30/09/2025
LAPORAN PROGRAM (LDP): PENGENDALIAN BOT DAN ENJIN SANGKUT, POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR (IPK KL)
OLEH: Pas**an Polis Marin Putrajaya
Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk Pengendalian Bot dan Enjin Sangkut telah berjaya dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) pada 24 hingga 25 September 2025 dengan kerja sama Pas**an Polis Marin Putrajaya. Latihan ini berlangsung di dua lokasi utama iaitu Markas Operasi Pas**an Polis Marin (PPM) dan Perairan Tasik Presint 8, Putrajaya. Program ini dirangka khusus bagi meningkatkan kecekapan anggota dalam aspek pengendalian bot, keselamatan air, dan teknik menyelamat, selaras dengan keperluan operasi di kawasan perairan dan bencana banjir.
Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh ASP Mohd Shamsso Bin Abdullah, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Putrajaya. Beliau menekankan kepentingan latihan ini dalam memperkukuh kesiapsiagaan anggota menghadapi situasi kecemasan di air serta meningkatkan kecekapan operasi marin. Taklimat teknikal dan operasi turut disampaikan bagi menjelaskan aspek teknikal enjin sangkut serta prosedur operasi bot dalam pelbagai senario.
Seramai (37) orang telah terlibat dalam program ini, merangkumi Urus Setia, Pegawai Kanan, dan peserta yang terdiri daripada Pegawai Rendah Polis (PRP) dari (6) daerah iaitu; Dang Wangi, Wangsa Maju, Brickfields, Cheras, Sentul dan Putrajaya. Kehadiran tenaga pengajar dari Pas**an Polis Marin (PPM) Putrajaya telah memperkukuh keberkesanan latihan. Turut hadir YDH SAC Khalid bin Sainon, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur memantau perjalanan program.
Latihan dijalankan secara teori dan praktikal, dengan penekanan kepada beberapa slot utama yang dirancang secara sistematik. Berikut slot yang dijalankan:
1.CAPSIZED BOAT
Situasi di mana bot terbalik atau karam. Peserta diajar cara menyelamatkan diri, mengapungkan semula bot jika boleh, dan bertindak secara tenang dalam air.
2. WATER CONFIDENT
- Teknik Apungan: Latihan untuk kekal terapung di permukaan air menggunakan jaket keselamatan dan teknik badan.
- Teknik Circle: Peserta membuat bulatan besar atau kecil dalam sesuatu kumpulan untuk tujuan merehatkan diri/ menenangkan diri dengan cara berpegang tangan diantara satu sama lain. Untuk circle kecil, dilakukan adalah untuk menenangkan mangsa yang cedera atau tidak boleh berenang serta memberi semangat dan menempatkan mangsa di dalam bulatan
-Teknik Caterpillar: Teknik ini bertujuan untuk menuju ke sesuatu arah dalam bentuk memanjang di mana kaki peserta akan memaut badan peserta di hadapan dan peserta seterusnya membuat perkara yang sama. Kayuhan tangan dibuat serentak untuk menggerak kumpulan ke tempat yang dituju.
3. PENGENDALIAN BOT DAN ENJIN SANGKUT
- Circle, Zigzag & Eight Shape Latihan mengemudi bot dalam pelbagai corak:
• Circle: Kawalan stereng dan imbangan.
• Zigzag: Elak halangan dan kawalan arah.
• Eight Shape: Uji koordinasi dan kawalan kelajuan.
TENAGA PENGAJAR (PASUKAN POLIS MARIN PUTRAJAYA):
Jurulatih:
1. Sjn Hamdan bin Bahari – Water Confident
2. Sjn Ku Azmi bin Ku Din – Nautika/ Pengendalian Bot
3. Sjn Mior Haszril bin Mohd Raseli – Teknikal
4. Sjn Noor Hishammudin – Teknikal
Penolong Jurulatih:
1. Kpl Sazali bin Mohd Saidi
2. Kpl Mohd Saiful Ridzuan bin Mohd Rosli
3. Kpl Mohamad Shahrul Ezwan bin Zahari
4. Kpl Mohd Hishamudin bin Zainal Abidin
5. L/Kpl Muhammad Farid Hakimi bin Shafie
6. L/Kpl Muhammad Eiman bin Mohd Nawi
7. L/Kpl Muhammad Syazwan bin Mohd Ayob
8. Konst Mohd Zakwan bin Abd Rahim
9. Konst Muhammad Zikri Iman bin Norazme
Team Diver:
1. Sjn Ahmad Rashidi bin Abdullah
2. Kpl Mohd Saiful Ridzuan bin Mohd Rosli
3. Konst Muhammad Faiz Hanny bin Sonny
Sepanjang program, peserta menunjukkan komitmen tinggi dan semangat kerjasama yang baik. Penilaian akhir menunjukkan peningkatan ketara dalam kefahaman dan kemahiran teknikal peserta. Maklum balas yang diterima amat positif, dengan cadangan agar program ini dijadikan latihan berkala untuk anggota yang bertugas di kawasan berisiko tinggi.
Secara keseluruhannya, program LDP ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif kepada pembangunan kompetensi anggota terlibat.