Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Laman ini merupakan Page Facebook RASMI JBPM yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Korporat JBPM

FORUM KUALA LUMPUR ENGINEERING (KLEF) 2026KENALI AHLI PANEL KITA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ YS PKPjB Kamarulzaman Malik AbdullahPengarahBahagian ...
18/09/2026

FORUM KUALA LUMPUR ENGINEERING (KLEF) 2026

KENALI AHLI PANEL KITA

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ YS PKPjB Kamarulzaman Malik Abdullah
Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

๐ŸŽค SESSION TOPIC

โ€œRegulating Resilience: Aligning Safety, Standards and Compliance for Malaysiaโ€™s Critical Infrastructureโ€

Sesi ini akan mengetengahkan peranan pihak berkuasa dalam memperkukuh keselamatan, standard, pematuhan dan daya tahan (resilience) infrastruktur kritikal negara, termasuk aspek penyelarasan antara agensi serta pengurusan risiko dalam menghadapi perkembangan pesat infrastruktur bandar.

๐Ÿ“… 22 September 2026 (Selasa)
โฐ 4.15 petang โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Hall 8A, Level 4, Kuala Lumpur Convention Centre

SUKEP 2026Kejohanan Sukan Empat PenjuruYAS Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut hadir menya...
17/09/2026

SUKEP 2026
Kejohanan Sukan Empat Penjuru

YAS Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut hadir menyaksikan perlawanan bola sepak yang mempertemukan pasukan Bomba menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kehadiran beliau memberikan suntikan semangat kepada para pemain yang mempamerkan aksi penuh bertenaga, disiplin dan semangat kesukanan tinggi di sepanjang perlawanan.

Pertemuan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah mengeratkan hubungan serta semangat setiakawan antara kedua-dua agensi. Semoga semangat juang dan kecemerlangan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga JBPM dalam setiap lapangan.

MALAYSIA AT CHINA-ASEAN (CAEXPO) 2026 in Nanning, Guangxi, China,17 September 2026Delegasi Malaysia menghadiri Opening C...
17/09/2026

MALAYSIA AT CHINA-ASEAN (CAEXPO) 2026 in Nanning, Guangxi, China,17 September 2026

Delegasi Malaysia menghadiri Opening Ceremony of the 23rd Chinaโ€“ASEAN Expo and Chinaโ€“ASEAN Business and Investment Summit di Osmanthus Hall, Nanning International Convention and Exhibition Center (NICE), Nanning, Guangxi, China.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU RK), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, selaku Ketua Delegasi Malaysia, dengan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM.

Dalam landskap geopolitik dan ekonomi yang terus berubah, Malaysia kekal komited untuk membina jambatan, memperluas jaringan dan memperkukuh kepercayaan antara ASEAN dan China.

Presence with purpose.
Partnership with vision.
Progress with ASEAN.




16/09/2026

Alhamdulillah, kesemua 19 individu telah berjaya diselamatkan.

Namun begitu, kejadian ini juga menjadi peringatan kepada orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan sebelum memulakan sebarang aktiviti pendakian.

Pastikan ramalan dan amaran cuaca terkini disemak sebelum berangkat, khususnya bagi kawasan yang ingin dikunjungi. Perubahan cuaca yang tidak menentu, termasuk hujan lebat dan ribut petir, boleh meningkatkan risiko kejadian seperti kepala air, tanah runtuh, laluan licin serta sesat.

Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, tangguhkan pendakian dan jangan mengambil risiko. Keinginan untuk sampai ke puncak tidak seharusnya mengatasi keselamatan diri.

Rancang pendakian. Semak cuaca. Kenali risiko. Utamakan keselamatan.

Sempena Kejohanan Sukan Empat Penjuru (SUKEP) 2026, pelbagai acara sukan dipertandingkan melibatkan pasukan JBPM, PDRM, ...
16/09/2026

Sempena Kejohanan Sukan Empat Penjuru (SUKEP) 2026, pelbagai acara sukan dipertandingkan melibatkan pasukan JBPM, PDRM, ATM dan PPTD. Antara acara yang berlangsung ialah bola jaring, ragbi 10 sebelah, badminton, boling, golf dan bola sepak.

