27/08/2026
๐ด๐จ๐ฑ๐ณ๐ฐ๐บ ๐น๐จ๐ด๐จ๐ฏ ๐ด๐ฌ๐บ๐น๐จ ๐ฉ๐ฌ๐น๐บ๐จ๐ด๐จ ๐จ๐ต๐ฎ๐ฎ๐ถ๐ป๐จ ๐๐จ๐ต๐ฎ ๐ฉ๐จ๐ฒ๐จ๐ณ ๐ฉ๐ฌ๐น๐บ๐จ๐น๐จ ๐ซ๐จ๐ต ๐ฉ๐ฌ๐น๐ป๐ผ๐ฒ๐จ๐น
Putrajaya, 27 Ogos 2026 (Khamis) โ Ketua Polis Daerah Putrajaya, YDH ACP Aidi Sham bin Mohamed bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, YDH SUPT Ana bin Mohamed telah meluangkan masa dalam satu majlis bagi meraikan empat anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya yang bakal bersara dan bertukar ke tempat penugasan baharu.
Majlis yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh mesra itu turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ketua Bahagian Logistik Daerah, Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, Ketua Cawangan Pengangkutan serta wakil Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang merupakan ketua atau pegawai penyelia kepada anggota yang diraikan.
Antara anggota yang diraikan ialah SM Muhamad bin Bador, Sjn Kamaruzaman bin Alauddin, KPL/D Mohammad Omran bin Omar dan KPL Victor Anak Tindin.
Pertemuan tersebut menjadi satu detik bermakna dalam menyampaikan penghargaan atas segala khidmat bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Walaupun ada yang bakal meneruskan perjalanan ke tempat penugasan baharu dan ada yang akan menamatkan perkhidmatan, segala kenangan, pengalaman serta ikatan persahabatan yang telah terjalin pastinya akan terus terpahat dalam ingatan.
Semoga yang bakal bertukar terus cemerlang di tempat baharu, manakala kepada yang bakal bersara, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa serta pengorbanan sepanjang berkhidmat.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun kenangan dan ikatan silaturahim yang terjalin akan terus kekal walau di mana jua berada.