Majlis Kebajikan & Sukan Anggota- Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan

Majlis Kebajikan & Sukan Anggota- Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan Akaun rasmi Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP)

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™Aidiladha bukan sekadar tentang pengorbanan, tetapi juga tentang keikhlasan hati, kek...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™

Aidiladha bukan sekadar tentang pengorbanan, tetapi juga tentang keikhlasan hati, kekuatan dalam memberi dan mensyukuri setiap nikmat yang dimiliki.

Semoga Aidiladha kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan buat kita semua.

Luangkan masa bersama keluarga, eratkan silaturahim dan terus menyebarkan kebaikan walau sekecil mana sekalipun.
Ikhlas daripada kami, Salam Aidiladha buat semua. โœจ







Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Hebahan Kejohanan Ping Pong MAKSWIP Tahun 2026.Pendaftaran penyertaan adalah melalui...
20/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hebahan Kejohanan Ping Pong MAKSWIP Tahun 2026.

Pendaftaran penyertaan adalah melalui kod QR yang telah disediakan. Pendaftaran selain daripada Google Form yang disediakan tidak akan diterima.

Surat hebahan (termasuk syarat dan peraturan kejohanan) telah di emelkan ke Setiausaha Kelab Gabungan MAKSWIP.

Scan di QR Kod yang disediakan untuk pendaftaran pasukan.

Ikuti juga kami di media sosial:
Facebook : Majlis Kebajikan & Sukan Anggota- Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan
Instagram & Tiktok : .wp

Urus Setia MAKSWIP







SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DI KEJOHANAN MAKSAK GAMES 2026 โ€“ INDOOR GAMESAssalamualaikum & Salam Sejahtera,Tahniah ...
19/05/2026

SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DI KEJOHANAN MAKSAK GAMES 2026 โ€“ INDOOR GAMES

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tahniah diucapkan kepada kontinjen MAKSWIP atas pencapaian membanggakan di Kejohanan MAKSAK Games 2026 โ€“ Indoor Games yang telah berlangsung dari 14 hingga 17 Mei 2026 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Seremban bagi acara Catur serta Pusat Perniagaan Paroi bagi acara Esports (FC26 & MLBB), Karom dan Dart.

Kejohanan kali ini menyaksikan penyertaan hebat daripada kontinjen seluruh Malaysia dengan semangat kesukanan, disiplin dan daya saing yang tinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Berikut merupakan pencapaian cemerlang kontinjen MAKSWIP:

๐ŸŽฎ Esports
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ FC26
๐Ÿ‘‘ 4 kali juara berturut-turut

๐ŸŽฏ Karom
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Beregu Campuran
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Beregu Wanita
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ Perseorangan Wanita
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ Perseorangan Lelaki
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Beregu Lelaki
๐Ÿ† Pengurusan Terbaik Keseluruhan

๐ŸŽฏ Dart
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Beregu Lelaki
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Perseorangan Lelaki

โ™Ÿ๏ธ Catur
๐Ÿฅˆ Naib Johan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan serta seluruh warga kerja yang telah memberikan komitmen dan semangat luar biasa sepanjang kejohanan berlangsung. Penghargaan turut diberikan kepada semua jabatan dan agensi yang sentiasa menyokong serta memberi pelepasan kepada atlet-atlet MAKSWIP untuk terus mengharumkan nama kontinjen.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan membawa nama MAKSWIP ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. ๐Ÿ’ช๐Ÿ’™

โ€œStrategi disusun penuh ketelitian,
Semangat juang jadi pegangan,
MAKSWIP terus melakar kemenangan,
Gemilang di arena penuh kebanggaan.โ€

๐Ÿ“Œ Jangan lupa ikuti kami di media sosial MAKSWIP:
Facebook: Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan
Instagram / TikTok: .wp






๐Ÿธ TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA KEJOHANAN BADMINTON MAKSWIP 2026 ๐Ÿ†Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam M...
13/05/2026

๐Ÿธ TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA KEJOHANAN BADMINTON MAKSWIP 2026 ๐Ÿ†

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Kejohanan Badminton MAKSWIP 2026 telah berlangsung dengan jayanya dari 7 hingga 10 Mei 2026 bertempat di Arena Badminton DBKL, Cheras.

Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan penyertaan sebanyak 53 pasukan daripada pelbagai agensi dan jabatan sekitar Wilayah Persekutuan. Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan semangat kesukanan, disiplin dan daya saing yang tinggi dalam merebut kejuaraan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan-pasukan yang berjaya meraih kemenangan:

๐Ÿฅ‡ Juara : DBKL
๐Ÿฅˆ Naib Juara : KSRF KL
๐Ÿฅ‰ Ketiga Bersama : M*F A & UM A

Syabas dan tahniah kepada semua pemain, pengurus pasukan, pegawai teknikal, pengadil serta urus setia yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini dengan penuh komitmen dan dedikasi.

Semoga kejohanan seperti ini terus menjadi platform terbaik dalam mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk budaya hidup sihat serta memperkukuhkan semangat kesukanan dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

Doakan kejayaan Team MAKSWIP yang akan berjuang di Kejohanan Badminton MAKSAK 2026 pada 4 - 7 Jun 2026 di Kota Bharu, Kelantan.

โ€œPukulan diatur penuh bergaya,
Gerak langkah penuh tenaga.
Bersaing sihat eratkan semua,
MAKSWIP terus unggul selamanya.โ€






โšฝ TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA KEJOHANAN BOLA SEPAK MAKSWIP 2026 ๐Ÿ†Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam ...
13/05/2026

โšฝ TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA KEJOHANAN BOLA SEPAK MAKSWIP 2026 ๐Ÿ†

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Alhamdulillah, Kejohanan Bola Sepak MAKSWIP 2026 telah berjaya dianjurkan dengan penuh semangat dan kemeriahan dari 8 hingga 10 Mei 2026 bertempat di Padang UPM, Serdang dan Padang UKM, Bangi.

Sebanyak 57 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang menyaksikan persaingan sengit, semangat berpasukan serta aksi berkualiti daripada setiap pasukan yang bertanding.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan-pasukan yang berjaya muncul sebagai pemenang:

๐Ÿฅ‡ Juara : KBP JPM A
๐Ÿฅˆ Naib Juara : DBKL B
๐Ÿฅ‰ Ketiga Bersama : DBKL A & KESPA B

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah turut mengukuhkan ukhuwah, semangat setia kawan dan kerjasama dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada semua pemain, pengurus pasukan, penyokong, pegawai teknikal, pengadil serta urus setia yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kejohanan berlangsung dengan lancar dan teratur.

Semoga semangat kesukanan dan perpaduan yang dipamerkan sepanjang kejohanan ini akan terus subur demi memartabatkan arena sukan MAKSWIP pada masa hadapan.

Doakan kejayaan Team MAKSWIP yang akan berjuang di Kejohanan Bola Sepak MAKSAK 2026 pada 10 - 14 Jun 2026 di Kuala Terengganu, Terengganu.

โ€œBerjuang habis hingga wisel penamat,
Semangat pasukan terus tersemat.
Menang atau kalah tetap bermaruah,
MAKSWIP gah melangkah megah.โ€







SELAMAT HARI PEKERJA 2026Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja atas komitmen dan dedikasi yan...
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja atas komitmen dan dedikasi yang menjadi nadi kekuatan organisasi.

Teruskan semangat berpasukan dan disiplin tinggi dalam melakar kejayaan, seiring kecemerlangan di dalam dan luar gelanggang.






SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DI KEJOHANAN MAKSAK GAMES 2026 - SEPAK TAKRAWAssalamualaikum & Salam Sejahtera,Tahniah ...
29/04/2026

SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DI KEJOHANAN MAKSAK GAMES 2026 - SEPAK TAKRAW

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw MAKSWIP atas pencapaian cemerlang sebagai Naib Juara dalam Kejohanan MAKSAK Games 2026 yang telah berlangsung dari 23 hingga 26 April 2026 bertempat di Dewan Sri Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.

