myGAP myOrganic Sektor Tanaman

myGAP myOrganic Sektor Tanaman Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from myGAP myOrganic Sektor Tanaman, Government Organization, Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian, Wisma Tani, Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana, Putrajaya.

Skim pensijilan yang memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang mengamalkan AMALAN PERTANIAN BAIK bagi memastikan hasil pertanian selamat dan berkualiti

Skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik atau organik bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat dimakan.

🌱 JOM SERTAI AGRITALK myGAP DI AGRI MALAYSIA 2026 🌱Tahukah anda bagaimana myGAP membantu memastikan hasil segar yang kit...
10/09/2026

🌱 JOM SERTAI AGRITALK myGAP DI AGRI MALAYSIA 2026 🌱

Tahukah anda bagaimana myGAP membantu memastikan hasil segar yang kita nikmati adalah selamat, berkualiti dan dihasilkan melalui amalan pertanian yang baik? πŸ…πŸ₯¬πŸ‰

Jom hadir ke sesi AGRITALK: β€œmyGAP – Penanda Aras Pengeluaran Hasil Segar yang Selamat dan Berkualiti” dan ketahui dengan lebih dekat tentang kepentingan pensijilan myGAP dalam menjamin keselamatan serta kualiti hasil pertanian Malaysia. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΎ

πŸ“… 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ 10.30 pagi – 11.30 pagi
πŸ“ Room 3, MITEC Kuala Lumpur
πŸ—£οΈ Bahasa Malaysia

🎀 Bersama:
Puan Juliana Ritonga Binti Saipul Jannah
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman,
Jabatan Pertanian Malaysia

✨ Jangan lepaskan peluang!
Datang beramai-ramai dan dapatkan ilmu tentang myGAP serta pengeluaran hasil segar yang selamat dan berkualiti.

🌱 myGAP – Jaminan Amalan Pertanian Baik, Hasil Selamat dan Berkualiti!

02/09/2026

MAHA 2026 : Hari ke - 5, Jom beramai-ramai ke MAHA 2026

30/08/2026
30/08/2026

Jom singgah ke booth myGAP di MAHA 2026.

Terletak di Dewan A, MAEPS Serdang

πŸŒΊπŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA BERBUNGA: CABARAN MEWARNA MAHA 2026! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊπŸŽ¨ Ayuh adik-adik serlahkan kreativiti dan semangat Merdeka melalui C...
27/08/2026

πŸŒΊπŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA BERBUNGA: CABARAN MEWARNA MAHA 2026! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊ

🎨 Ayuh adik-adik serlahkan kreativiti dan semangat Merdeka melalui Cabaran Mewarna MAHA 2026!

Jom warnai dunia pertanian dengan penuh warna-warni sambil menikmati kemeriahan sambutan MAHA 2026! πŸŒΈπŸ–οΈ

πŸ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 2.00 petang – 4.00 petang
πŸ“ Laman Agro-Food Florikultur,
MAEPS Serdang

πŸ‘§πŸ§’ Terbuka kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun

🎨 Bahan mewarna disediakan

🎁 Hadiah menarik menanti para pemenang!

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mewarnai kreativiti, menyemai semangat Merdeka! β€οΈπŸ’™πŸ’›

Jumpa anda di MAHA 2026! πŸŒΊπŸ‡²πŸ‡Ύ

26/08/2026

MAHA 2026 datang lagi...jom kami kongsikan aktiviti menarik di sana,

Jumpa kami di Hall A, MAEPS Serdang,

Siapa tak datang memang rugi..πŸ‘πŸ‘πŸ˜„

26/08/2026

Jom ramai datang ke MAHA 2026

🌏 DARI LADANG KE PASARAN DUNIAProduk pertanian Malaysia berpotensi melangkah lebih jauh apabila dihasilkan berasaskan Am...
21/08/2026

🌏 DARI LADANG KE PASARAN DUNIA

Produk pertanian Malaysia berpotensi melangkah lebih jauh apabila dihasilkan berasaskan Amalan Pertanian Baik.

