Yayasan Waqaf Malaysia

Yayasan Waqaf Malaysia Yayasan Waqaf Malaysia merupakan sebuah entiti wakaf kebangsaan. Jom Berwakaf secara tunai! Wakaf, Satu Pelaburan Abadi. Mudah, Pantas dan Praktikal.
(1)

Seringkali kita khususnya umat Islam terlepas pandang mengenai akaun akhirat yang kekal abadi sebagai pendinding di alam sana selepas kematian. Wakaf yang secara bahasa bermaksud berhenti, membawa definisi penahanan dan pemberhentian hak ke atas mana-mana harta pewakaf daripada sebarang urusan jual beli, wasiat, pewarisan dan hibah, serta diniatkan untuk kebajikan dan manfaat ummah seterusnya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Justeru, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) tampil dalam memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menyuburkan ibadah wakaf ini melalui produk Wakaf Tunai Malaysia, iaitu berwakaf secara tunai. Layari laman web YWM di www.ywm.gov.my untuk maklumat lanjut atau hubungi kami di 03-8871 0800 untuk maklumat lanjut.

31/08/2026

ERTI KEMERDEKAAN

Kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi menghayati nilai kebersamaan, tanggungjawab dan semangat untuk terus menyumbang kepada negara.

Ikuti perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia dalam menghayati erti kemerdekaan dan aspirasi membina Malaysia yang lebih sejahtera.

Selamat Hari Kebangsaan Ke 69

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

“Wakaf Membangun Malaysia MADANI”

Lawatan ke Al-Afiyah Group Hub Pengilang Perubatan | Bandar Cassia, Pulau Pinang | 29 Ogos 2026 | Usai program ramah mes...
30/08/2026

Lawatan ke Al-Afiyah Group Hub Pengilang Perubatan | Bandar Cassia, Pulau Pinang | 29 Ogos 2026 |

Usai program ramah mesra di Masjid Al Ihsaniah, Simpang Ampat, delegasi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, telah meneruskan kunjungan ke Al Afiyah Group, Bandar Cassia, Pulau Pinang.

Ketibaan delegasi YWM telah disambut oleh Dr. Shahfie Ahmad, Pengerusi Eksekutif Al Afiyah Group dan Dr. Siti Fatimah Zaharah Zulkapli, MuDr., Pengarah Kumpulan Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Al Afiyah Group.

Dalam kunjungan tersebut, delegasi YWM turut berpeluang meninjau fasiliti pengeluaran Al Afiyah Group serta melihat sendiri proses penghasilan dan pemprosesan barangan perubatan yang dikendalikan di kemudahan berkenaan.

Lawatan ini bertujuan meneroka peluang kolaborasi strategik antara YWM dan Al Afiyah Group, khususnya dalam mengenal pasti inisiatif yang berpotensi memberikan manfaat kepada masyarakat.

Dalam masa yang sama, lawatan ini turut membuka ruang perbincangan mengenai potensi peranan wakaf dalam memperkasakan akses kepada perkhidmatan kesihatan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara lebih menyeluruh.

YWM sentiasa komited untuk memperluas jaringan strategik bersama pelbagai pihak dalam meneroka pendekatan baharu yang dapat mengoptimumkan manfaat wakaf kepada ummah dan masyarakat.

30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 69

Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif serta seluruh warga kerja Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyemarakkan perpaduan, memperkukuh kebersamaan dan menyuburkan tekad untuk bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera.

Selamat Hari Kebangsaan Ke 69!

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

“Wakaf Membangun Malaysia MADANI”

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 | MALAYSIA MADANI KESEJAHTERAAN DINIKMATI |Tanggal 31 Ogos 1957...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 | MALAYSIA MADANI KESEJAHTERAAN DINIKMATI |

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan peristiwa bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia. Memperingati segala pengorbanan, keringat, air mata dan perjuangan perwira negara yang terdahulu.

Tahun ini, kita sekali lagi akan menyambut hari yang cukup istimewa yang pastinya ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia dan ''Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati'' adalah tema yang diangkat bagi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2026.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69, tanah airku!

Ayuh kita raikan detik penuh bermakna ini dengan menzahirkan rasa bangga, cinta dan kebersamaan demi negara kita. ❤️🤍💙💛

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 | MALAYSIA MADANI KESEJAHTERAAN DINIKMATI |Tanggal 31 Ogos 1957...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 | MALAYSIA MADANI KESEJAHTERAAN DINIKMATI |

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan peristiwa bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia. Memperingati segala pengorbanan, keringat, air mata dan perjuangan perwira negara yang terdahulu.

Tahun ini, kita sekali lagi akan menyambut hari yang cukup istimewa yang pastinya ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia dan ''Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati'' adalah tema yang diangkat bagi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2026.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69, tanah airku!

