI 2026PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Te...
13/08/2026

MAJLIS PERASMIAN FORUM PERUMAHAN SWASTA TERBENGKALAI 2026

PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah menganjurkan Forum Perumahan Swasta Terbengkalai 2026 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu.

Penganjuran forum ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh usaha pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai melalui perkongsian pengalaman, pengetahuan serta pendekatan strategik yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.

Forum ini turut menjadi platform bagi membincangkan isu, cabaran dan penyelesaian berkaitan projek perumahan terbengkalai, di samping menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara agensi kerajaan, pemaju perumahan, institusi kewangan serta pihak berkaitan dalam memastikan proses pemulihan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

Antara objektif utama forum ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam usaha memulihkan projek perumahan terbengkalai, mewujudkan kolaborasi strategik bagi menyelesaikan isu yang dihadapi, memperkenalkan projek-projek perumahan swasta terbengkalai di bawah seliaan JPN kepada pemaju yang berpotensi serta memberikan penghargaan kepada syarikat dan agensi yang berjaya melaksanakan proses pemulihan projek.

Melalui penganjuran forum ini, KPKT menzahirkan komitmen berterusan dalam memastikan setiap projek perumahan terbengkalai dapat dipulihkan demi melindungi kepentingan pembeli rumah dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Selaras dengan aspirasi β€œRumah Berkualiti, Rakyat Sejahtera”, KPKT akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama semua pihak bagi memastikan sektor perumahan negara terus berkembang secara mampan dan inklusif.

Transformasi projek terbengkalai demi masa depan perumahan yang lebih terjamin.





12/08/2026

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyangkal beberapa dakwaan berkaitan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang, Dengkil, yang disifatkan tidak tepat termasuk isu keselamatan, kelewatan projek, beban kos pemilikan dan k...

⚠️ PPR AMPAR TENANG: MENANGKIS DAKWAAN TIDAK TEPAT.KPKT menegaskan bahawa kementerian sentiasa cakna dan responsif dalam...
11/08/2026

⚠️ PPR AMPAR TENANG: MENANGKIS DAKWAAN TIDAK TEPAT.

KPKT menegaskan bahawa kementerian sentiasa cakna dan responsif dalam memastikan penyediaan perumahan yang mampan, selamat dan selesa untuk rakyat. Sebarang kelemahan atau kesan akibat bencana sentiasa ditangani dengan tatakelola yang telus, bertanggungjawab dan berkesan.

Kementerian turut menyeru orang awam agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan atau tohmahan yang disebarkan tanpa fakta dan pengesahan yang tepat. Sebarang maklumat berkaitan perumahan hendaklah dirujuk kepada saluran rasmi KPKT atau Jabatan Perumahan Negara bagi mendapatkan penjelasan dan pengesahan yang sahih.





10/08/2026
06/08/2026

LIPUTAN SEKITAR LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KPKT KE PROJEK PERUMAHAN SWASTA DI RESIDENSI HEKTAR GOMBAK (RESIDENSI WILAYAH)

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KPKT KE PROJEK PERUMAHAN SWASTA DI RESIDENSI HEKTAR GOMBAK (RESIDENSI WILAYAH)KUALA LU...
06/08/2026

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KPKT KE PROJEK PERUMAHAN SWASTA DI RESIDENSI HEKTAR GOMBAK (RESIDENSI WILAYAH)

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2026 – YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan satu lawatan kerja ke Projek Perumahan Swasta di Residensi Hektar Gombak (Residensi Wilayah) pada hari ini.

Lawatan tersebut turut disertai oleh YBrs. Dr. Tan Awang Besar, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN), YBrs. Encik Khairul Anwar bin Bachok, Timbalan Ketua Pengarah (Pemajuan Perumahan) JPN, pegawai-pegawai JPN serta wakil agensi utiliti berkaitan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Tinjauan di tapak projek menunjukkan kemajuan yang amat memberangsangkan, melibatkan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan bangunan dan penyediaan infrastruktur. Berdasarkan laporan kemajuan sehingga 23 Julai 2026, pihak pemaju menganggarkan projek akan siap dan memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 1 Mac 2027. Penyerahan milikan kosong kepada pembeli dijangka dapat dilaksanakan sejurus selepas CCC diperoleh.

Kemajuan projek yang terus menunjukkan perkembangan positif ini diharapkan dapat memastikan Residensi Hektar Gombak disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Seterusnya, projek ini dapat diserahkan kepada para pembeli seperti yang dirancang, sekali gus memenuhi komitmen Kerajaan dalam memastikan penyediaan rumah mampu milik yang berkualiti dan siap mengikut tempoh yang ditetapkan.





30/07/2026

SEDANG BERLANGSUNG PERSIDANGAN HARTANAH ASEAN (AREC) 2026

Ingin mengetahui trend terkini industri hartanah di peringkat ASEAN? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai ASEAN Real Estate Conference (AREC) 2026 yang menghimpunkan pemain industri, pelabur, pakar dan orang ramai di bawah satu bumbung.

πŸ“… Tarikh: 29 Julai – 1 Ogos 2026 (Rabu – Sabtu)
πŸ“ Lokasi: Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur

✨ Antara yang menarik:
βœ… Pameran hartanah tempatan & antarabangsa
βœ… Perkongsian ilmu daripada pakar industri
βœ… Peluang rangkaian perniagaan (networking)
βœ… Inovasi dan teknologi terkini dalam sektor hartanah

Sama ada anda seorang pelabur, pembeli rumah, profesional hartanah, mahasiswa atau sekadar ingin menambah ilmu, AREC 2026 adalah destinasi yang wajib dikunjungi!

πŸ“’ Masuk adalah percuma! Ayuh ajak keluarga, rakan-rakan dan kenalan anda untuk bersama-sama memeriahkan acara ini.

Jumpa anda di MITEC!

Address

Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

03-8000 8000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perumahan Negara (JPN) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share