Pensijilan myGAP membantu pengusaha memperkukuh pengurusan ladang, menghasilkan produk yang lebih selamat dan berkualiti serta meningkatkan keyakinan pembeli terhadap hasil pertanian tempatan.

Daripada amalan pertanian yang sistematik, kepada pengeluaran yang diyakini β€” myGAP membuka peluang untuk produk Malaysia menembusi pasaran yang lebih luas, termasuk pasaran global.

✨ myGAP bukan sekadar pensijilan. Ia adalah nilai tambah untuk meningkatkan daya saing dan membuka peluang pasaran.

myGAP β€” Membina Keyakinan, Menembusi Pasaran Global.

13/08/2026

Jom bersama kami di MAHA 2026

Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.

Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ•™10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“MAEPS Serdang, Selangor

Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.

Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.

β€œMAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”





Seminar Pengembangan Perkasa Teknologi, Pelaburan dan Keterjaminan Makanan NegaraSHAH ALAM, 5 Ogos 2026 -- Kerajaan akan...
12/08/2026

Seminar Pengembangan Perkasa Teknologi, Pelaburan dan Keterjaminan Makanan Negara
SHAH ALAM, 5 Ogos 2026 -- Kerajaan akan terus memperkukuh sektor agromakanan negara menerusi pemerkasaan teknologi, pelaburan strategik dan amalan pertanian berkualiti bagi meningkatkan daya saing industri serta menjamin keterjaminan makanan negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Chan Foong Hin berkata, penganjuran Seminar Pengembangan Subsektor Tanaman Jabatan Pertanian 2026 amat bertepatan dengan usaha mentransformasikan sektor pertanian negara ke arah yang lebih moden, mampan dan berdaya saing melalui kerjasama erat antara kerajaan, usahawan serta pemain industri.
Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 263 syarikat telah menerima manfaat Insentif Cukai Galakan bagi Projek Pengeluaran Bahan Makanan melibatkan keluasan projek subsektor tanaman seluas 11,509 hektar dengan nilai pelaburan keseluruhan RM1.95 bilion.
β€œKerajaan turut memperuntukkan RM17.52 juta di bawah RMK-13 bagi Program Pemberdayaan Makanan Selamat Melalui Amalan Pertanian Baik Subsektor Tanaman. Bagi tahun 2026, sebanyak RM1.5 juta disediakan sebagai insentif bersasar untuk menggalakkan pensijilan baharu dan pembaharuan myGAP serta myOrganic, sekali gus meningkatkan pengeluaran hasil ladang yang selamat dan berkualiti,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penutup Seminar Pengembangan Subsektor Tanaman Jabatan Pertanian Tahun 2026 di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Buku Pakej Teknologi Tanaman Bawang Merah sebagai rujukan rasmi kepada pegawai pengembangan, usahawan dan pengusaha pertanian bagi mengoptimumkan pengeluaran bawang tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada import.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan), Tuan Haji Johari Abdullah berkata, seminar yang berlangsung selama tiga hari itu menghimpunkan lebih 450 peserta terdiri daripada pengeluar, pengeksport, pengusaha industri asas tani, pegawai pengembangan, wakil persatuan serta agensi berkaitan dari seluruh negara.
β€œSeminar ini menjadi platform penting untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar, insentif, dana dan pembiayaan kerajaan, di samping memperkukuh jaringan kerjasama teknologi antara usahawan dan pemain industri. Pembentangan lapan kertas kerja teknikal, sesi padanan perniagaan serta pameran agensi dan syarikat teknologi diharap dapat mempercepat pemindahan teknologi kepada pengusaha,” katanya.
Beliau turut menyeru semua pengusaha supaya memanfaatkan Sistem GeoTanaman serta pelbagai insentif kerajaan yang disediakan bagi meningkatkan produktiviti dan memperkukuh keterjaminan bekalan makanan negara.



YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Chan Foong Hin ι™ˆζ³“ηΌ£
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Bahagian Pengembangan Pertanian

Address

Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian, Wisma Tani, Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana
Putrajaya
62624

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388703448

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when myGAP myOrganic Sektor Tanaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to myGAP myOrganic Sektor Tanaman:

Shortcuts

Share