Ayuh kita raikan detik penuh bermakna ini dengan menzahirkan rasa bangga, cinta dan kebersamaan demi negara kita. ❤️🤍💙💛

Ikhlas daripada,
Ketua Pegawai Eksekutif, Kakitangan & Subsidiari YWM

Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Komuniti Kariah Simpang Ampat, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinan...
30/08/2026

Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Komuniti Kariah Simpang Ampat, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang | Masjid Jamek Al- Ihsaniah, Simpang Ampat, Pulau Pinang | 29 Ogos 2026 |

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) terus komited mendukung usaha memperkasa institusi masjid serta kesejahteraan komuniti melalui penglibatan dalam Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Komuniti Kariah Simpang Ampat, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, turut hadir menyertai majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan bersama komuniti kariah setempat.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), selaku wakil rasmi YAB Perdana Menteri.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM900,000 bagi pelaksanaan projek menaik taraf Masjid Jamek Al Ihsaniah, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh peranan masjid sebagai pusat ibadah, pembangunan komuniti dan penyatuan masyarakat.

Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan serta komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan institusi masjid terus diperkasa dengan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

YWM amat menghargai kesempatan untuk bersama-sama komuniti dalam menjayakan agenda pembangunan ummah dan akan terus menyokong usaha memperkasa institusi wakaf serta masjid sebagai pemangkin kesejahteraan masyarakat.

Kredit foto: Pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

MERDEKA DARIPADA KEMISKINAN, MEMBUKA JALAN PELUANG! ✨Erti kemerdekaan sebenar bukan sahaja bebas daripada penjajahan, te...
30/08/2026

MERDEKA DARIPADA KEMISKINAN, MEMBUKA JALAN PELUANG! ✨

Erti kemerdekaan sebenar bukan sahaja bebas daripada penjajahan, tetapi juga membantu masyarakat kita bebas daripada belenggu kemiskinan dan ketidakupayaan ekonomi.

Wakaf bukan sekadar memberi, wakaf adalah pelaburan akhirat yang membuka jalan untuk penerima berdikari, menuntut ilmu, dan membangunkan masa depan yang lebih cerah!

Bersama Yayasan Waqaf Malaysia, marilah kita menyalurkan sumbangan untuk memperkasakan ekonomi ummah.

Untuk sama ada melalui potongan gaji atau one-off,
layari https://www.ywm.gov.my/wakaf-online

ATAU

Salurkan terus ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia:
🏦 Bank Rakyat
📌 1101140713

🤲 Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan dilipatgandakan ganjarannya.

"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"

100 Anak Asnaf & B40 Pulau Pinang Terima Tajaan Langganan Waqf Go Learning Bernilai RM200,000 | Masjid Muhajirin, Sebera...
29/08/2026

100 Anak Asnaf & B40 Pulau Pinang Terima Tajaan Langganan Waqf Go Learning Bernilai RM200,000 | Masjid Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang | 29 Ogos 2026 |

Bersempena dengan Majlis Perasmian Program Tadabbur Mushaf Malaysia MADANI Peringkat Nasional telah berlangsung di Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada hari ini, YWM telah menyumbangkan tajaan langganan Waqf Go Learning kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk anak-anak pelajar di Pulau Pinang.

Nilai tajaan yang berjumlah RM200,000.00 ini adalah bentuk langganan platform pembelajaran digital untuk anak-anak daripada kalangan keluarga asnaf dan B40 di peringkat sekolah menengah khususnya yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM telah menyerahkan cek cura tajaan langganan Waqf Go Learning RM200,000 kepada YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang untuk dimanfaatkan oleh 100 anak asnaf & B40 di Pulau Pinang.

Waqf Go Learning ini berupaya membantu para pelajar untuk membuat ulang kaji menerusi video pembelajaran dan latih tubi secara atas talian menerusi platform berkenaan. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu sebagai pecutan akhir kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Majlis Perasmian Program Tadabbur Mushaf Malaysia MADANI Peringkat Nasional dan Perasmian Ma’idah Wanita Madani Peringka...
29/08/2026

Majlis Perasmian Program Tadabbur Mushaf Malaysia MADANI Peringkat Nasional dan Perasmian Ma’idah Wanita Madani Peringkat Nasional | 29 Ogos 2026 | Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang |

Majlis Perasmian Program Tadabbur Mushaf Malaysia MADANI Peringkat Nasional dan Perasmian Ma’idah Wanita Madani Peringkat Nasional telah berlangsung di Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Turut hadir YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. YWM turut hadir diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM yang turut hadir memeriahkan majlis ini.

Program ini menjadi salah satu usaha memperkukuh penghayatan masyarakat terhadap al-Quran dengan menggalakkan umat Islam bukan sekadar membaca, malah memahami, menghayati dan mengamalkan mesej serta nilai yang terkandung dalam ayat-ayat suci.

Semoga kita semua terus mengimarahkan majlis-majlis ilmu dan tadabbur bagi memahami kandungan al-Quran serta menerapkan ajarannya dalam hati dan kehidupan kita agar kelak berjaya di dunia dan akhirat, Insya Allah.

Address

Aras 8, Blok D, Kompleks Pusat Islam, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60388710800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Waqaf Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Waqaf Malaysia:

Shortcuts

Share