Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan

Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan "SEDIA PANTAS BERINTEGRITI" "SENTIASA SIAP SEDIA"
HUTPA74 "SEDIA PANTAS BERINTEGRITI" "SENTIASA SIAP SEDIA"
(226)

  MESYUARAT PENUTUP NAZIRAN KEWANGAN BERSAMA JABATAN PERDANA MENTERI (JPM)Mesyuarat Penutup Naziran Kewangan bersama Jab...
11/06/2026



MESYUARAT PENUTUP NAZIRAN KEWANGAN BERSAMA JABATAN PERDANA MENTERI (JPM)

Mesyuarat Penutup Naziran Kewangan bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan bagi membentangkan hasil penemuan, ulasan serta syor penambahbaikan berkaitan pengurusan kewangan organisasi.

Sesi ini merupakan platform penting dalam memastikan tadbir urus kewangan yang cekap, telus dan berintegriti selaras dengan peraturan serta pekeliling yang berkuat kuasa.

Naziran yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap prosedur kewangan, malah turut membantu memperkukuh sistem pengurusan kewangan melalui cadangan penambahbaikan secara berterusan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Wilayah Persekutuan sentiasa komited dalam memperkasa tadbir urus organisasi yang cemerlang demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada rakyat.

Jabatan Perdana Menteri
Mohd Rosman Abdullah













05/06/2026
  ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN R...
05/06/2026



ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2026

Jumaat, 05 Jun 2026 - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026 bertempat di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada pagi tadi.

Untuk makluman, Panji-Panji adalah suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara sekaligus menjadi simbol ketaatan, kesetiaan dan pengorbanan tidak berbelah bahagi warga tentera kepada raja dan negara.
Majlis diakhiri dengan laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan dan bacaan doa.

Turut hadir, YS Kol. (PA) Mohd Rosman Bin Abdullah, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan bersama Mej. (PA) Nur Azmiani Binti Ambatang, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan serta Pegawai dan Anggota APM.

Jabatan Perdana Menteri
Mohd Rosman Abdullah
APM Putrajaya













  TITIPAN KASIH HARIAN METRO BERSAMA KIMBALLPROGRAM BERKAT WIRAAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutu...
04/06/2026



TITIPAN KASIH HARIAN METRO BERSAMA KIMBALL
PROGRAM BERKAT WIRA

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Harian Metro dan Kimball Malaysia atas penganjuran Program Berkat Wira, sebuah inisiatif yang menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Program ini mencerminkan semangat kebersamaan serta keprihatinan pelbagai pihak dalam menghargai jasa dan pengorbanan para wira yang sentiasa bersedia berkhidmat tanpa mengira masa dan keadaan.

Turut hadir, Mej. (PA) Nur Azmiani Binti Ambatang, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Wilayah Persekutuan, sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni yang dilaksanakan dalam menghargai peranan dan sumbangan petugas barisan hadapan negara.

Semoga jalinan kerjasama strategik seperti ini dapat diteruskan dalam memperkukuh hubungan antara agensi, sektor korporat dan masyarakat demi kesejahteraan bersama.

Terima kasih atas penghargaan dan sokongan kepada para wira negara.

Jabatan Perdana Menteri
Mohd Rosman Abdullah
APM Putrajaya













 PROGRAM IBADAH KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHAANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2026Angkat...
30/05/2026



PROGRAM IBADAH KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2026

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan telah melaksanakan Program Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 2026 dalam suasana penuh harmoni, kebersamaan dan penghayatan nilai pengorbanan.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidiladha, malah menjadi wadah memperkukuh ukhuwah serta memupuk semangat kerjasama dan keprihatinan dalam kalangan warga APM serta masyarakat setempat melalui pengagihan daging korban kepada golongan yang memerlukan.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YAS KPj.(PA) Mohammad Abiddin Bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, YAS TKPj.(PA) Dato’ Ismail Bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta YS Kol.(PA) Mohd Rosman Bin Abdullah, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Wilayah Persekutuan.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan dan menjadi simbol keikhlasan, pengorbanan serta kebersamaan dalam memperkukuh peranan APM dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Mohd Rosman Abdullah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Kuala Lumpur
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Sentul
APM W.P Labuan
APM Putrajaya
Angkatan Pertahanan Awam Cheras









  Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1447H / 2026M 🌙✨Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Wilayah Persekutuan mengucapk...
27/05/2026



Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1447H / 2026M 🌙✨

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam.

Aidil Adha membawa pengertian yang besar tentang keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipikul. Semoga semangat pengorbanan yang dihayati pada hari yang mulia ini terus memperkukuhkan nilai kebersamaan, keprihatinan dan kesungguhan dalam kehidupan serta perkhidmatan kepada masyarakat.

Marilah kita bersama menghayati hikmah Aidiladha dengan memperbanyakkan rasa syukur, mengeratkan silaturahim dan menyemai semangat membantu sesama insan.

Semoga sambutan Aidil Adha tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan rahmat buat seluruh keluarga.

Salam Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada
YS Kol. (PA) Mohd Rosman Bin Abdullah
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Wilayah Persekutuan
serta seluruh Warga APM Wilayah Persekutuan

Mohd Rosman Abdullah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Kuala Lumpur
APM W.P Labuan
APM Putrajaya
Angkatan Pertahanan Awam Cheras
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Sentul









17/05/2026

Putrajaya: Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diingatkan sentiasa bersedia menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) yang sedang melanda negara ini.

 MAJLIS PERHIMPUNAN SETIA BILANGAN 2/2026 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUANSekitar Majlis Perhimpuna...
17/05/2026



MAJLIS PERHIMPUNAN SETIA BILANGAN 2/2026 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN

Sekitar Majlis Perhimpunan Setia Bilangan 2/2026 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan yang telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat, profesionalisme dan kebersamaan warga APM.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAS KPj.(PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Kehadiran beliau jelas mencerminkan komitmen kepimpinan tertinggi jabatan dalam memperkukuhkan kecemerlangan organisasi serta kebajikan warga APM.

Majlis ini turut menjadi platform penting dalam menyampaikan amanat kepimpinan, memperkukuhkan semangat kerja berpasukan serta menghargai komitmen pegawai dan anggota dalam melaksanakan tugas kepada masyarakat dan negara.

Turut berlangsung dalam majlis ini adalah sesi penyampaian kenaikan pangkat kepada pegawai APM Wilayah Persekutuan sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, dedikasi dan kecemerlangan dalam perkhidmatan. Tahniah diucapkan kepada seramai 26 pegawai APM Wilayah Persekutuan yang telah menerima kenaikan pangkat. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, disiplin dan komitmen selaras dengan aspirasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Selain itu, majlis ini turut menyaksikan penyerahan sumbangan jaket keselamatan daripada Yayasan Petronas sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap peranan serta kesiapsiagaan warga APM dalam menjalankan tugas membantu masyarakat dan pengurusan bencana.

Jabatan Perdana Menteri
Mohd Rosman Abdullah









Address

Aras 3 Blok 1 Menara Seri Wilayah Presint 2
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60388810469

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan:

Share