Kejohanan edisi kali ini menyaksikan saingan sengit daripada kontinjen seluruh negara, dengan setiap pasukan mempamerkan aksi bertenaga, semangat juang tinggi serta disiplin yang membanggakan sepanjang kejohanan berlangsung.

Berikut merupakan keputusan melibatkan pasukan MAKSWIP:
๐Ÿฅˆ Naib Juara โ€“ Tewas kepada pasukan ATM di perlawanan akhir
๐Ÿ”ฅ Naib Juara untuk dua edisi berturut-turut (2025 & 2026)

Anugerah Khas:
โญ Tekong Terbaik Perlawanan Akhir (Terbuka): Muhammad Syahir bin Mohd Rosdi
โญ Killer Terbaik Perlawanan Akhir (Veteran): Mohd Khairudin Adenan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pengurus pasukan serta seluruh warga kerja yang telah memberikan komitmen dan dedikasi tinggi sepanjang kejohanan ini. Tidak dilupakan juga kepada jabatan dan agensi yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada kontinjen MAKSWIP.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus bangkit, memperbaiki kelemahan dan seterusnya kembali lebih kuat dalam edisi akan datang! ๐Ÿ’ช๐Ÿ’™

"Langkah tersusun penuh strategi,
Lawan digempur tanpa henti,
Walau tewas di pentas tertinggi,
Semangat juang tetap di hati."

๐Ÿ“Œ Jangan lupa ikuti kami di media sosial MAKSWIP:
Facebook: Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan
Instagram / TikTok: .wp






PERINGATAN MESRA : PENDAFTARAN KEJOHANAN BOLA SEPAK & BADMINTON MAKSWIP TAHUN 2026
28/04/2026

PERINGATAN MESRA : PENDAFTARAN KEJOHANAN BOLA SEPAK & BADMINTON MAKSWIP TAHUN 2026

TAHNIAH BUAT PESERTA KEJOHANAN INDOOR GAMES MAKSWIP 2026 ๐Ÿ†โœจAssalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.Al...
09/04/2026

TAHNIAH BUAT PESERTA KEJOHANAN INDOOR GAMES MAKSWIP 2026 ๐Ÿ†โœจ

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Kejohanan Indoor Games MAKSWIP 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan penuh kemeriahan dari 3 hingga 5 April 2026.

Kejohanan yang menghimpunkan lima acara utama iaitu Dart, Karom, Catur, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan FC26 ini telah diadakan di beberapa lokasi sekitar Wilayah Persekutuan, antaranya Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perangkaan Malaysia, Menara Seri Wilayah serta Kompleks Kejiranan Presint 11.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform persaingan sihat, malah berjaya mengeratkan ukhuwah antara warga perkhidmatan awam melalui semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan daya juang yang tinggi.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah mencatat kejayaan:

๐ŸŽฏ DART

Berpasukan Lelaki
๐Ÿฅ‡ Juara: DBKL A
๐Ÿฅˆ Naib Juara: KESKEP B
๐Ÿฅ‰ Ketiga Bersama: KWSP & MESCA B

Individu Wanita
๐Ÿฅ‡ Juara: WAHIDA (MAIWP)
๐Ÿฅˆ Naib Juara: ZEENAT (DBP)
๐Ÿฅ‰ Ketiga Bersama: ROKHIYAH (MAIWP) & NUR NADIA (MAKSIM)

๐ŸŽฎ MOBILE LEGENDS: BANG BANG (MLBB)

