Jabatan Wakaf Zakat & Haji

Jabatan Wakaf Zakat & Haji The official page of the Department of Awqaf, Zakat, and Hajj (JAWHAR), Prime Minister's Department

Kerajaan Malaysia dan JAWHAR tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman sosial ini. "Jika terdapat sebarang maklum balas/aduan, sila kemukakan melalui saluran rasmi melalui Laman Web JAWHAR di www.jawhar.gov.my atau e-mel rasmi JAWHAR [email protected]

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI INSTITUT KAJIAN ZAKAT MALAYSIA (IKAZ), AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS), UNIVERSITI...
28/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI INSTITUT KAJIAN ZAKAT MALAYSIA (IKAZ), AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEPADA KETUA PENGARAH JAWHAR

PUTRAJAYA, 26 Ogos 2026 – Ketua Pengarah, YBhg. Dato' Zaidi bin Mohd Ramli telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ), Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertempat di Dewan Syura Utama (DSU), JAWHAR.

Delegasi ACIS dan IKAZ diketuai oleh Prof. Dr. S. Salahudin Suyurno, Dekan ACIS, dan turut disertai oleh Dr. Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mohamed Sh*th, Timbalan Dekan PJI, Turut hadir daripada JAWHAR ialah YBrs. Dr. Hairolanuar bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, Pengarah-Pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai kanan JAWHAR.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkenalkan beberapa inisiatif strategik IKAZ dalam bidang pengajian Islam, penyelidikan, pembangunan komuniti, industri halal, zakat, wakaf, hibah serta pengantarabangsaan. Antara perkara yang dibincangkan termasuk perkembangan dan hala tuju IKAZ, potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, penerbitan ilmiah serta pembangunan kepakaran berkaitan hal ehwal Islam. Perbincangan turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka peluang kerjasama dalam penganjuran program akademik, seminar, persidangan, pembangunan modal insan serta pemindahan ilmu kepada komuniti.

Dalam pertemuan tersebut, pihak ACIS turut memperkenalkan International Conference on Zakat, Waqf, Philanthropy and Islamic Finance (ZAWFI 2026) serta memohon pandangan, sokongan dan kerjasama strategik daripada pihak JAWHAR bagi menjayakan persidangan tersebut.





JAWHAR PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA ISDEV, USM MELALUI IDMAC 2026PULAU PINANG, 18 Ogos 2026- Jabatan Wakaf, Zaka...
27/08/2026

JAWHAR PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA ISDEV, USM MELALUI IDMAC 2026

PULAU PINANG, 18 Ogos 2026- Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama institusi akademik melalui kolaborasi dengan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) dalam penganjuran International Islamic Development Management Conference (IDMAC) 2026 pada 18 hingga 19 Ogos 2026.

Persidangan yang berlangsung di Raia Inn Hotel, Pulau Pinang yang mana dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Dato’ Mohd zaidi bin Ramli dan dan dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Ketua Pengarah, Pusat Pelancongan Islam (ITC), MOTAC, Encik Mohammad Faisal bin Abu Suaib Khan, IAIN Langsa, Indonesia, Speaker Undanga, YBrs. Prof. Dr. Ismail Fahmi Arrauf Nasution, Timbalan Naib Canselor USM, YBrs. Prof. Dato' Dr. Azlan bin Amran, Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, selaku Pengerusi Penganjur IDMAC 2026 YBrs. Profesor Madya Dr. Shahir Akram Hassan, Timbalan Pengarah ISDEV, Universiti Sains Malaysia, YBrs. Profesor Madya Dr. Mohd Syakir Mohd Rosdi dan tokoh akademik tersohor Malaysia dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam serta Pengasas dan mantan Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) YBhg. Prof. Emeritius Dr. Muhammad Syukri bin Salleh

Persidangan ini menjadi platform menghimpunkan ahli akademik dalam dan luar negara, pengamal industri, pembuat dasar serta pelajar bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran berkaitan pengurusan pembangunan Islam. Kolaborasi ini turut memberi ruang kepada JAWHAR untuk menyalurkan kepakaran dan input teknikal berkaitan tadbir urus wakaf, zakat, haji dan umrah, di samping memperluas jaringan kerjasama antara agensi hal ehwal agama dengan institusi akademik dalam bidang Sains Sosial Islam dan Pengurusan Pembangunan Islam. IDMAC 2026 turut membuka peluang kepada penerbitan artikel berkualiti daripada para pembentang dalam Journal of Awqaf, Zakat and Hajj (Jawhar), sekali gus menyokong usaha JAWHAR memperkasa penyebaran ilmu dan hasil penyelidikan berkaitan pengurusan Islam.

