06/06/2026
[ TAHNIAH & SYABAS: PUTRAJAYA DINOBATKAN JOHAN KEBANGSAAN DI PBAKL 2026! ]
Satu lagi khabar gembira dan kejayaan bertaraf kebangsaan telah dipahat oleh kontinjen Wilayah Persekutuan Putrajaya pada hari ini, 6 Jun 2026!
Sekolah-sekolah Putrajaya telah mempamerkan kecemerlangan luar biasa dalam Pertandingan Sayembara Baca & Kongsi Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung sengit di Pentas Utama, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Berikut adalah keputusan rasmi yang amat membanggakan:
โจ KATEGORI SEKOLAH MENENGAH โจ
๐ฅ JOHAN KEBANGSAAN: SMK Putrajaya Presint 9(2) โ Tahniah! Anda adalah yang terbaik di Malaysia!
๐
TEMPAT KEEMPAT: SMK Putrajaya Presint 11(1)
โจ KATEGORI SEKOLAH RENDAH โจ
๐
TEMPAT KEEMPAT: SK Putrajaya Presint 11(3)
"Kejayaan menggondol gelaran Johan Kebangsaan serta kedudukan tempat keempat ini membuktikan budaya membaca dan kemahiran berkongsi ilmu (Baca & Kongsi) dalam kalangan murid Putrajaya berada pada tahap yang sangat tinggi dan premium!"
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPL) merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan, syabas, dan tahniah kepada semua murid yang telah berjuang bermati-matian membawa nama Putrajaya, barisan guru pembimbing yang sangat berdedikasi, pihak pengurusan sekolah, serta persatuan ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan ini.
Putrajaya terus membuktikan bahawa kita bukan sahaja bandar pentadbiran, malah lubuk buat sang juara! Let's keep the momentum going!
Tahun Ini, Tahun Kita
Guru Bitara, Nadi Negara
Ikhlas daripada:
Haji Nadimin bin Abdul Aziz
Pengarah Pendidikan
dan seluruh warga
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP)
PendidikanBermutuInsanTerdidikNegaraSejahtera
tahuninitahunkita
GenerasiMADANI