14/08/2026
Selamat bersara Encik Othman bin Kangsar, salah seorang Pegawai Kerajaan dari kalangan masyarakat Orang Asli.
Terima kasih atas sumbangan kepada negara sepanjang perkhidmatan โจ
๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐ก ๐ข๐ง๐๐ ๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐ฅ
๐ฟ MENELUSURI JEJAK BAKTI: ENCIK OTHMAN BIN KANGSAR๐ฟ
Selamat Bersara, Encik Othman bin Kangsar!
Dilahirkan pada 13 Ogos 1970 di Jerantut, Pahang, Encik Othman bin Kangsar telah menabur bakti dalam perkhidmatan awam selama hampir tiga dekad, khususnya dalam bidang geosains bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
Beliau memulakan perkhidmatan pada 2 Januari 1997 sebagai Pegawai Kajibumi, Gred C41 dalam bidang Geofizik di JMG Sarawak. Sepanjang perjalanan kerjaya, beliau kemudiannya berkhidmat di JMG Perak, Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG serta JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP).
Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Timbalan Pengarah (Geosains), Gred C13 di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang (JMGKPP).
Sebagai seorang anak Orang Asli yang berjaya membina kerjaya dalam bidang profesional, perjalanan kerjaya Encik Othman merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Kejayaan beliau mengembangkan kerjaya dalam bidang geosains sehingga diberi kepercayaan memegang jawatan kepimpinan di JMG bukan sahaja mencerminkan keupayaan dan kecemerlangan diri, malah menjadi bukti bahawa ilmu, ketekunan, usaha dan komitmen yang tinggi mampu membuka ruang untuk seseorang mencapai kejayaan yang lebih besar. Beliau secara tidak langsung menjadi antara contoh serta inspirasi kepada generasi muda Orang Asli untuk terus mengejar kecemerlangan dalam pendidikan, bidang profesional dan perkhidmatan awam.
Dengan pengalaman luas dalam bidang geofizik, geosains dan geologi alam sekitar, beliau telah memberikan pelbagai sumbangan serta khidmat bakti dalam pembangunan dan pelaksanaan tugas-tugas geosains di JMG.
Antara pencapaian yang membanggakan, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2015 dan 2024 sebagai pengiktirafan atas dedikasi dan kecemerlangan sepanjang perkhidmatan.
Kini, setelah melalui perjalanan kerjaya yang panjang dan penuh bermakna, tibalah masanya untuk Encik Othman melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.
Seluruh warga JMG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bakti, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan.
Semoga Encik Othman dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesejahteraan yang berpanjangan, serta menikmati kehidupan persaraan bersama keluarga tercinta.
Selamat Bersara, Encik Othman bin Kangsar.
Jasa dikenang, budi disanjung, kenangan kekal dalam ingatan. ๐ค