15/09/2026
Pπππππππππππ ππππππππ πππππ ππππ πππππππ πππππ πππππ ππππ: πππππππππππππ πππππππππ | ππ πππππππππ ππππ | πππππ πππππππ, ππππππ πππππ
Semangat patriotisme terus disemarakkan menerusi Pertandingan Serlahan Bakat Siri Merdeka PETRA Tahun 2026: Kesejahteraan Dinikmati hari ini.
Acara kemuncak sambutan Bulan Kebangsaan PETRA ini menghimpunkan warga PETRA, Jabatan dan Agensi menerusi 15 persembahan penuh kreativiti dan semangat cintakan negara, merangkumi deklamasi sajak, pidato, nyanyian lagu patriotik, lakonan, pantomen dan dikir barat.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datoβ Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), PETRA dan YBhg. Datoβ Mohd Norhisham Bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA, pegawai-pegawai kanan PETRA serta seluruh warga PETRA dan Jabatan serta Agensi di bawahnya.
Lebih daripada sekadar pertandingan, pentas ini menjadi ruang warga PETRA menzahirkan bakat, kreativiti, semangat kebersamaan serta penghayatan terhadap erti kemerdekaan selaras dengan tema βMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiβ.
Program sambutan Bulan Kebangsaan PETRA Tahun 2026 turut dilaksanakan dengan kerjasama erat Kelab PETRA dan PUSPANITA PETRA, sekali gus mengeratkan hubungan serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga PETRA.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berani tampil menyerlahkan bakat! Terus suburkan semangat merdeka, terus raikan bakat dan kebersamaan warga PETRA.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.