Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK

Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Official page for Ministry of Plantation and Commodities Malaysia. Tanggungjawab utama lain Kementerian masih dikekalkan.

Pada tahun 1972, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah diwujudkan untuk memajukan industri komoditi negara yang berupaya memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pada peringkat awal penubuhannya, KPU hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dua komoditi utama iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU kemudiannya telah dikembangkan meliputi pembangunan komoditi lain seperti kelapa sawit, koko, perhutanan dan kayu-kayan, mineral, nenas serta tembakau yang didapati turut memberi sumbangan kepada ekonomi Negara. Pada tahun 2004, KPU telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Kementerian Perusahaan perladangan dan komoditi (KPPK). Penstrukturan semula ini melibatkan perubahan bidang tanggungjawab, dimana Jemaah Pemasaran Lada Hitan (JPLH) dipindahkan daripada Kementerian Pertanian kepada KPPK manakala tanggungjawab berkaitan perhutanan, mineral dan geosains dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pada tahun 2012, eksport komoditi dan produk komoditi bernilai RM127.5 billion, meliputi 18% daripada jumlah dagangan eksport Malaysia.

- -

In 1972, recognizing the important contributions of the commodities industry to the country’ s economic growth, the Ministry of Primary Industries was established by the Government. During its initial stage, the Ministry of Primary Industries was only responsible for the development of tin ore and rubber, the two main commodities then. The Ministry’s role was later expanded to include the development other commodities such as palm oil, cocoa, forestry, minerals, pineapple and tobacco which also contributed to the country’s economy. In 2004, the Ministry was restructured and renamed as the Ministry of Plantation Industries and Commodities (MPIC). Under the new structure, the Pepper Marketing Board, formerly under the ambit of the Ministry of Agriculture was included in MPIC whilst matters relating to forestry, mineral and geosciences were transferred to the Ministry of Natural Resources and Environment. Other main responsibilities of MPIC remain unchanged. In 2012, exports of commodity and commodity products valued at RM127.5 billion, constituting about 18% of Malaysia’s total export of merchandise. The Government of Malaysia and Ministry of Plantations Industries and Commodities shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this page.ies and their contribution towards national development.

𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 π‡π€π‘πˆπ€π πŠπŽπŒπŽπƒπˆπ“πˆ π”π“π€πŒπ€ | πŸπŸ– π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” #𝐌𝐲𝐊𝐨𝐦𝐨𝐝𝐒𝐭𝐒  #𝐊𝐏𝐊  #𝐌𝐚π₯πšπ²π¬π’πšπŒπ€πƒπ€ππˆ
18/09/2026

𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 π‡π€π‘πˆπ€π πŠπŽπŒπŽπƒπˆπ“πˆ π”π“π€πŒπ€ | πŸπŸ– π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”

#𝐌𝐲𝐊𝐨𝐦𝐨𝐝𝐒𝐭𝐒 #𝐊𝐏𝐊 #𝐌𝐚π₯πšπ²π¬π’πšπŒπ€πƒπ€ππˆ

18/09/2026

[[LIVE]] Taklimat Krisis Bekalan Global

Jumaat | 18 September 2026

'Yang sahih di RTM'

18/09/2026

𝐊𝐏𝐊, π’π€π‘π€π–π€πŠ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ 𝐋𝐀𝐃𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

17 September 2026 | Betong

Seminar Kemampanan Industri Lada yang berlangsung di Dewan Masyarakat Spaoh hari ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier I Sarawak.

Seminar ini turut dihadiri YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi bersama timbalannya, YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, selain menghimpunkan pekebun dan penggiat industri bagi berkongsi maklumat, mendengar cabaran di lapangan serta memperkukuh hala tuju industri lada negara.

18/09/2026

π’πˆππ„π‘π†πˆ πŠππŠβ€“π’π€π‘π€π–π€πŠ 𝐏𝐀𝐂𝐔 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π€π†π‘πˆπŠπŽπŒπŽπƒπˆπ“πˆ

17 September 2026 | Betong, Sarawak

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak.