Persidangan ini disertai kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, ahli akademik, pihak industri dan peserta berkaitan. Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen JAWHAR dalam menyokong pembangunan ekosistem pengurusan institusi Islam serta memperkukuh perkongsian ilmu dan kepakaran demi pembangunan sosioekonomi ummah. Harapan YBhg. Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli adalah supaya Platform IDMAC 2026 ini akan membina jaringan kerjasama, berkongsi pengalaman, dan mencetuskan idea-idea luar biasa dan hasil perbincangan, resolusi, dan kertas kerja daripada persidangan ini mampu diterjemahkan sebagai input dasar (policy input) yang boleh digunapakai oleh agensi-agensi kerajaan seperti JAWHAR dan institusi kewangan Islam dalam memantapkan operasi perkhidmatan semua pihak.






27/08/2026
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK SEKOLAH ANGKAT MADANI JAWHAR TAHUN 2026Memastikan prasarana pendidikan terus terbela!GEMENCHEH...
27/08/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK SEKOLAH ANGKAT MADANI JAWHAR TAHUN 2026

Memastikan prasarana pendidikan terus terbela!

GEMENCHEH, 24 Ogos 2026 - Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah melaksanakan Lawatan Pemantauan Projek Sekolah Angkat MADANI di Maahad Al-Murtadza (MAAMUR), Gemencheh, Negeri Sembilan.

Lawatan yang berlangsung pada 24 Ogos 2026 ini bertujuan untuk meninjau perkembangan terkini projek pembaikan Dewan Peperiksaan MAAMUR yang merangkumi kerja-kerja pembaikan bumbung, penggantian tingkap, dan pengecatan semula bangunan. Usaha ini diharap dapat menyediakan prasarana yang lebih selamat dan selesa bagi para pelajar menjalani peperiksaan kelak.

Sesi turun padang ini diketuai oleh YBrs. Dr. Hairolanuar bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR bersama Encik Annuar bin Muhamad (Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JAWHAR) dan Encik Zulkurnain bin Hassan (Ketua Unit Integriti dan Komunikasi Korporat JAWHAR).

Turut hadir memberikan sokongan padu ialah Encik Amir Intizam bin Othman, Pengetua MAAMUR serta barisan pegawai Bahagian Pendidikan dan Unit Pembangunan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Terima kasih atas kerjasama pelbagai pihak dalam memacu agenda Malaysia MADANI!






AR-RIDHA: KEDAMAIAN YANG DIDAMBA 🌿Saat hati diuji, bagaimana kita mendidik jiwa untuk redha dan tenang menerima qada’ da...
26/08/2026

AR-RIDHA: KEDAMAIAN YANG DIDAMBA 🌿

Saat hati diuji, bagaimana kita mendidik jiwa untuk redha dan tenang menerima qada’ dan qadar Allah?

Jom hayati majlis ilmu bersama Syaikh Abdul Aziz bin Ahmad asy-Syahawi, membincangkan kitab Keredhaan terhadap Allah & Taqdir-Nya.

📍 Dewan Imam Syafi‘i, Nasyrul Quran, Putrajaya
🗓️ Jumaat, 4 September 2026
⏰ 8.00 malam – 10.00 malam
🎟️ Kemasukan percuma

Semoga majlis ini menjadi jalan menuju ketenangan dan keredhaan hati. 🤍

AR-RIDHA: KEDAMAIAN YANG DIDAMBA

Pernahkah hati anda terasa penat dengan ujian hidup yang seolah-olah tidak pernah bernoktah?

Bagaimanakah cara para salafussoleh mendidik jiwa mereka agar sentiasa tenang menghadapi qada' dan qadar Ilahi?

​Mari luangkan masa sebentar untuk menyucikan hati dan menimba mutiara fawaed dalam majlis ilmu istimewa bersama Syaikh asy-Syafi'iyah seluruh Mesir, sayyidi asy-Syaikh Abdul Aziz bin Ahmad asy-Syahawi.

