Terma Rujukan CPRC adalah seperti berikut.
- Mewujudkan polisi,garis panduan,dan SOP berkaitan dengan kesiapsiagaan,tindakan cepat,dan tindakan yang perlu diambil oleh berbagai pihak semasa krisis dan bencana.
- Menyelaras semua aktiviti kesihatan awam berkaitan dengan kesiapsiagaan,tindakan cepat dan pemulihan sebelum,semasa dan selepas berlakunya wabak penyakit berjangkit,krisis dan bencana
- Mewujudkan koordinasi, mengekalkan jaringan komunikasi dengan organisasi dan institusi lain sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa semasa krisis dan bencana
- Merancang dan memastikan kewujudan sumber,sama ada tenaga manusia,latihan anggota,peralatan,peruntukan,simpanan ubatan-ubatan dan vaksin serta lain-lain keperluan yang penting
- Mewujudkan dan mengekalkan pusat maklumat(information Centre) dan pangkalan data,(database) berkaitan dengan krisis dan bencana yang berhubung kait dengan kesihatan awam.
- Menyediakan dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan pengurusan krisis kepada pihak atasan KKM dan lain-lain stakeholders untuk tindakan cepat.
- Mewujudkan program latihan secara berterusan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota dalam menghadapi krisis dan bencana
- Menjalankan risk assessment dan analisa situasi ke atas krisis dan bencana yang berlaku bagi merancang aktiviti pencegahan,kawalan dan rawatan serta pemulihan selanjutnya
- Menjalankan latihan simulasi dan drills bagi menghadapi/menangani krisi dan bencana
- Menjalankan kajian dan aktiviti dokumentasi berkaitan dengan krisis dan bencana.