Berikut adalah jadual setiap acara.

Setiap pertandingan dilaksanakan mengikut jadual, lokasi serta peraturan yang telah ditetapkan. Kejohanan ini bukan sahaja menguji kecergasan dan kemahiran peserta, malah menjadi platform memperkukuh semangat kesukanan, disiplin, kerjasama, persahabatan dan silaturahim antara agensi demi membina kebersamaan yang lebih erat dan berterusan.

TAHNIAH PASUKAN JBPM!Tahniah diucapkan kepada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas kemenangan 2โ€“1 m...
16/09/2026

TAHNIAH PASUKAN JBPM!

Tahniah diucapkan kepada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas kemenangan 2โ€“1 menewaskan PPTD dalam perlawanan pertama SUKEP 2026.

Jaringan oleh Mohd Azri bin Jamali dan Muhammad Naim bin Mohamad Nasir memastikan tiga mata menjadi milik JBPM.

Permulaan yang baik. Teruskan momentum dan semangat juang dalam perlawanan seterusnya!

Syabas dan tahniah, Team JBPM!

16/09/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ž: ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐— ๐—œ๐—ง๐—œ๐—š๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—˜๐—ฆ๐—ข๐—ž

Sekembali dari India dan Maldives, perhatian saya terus tertumpu kepada keresahan rakyat terkait kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini. Saya mendengar keluhan yang disuarakan dan perkara ini perlu diberi perhatian serta ditangani segera.

Saya ingin menegaskan bahawa ikhtiar penyasaran subsidi terus dipertahankan bagi melindungi majoriti rakyat. Sekitar 80 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan kekal dilindungi dan tidak terkesan dengan kenaikan kadar susulan peningkatan kos bahan api tahun ini.

Namun, keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas sejak kebelakangan ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan sekali gus tertakluk kepada Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA).

Justeru, ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ต๐—ฎ๐˜€ ๐—ฒ๐˜€๐—ผ๐—ธ bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (M*F) ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜.

Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap langkah penyasaran subsidi dilaksanakan secara adil dan munasabah, dengan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

๐—”๐—ก๐—ช๐—”๐—ฅ ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐— 
16 September 2026

KETUA PENGARAH JBPM SANTUNI BAPA ANGGOTA DI HOSPITAL UMUM SARAWAKKUCHING, 15 SEPTEMBER 2026 โ€“ YAS Datoโ€™ Sri Ts. Nor Hish...
16/09/2026

KETUA PENGARAH JBPM SANTUNI BAPA ANGGOTA DI HOSPITAL UMUM SARAWAK

KUCHING, 15 SEPTEMBER 2026 โ€“ YAS Datoโ€™ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengadakan ziarah prihatin menyantuni Encik Ton anak Rinyoi, bapa kepada PB Andrew Brian (Ibu Pejabat JBPM) di Hospital Umum Sarawak pada jam 4.22 petang.

Turut serta dalam sesi ziarah tersebut ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Sarawak serta Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Sarawak.

Lawatan ini merupakan manifestasi keprihatinan serta komitmen berterusan pengurusan tertinggi JBPM terhadap kebajikan warga kerja dan ahli keluarga mereka.

Seluruh warga JBPM mendoakan agar Encik Ton dikurniakan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan

KETUA PENGARAH JBPM HADIRI MESYUARAT HIGH LEVEL COMMITTEE PENGURUSAN BENCANA NEGARA BIL. 1/2026KUCHING, 16 September 202...
16/09/2026

KETUA PENGARAH JBPM HADIRI MESYUARAT HIGH LEVEL COMMITTEE PENGURUSAN BENCANA NEGARA BIL. 1/2026

KUCHING, 16 September 2026 โ€“ YAS. Dato' Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini telah menghadiri Mesyuarat High Level Committee (HLC) Pengurusan Bencana Negara Ke-2 Bil. 1/2026 yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak.

Mesyuarat yang bermula pada jam 11.00 pagi itu telah dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Address

Lebuh Wawasan, Presint 7
Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:

Shortcuts

Share