Beliau dalam rangka rehlah ilmyah yang cukup bersejarah ke tanah air. Putrajaya & Kuala Lumpur adalah persinggahan terakhir asy-Syaikh sebelum pulang ke Mesir.

​📖 Kitab: الرضا عن الله بقضائه
(Keredhaan terhadap Allah & Taqdir-Nya)
karya Al-Imam Ibn Abu ad-Dunya

📍 Tempat: Dewan Imam Syafi'i, Nasyrul Quran, Putrajaya

🗓️ Tarikh: Jumaat, 4 September 2026

⏰ Masa: 8:00 malam – 10:00 malam

​Majlis ini terbuka kepada semua pencari ketenangan jiwa. 100 riwayat daripada Rasulullah, Sahabat, Tabi'in dan para Salihin sebagai penyuntik kekuatan & semangat.

KEMASUKAN PERCUMA. Tirmidhi Centre mengalu-alukan semua asatizah dan tullab ilm untuk hadir ke majlis yang julung kali diadakan.

Nota terjemahan Arab-Melayu boleh ditempah.

​📲 Tempat adalah terhad! Sila imbas kod QR pada poster di bawah untuk pendaftaran, atau hubungi talian tertera segera untuk info lanjut.

​Jom sebarkan hantaran ini kepada ahli keluarga dan sahabat handai agar lebih ramai yang dapat bersama-sama meraih manfaat.

Penganjur:
Tirmidhi Centre
Yayasan Turath Islami
Nasyrul Quran

Kita kata kita cinta Nabi SAW… tapi apa yang berubah dalam diri kita? Maulidur Rasul bukan sekadar berselawat, membaca s...
26/08/2026

Kita kata kita cinta Nabi SAW… tapi apa yang berubah dalam diri kita?

Maulidur Rasul bukan sekadar berselawat, membaca sirah dan mengenang akhlak Baginda SAW.
Cinta kepada Nabi SAW sepatutnya terzahir dalam cara kita hidup.

🤝 Amanah ketika bekerja.
⚖️ Adil ketika membuat keputusan.
💬 Beradab ketika berbeza pandangan.
📱 Berhati-hati sebelum menyebarkan berita.
❤️ Menjaga hak dan perasaan orang lain.

Kerana teladan Nabi SAW bukan hanya untuk dikenang, tetapi untuk diamalkan.
Daripada amanah lahir kepercayaan.
Daripada keadilan lahir kesejahteraan.
Daripada manusia yang baik, terbinalah masyarakat yang baik.

Jadi, sempena Maulidur Rasul kali ini, mungkin soalan yang lebih penting bukanlah “Sejauh mana kita meraikannya?” tetapi…

“Sejauh mana akhlak Nabi SAW hidup dalam diri kita?” 🌙

📖 Hayati kupasan selanjutnya dalam Tinta M***i Bil. 125/2026: Ibrah Maulidur Rasul, Inspirasi Nabi SAW Membina Negara.

Baca artikel penuh dan hayati ibrahnya.
👉 https://muftiwp.gov.my/ms/arkib/tinta-mufti/6660-tinta-mufti-bil-125-2026-ibrah-maulidur-rasul-inspirasi-nabi-saw-membina-negara





***i

Maulidur Rasul menghidupkan cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Kita berselawat, mendengar sirah dan mengenang akhlak Baginda SAW. Namun ibrah Maulid tidak sepatutnya berhenti pada rasa. Teladan Nabi SAW perlu mempengaruhi cara kita bekerja, memimpin, berniaga dan melayani orang lain.

25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ

12 Rabiulawal kembali menyinari hati dengan mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung pembawa rahmat dan teladan terbaik buat seluruh umat manusia.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan keperibadian Rasulullah SAW serta menyemarakkan selawat dan salam ke atas Baginda. Semoga akhlak mulia, sifat amanah, kasih sayang, kesederhanaan dan keadilan yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW terus menjadi pedoman dalam kehidupan.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
(Surah al-Ahzab: 21)

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan mendorong kita untuk terus mengamalkan sunnah serta ajaran Baginda dalam kehidupan seharian.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ﷺ

Salam Maulidur Rasul daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAWHAR


Address

Aras 8-9, Blok D Kompleks Islam Putrajaya Jalan Tun Abdul RazakPresint 3
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Wakaf Zakat & Haji posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Wakaf Zakat & Haji:

Shortcuts

Share