๐Ÿฅ‡ Juara: HKL A
๐Ÿฅˆ Naib Juara: DOSM
๐Ÿฅ‰ Ketiga Bersama: BNM B & KRLGM

โšฝ FC26

๐Ÿฅ‡ Juara: Khairulanam (DOA)
๐Ÿฅˆ Naib Juara: Nazrul (JPA)
๐Ÿฅ‰ Ketiga: Azim (BNM)
4๏ธโƒฃ Iskandar (MOTAC)
5๏ธโƒฃ Imran (HASIL)
6๏ธโƒฃ Hafizi (MOTAC)
7๏ธโƒฃ Fikry (BNM)
8๏ธโƒฃ Faris (KPP)

โ™Ÿ๏ธ CATUR

Berpasukan Lelaki
๐Ÿฅ‡ Juara: DBKL
๐Ÿฅˆ Naib Juara: BNM
๐Ÿฅ‰ Ketiga: MSKK KASTAM

Individu Lelaki
๐Ÿฅ‡ Kamalarifin Wahiduddin
๐Ÿฅˆ Noor Hafiz Mohd Nor
๐Ÿฅ‰ Ahmad Luqman Zaki
4๏ธโƒฃ Muhd Mirza Maarof
5๏ธโƒฃ Tun Seri Lanang Othman
6๏ธโƒฃ Mohd Zambri Mohd Shariff
7๏ธโƒฃ Bryan Kam Zhi Ming
8๏ธโƒฃ Dr Rizal Ahmad Kamal
9๏ธโƒฃ Sri Ram Letchimanan
๐Ÿ”Ÿ Yong Jian Chung Matthew

Individu Wanita
๐Ÿฅ‡ Nurul Najmi Bakar
๐Ÿฅˆ Allaida Siow
๐Ÿฅ‰ Siti Hajar Khairul Anwar
4๏ธโƒฃ Nur Izzati Zakaria
5๏ธโƒฃ Low Pei Zhen
6๏ธโƒฃ Martha James Jimponey
7๏ธโƒฃ Rifqah Abdul Muis
8๏ธโƒฃ Rozi Aida Zakaria
9๏ธโƒฃ Haslinda Hitam
๐Ÿ”Ÿ Nur Suzuani Atikah Zulkaple

๐Ÿชต KAROM

Lelaki
๐Ÿฅ‡ Juara: KESKEP A
๐Ÿฅˆ Naib Juara: JUPEM A
๐Ÿฅ‰ Ketiga Bersama: KSKDBKL A & KSCDPK A

Wanita
๐Ÿฅ‡ Juara: KSKDBKL
๐Ÿฅˆ Naib Juara: JUPEM
๐Ÿฅ‰ Ketiga Bersama: LPPKN & JKR HQ

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi serta komitmen sepanjang kejohanan berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada barisan pengurus, teknikal, pengadil, urus setia, pemilik lokasi kejohanan (Perbadanan Putrajaya, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Wilayah Persekutuan) serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.

Semoga kejohanan ini terus menjadi platform melahirkan bakat baharu serta memperkukuh ukhuwah antara warga perkhidmatan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Terima kasih atas sokongan padu semua pihak. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin ke arah pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang! ๐ŸŒŸ. Jumpa nanti di Kejohanan Badminton MAKSWIP 2026 yang akan berlangsung pada 7 - 10 Mei 2026 dan Kejohanan Bola Sepak MAKSWIP 2026 pada 8 - 10 Mei 2026.

Jangan lupa ikuti kami di media sosial MAKSWIP:
Facebook: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan
Instagram & TikTok: .wp

"Langkah diatur penuh strategi,
Tumpuan diberi sepenuh hati.
Bersaing sihat penuh integriti,
MAKSWIP gah terus di persada nanti."







HEBAHAN KALENDAR MAJLIS KEBAJIKAN DAN SUKAN ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MAKSWIP) TAHUN 2026 (PINDAAN 2...
06/04/2026

HEBAHAN KALENDAR MAJLIS KEBAJIKAN DAN SUKAN ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MAKSWIP) TAHUN 2026 (PINDAAN 2/2026)

Address

Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Kebajikan & Sukan Anggota- Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share