10/09/2026
Pencemaran mikroplastik kini turut ditemui di kawasan paling terpencil di dunia, termasuk Antartika. Kehadirannya jauh daripada kawasan perindustrian menunjukkan bahawa pencemaran mikroplastik bukan lagi isu setempat, tetapi merupakan cabaran alam sekitar yang bersifat global.
Setiap usaha membersihkan pantai bukan sekadar menjaga persekitaran di sekeliling kita, tetapi merupakan sebahagian daripada tanggungjawab bersama untuk melindungi ekosistem, mengurangkan pencemaran dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar global sehingga ke kawasan paling terpencil di bumi.
Pada 5 September 2026, YPASM diwakili oleh Encik Abd Shukor Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YPASM, bersama warga YPASM turut menyertai Program CSR dan Citizen Science Beach Clean Up (CSR-BCU) NRES-UMT bersempena International Coastal Cleanup (ICC) 2026 di Pantai Tanjung Gelam, Kuala Nerus, Terengganu.
Program anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), PUSPANITA Cawangan NRES, UMT Consultant Services dan Microplastic Research Interest Group (MRIG) ini menggabungkan elemen pembersihan pantai, pemantauan saintifik, penyelidikan serta kesedaran berkaitan sisa marin.
Preserving Our Oceans, Securing Our Future. 🌊