Pertemuan ini menjadi platform untuk mempererat kerjasama dan penyelarasan antara KPK dengan Kerajaan Sarawak dalam memacu pembangunan sektor agrikomoditi negeri.

Turut hadir, YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi serta YBhg. Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPK.

πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐏𝐁 ππ„πŒπ€π‚π” πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ 𝐋𝐀𝐃𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀17 September 2026 | KuchingYB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Men...
17/09/2026

πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐏𝐁 ππ„πŒπ€π‚π” πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ 𝐋𝐀𝐃𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

17 September 2026 | Kuching

YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi telah merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Lembaga Lada Malaysia (MPB) 2026.

Majlis ini memberi pengiktirafan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Setia atas prestasi, komitmen serta khidmat bakti mereka dalam memperkukuh MPB dan menyumbang kepada pembangunan industri lada negara.

Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri turut mengetengahkan kemajuan MPB dalam pembangunan industri lada, termasuk pengembangan produk hiliran, pendigitalan perkhidmatan serta penggunaan teknologi bagi membantu pekebun dan pemain industri.

Sepanjang Rancangan Malaysia Kedua Belas, MPB telah membimbing 77 PMKS yang menghasilkan 220 produk runcit berasaskan lada, dengan nilai jualan terkumpul produk hiliran usahawan bimbingan MPB dianggarkan sekitar RM20 juta setahun.

KPK merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah serta seluruh warga MPB atas komitmen, profesionalisme dan integriti dalam memastikan industri lada Malaysia terus berkembang dan berdaya saing.

𝐊𝐏𝐊, π’π€π‘π€π–π€πŠ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ 𝐋𝐀𝐃𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀17 September 2026 | BetongSeminar Kemampanan Industri Lada yang berl...
17/09/2026

𝐊𝐏𝐊, π’π€π‘π€π–π€πŠ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ 𝐋𝐀𝐃𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

17 September 2026 | Betong

Seminar Kemampanan Industri Lada yang berlangsung di Dewan Masyarakat Spaoh hari ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier I Sarawak.

Seminar ini turut dihadiri YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi bersama timbalannya, YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, selain menghimpunkan pekebun dan penggiat industri bagi berkongsi maklumat, mendengar cabaran di lapangan serta memperkukuh hala tuju industri lada negara.

Dalam ucapannya, YB Menteri menekankan bahawa hala tuju industri lada perlu beralih daripada hanya mengejar volum pengeluaran kepada pembinaan nilai, dengan memanfaatkan kekuatan kualiti dan identiti Lada Sarawak bagi meneroka pasaran premium serta meningkatkan pulangan kepada pekebun.

Di bawah Program Kemampanan Penanaman Lada di Malaysia, Kerajaan menyasarkan peluasan tanaman lada premium seluas 750 hektar, selain pengurusan 800 hektar tanaman lada matang, dengan tumpuan kepada peningkatan hasil, kualiti dan pendapatan pekebun.

Teknologi turut menjadi pemacu transformasi industri melalui penggunaan fertigasi, Internet of Things (IoT), teknologi diagnostik tanaman, penderiaan jauh, data dan mekanisasi bagi meningkatkan produktiviti serta menangani cabaran sebenar pekebun.

Sarawak memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan industri lada negara. KPK akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi memastikan industri ini terus mampan, berdaya saing dan meningkatkan pendapatan pekebun.

𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 π‡π€π‘πˆπ€π πŠπŽπŒπŽπƒπˆπ“πˆ π”π“π€πŒπ€ | πŸπŸ• π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” #𝐌𝐲𝐊𝐨𝐦𝐨𝐝𝐒𝐭𝐒  #𝐊𝐏𝐊  #𝐌𝐚π₯πšπ²π¬π’πšπŒπ€πƒπ€ππˆ
17/09/2026

𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 π‡π€π‘πˆπ€π πŠπŽπŒπŽπƒπˆπ“πˆ π”π“π€πŒπ€ | πŸπŸ• π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”

#𝐌𝐲𝐊𝐨𝐦𝐨𝐝𝐒𝐭𝐒 #𝐊𝐏𝐊 #𝐌𝐚π₯πšπ²π¬π’πšπŒπ€πƒπ€ππˆ

π’πˆππ„π‘π†πˆ πŠππŠβ€“π’π€π‘π€π–π€πŠ 𝐏𝐀𝐂𝐔 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π€π†π‘πˆπŠπŽπŒπŽπƒπˆπ“πˆ17 September 2026 | Betong, SarawakYB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Men...
17/09/2026

π’πˆππ„π‘π†πˆ πŠππŠβ€“π’π€π‘π€π–π€πŠ 𝐏𝐀𝐂𝐔 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π€π†π‘πˆπŠπŽπŒπŽπƒπˆπ“πˆ

17 September 2026 | Betong, Sarawak

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak.

Pertemuan ini menjadi platform untuk mempererat kerjasama dan penyelarasan antara KPK dengan Kerajaan Sarawak dalam memacu pembangunan sektor agrikomoditi negeri.

Turut hadir, YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi serta YBhg. Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPK.

Antara perkembangan positif yang dibincangkan ialah naik taraf fasiliti pengadunan biodiesel di Bintulu, pensijilan MyGAP bagi sektor lada serta pembangunan Agro-Pelancongan Koko di Lembaga Koko Malaysia (LKM) Kota Samarahan.

Pertemuan turut memberi tumpuan kepada beberapa perkara yang memerlukan penyelarasan lanjut, termasuk pelaksanaan BUDI Agri-Komoditi, isu tanah Native Customary Rights (NCR) dan status tanah serta pengukuhan kebolehjejakan rantaian bekalan agrikomoditi di Sarawak.

KPK akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Sarawak dan agensi berkaitan bagi memperkemas tindakan susulan serta memastikan pembangunan sektor agrikomoditi di Sarawak terus diperkasa secara mampan, berdaya saing dan memberi manfaat kepada pemain industri serta komuniti setempat.



𝐊𝐏𝐊 π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π16 September 2026 | KuchingYB Datuk Seri Dr. Noraini Ahma...
17/09/2026

𝐊𝐏𝐊 π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π

16 September 2026 | Kuching

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi bersama timbalannya YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, serta YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPK hadir memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2026 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak.

Sambutan yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, turut dihadiri barisan kepimpinan tertinggi negara serta Kerajaan Negeri.

Bertemakan β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan ini menjadi manifestasi semangat kebersamaan, perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia, selaras dengan semangat pembentukan Malaysia yang menyatukan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kehadiran kepimpinan KPK turut mencerminkan semangat kebersamaan dalam meraikan kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara serta tekad untuk terus bersama-sama membina Malaysia yang maju, sejahtera dan inklusif.

Selamat Hari Malaysia 2026.




16/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ π€π†π‘πŽππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π π‹πŠπŒ, π“π„π‘πŽπŠπ€ ππŽπ“π„ππ’πˆ 𝐊𝐎𝐊𝐎 π’π€π‘π€π–π€πŠ

16 September 2026 | Kota Samarahan

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi hari ini mengadakan lawatan ke Agropelancongan Lembaga Koko Malaysia (LKM) di Kota Samarahan.

Lawatan ini memberi peluang kepada YB Menteri meninjau lebih dekat pembangunan agropelancongan berasaskan koko serta potensinya dalam memperkenalkan industri koko kepada masyarakat melalui pendekatan yang lebih interaktif dan berorientasikan pengalaman.

Address

Jalan P2p, Presint 2
Putrajaya
62000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60388803300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share