Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

Untuk sebarang urusan pertanyaan berkenaan perkhidmatan utama / aduan berkaitan, sila berurusan dengan Bahagian/Negeri/Unit yang terlibat
Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia berfungsi untuk menyampaikan informasi terbaru berkaitan Imigresen secara keseluruhannya.

πŒπ„ππ†π”πŠπ”π‡πŠπ€π πŠπŽπŒπˆπ“πŒπ„π πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π | ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ€πˆπ“π”π‹ πŒπ€π‡π€πππ€π‡ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆπŒπˆπ†π‘π„π’π„π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘JOHOR BAHRU, 13 Jun 20...
14/06/2026

πŒπ„ππ†π”πŠπ”π‡πŠπ€π πŠπŽπŒπˆπ“πŒπ„π πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π | ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ€πˆπ“π”π‹ πŒπ€π‡π€πππ€π‡ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆπŒπˆπ†π‘π„π’π„π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘

JOHOR BAHRU, 13 Jun 2026 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan Majlis Perasmian Baitul Mahabbah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor di Kuarters Imigresen Aliff Sejahtera, Tampoi.

Baitul Mahabbah Johor yang merupakan Baitul Mahabbah keenam mula beroperasi pada 10 Disember 2024, mampu menempatkan sehingga 40 penghuni.

Kemudahan yang disediakan bukan sahaja menawarkan persekitaran yang selamat, selesa dan kondusif, malah turut memberi akses kepada pelbagai aktiviti pembelajaran, riadah, penjagaan kesihatan serta sokongan psikososial yang bersesuaian dengan keperluan penghuni. Kanak-kanak yang ditempatkan di sini berpeluang mengikuti aktiviti seperti membaca, melukis, menyanyi dan bermain dalam suasana yang lebih mesra kanak-kanak, manakala penjaga mereka turut diberikan ruang untuk menjalankan aktiviti bermanfaat sepanjang tempoh penempatan.

Turut hadir, Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dr. Hebat Hisham bin Mohd. Yusoff, Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen (KDN), Tuan Haji Basri Bin Othman, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Puan Rosmaliza Binti Mohd Rashid, Pengarah Bahagian Pengurusan Depot, Pegawai-pegawai Kanan serta pegawai lain-lain pangkat Jabatan Imigresen Negeri Johor.





π—π—œπ—  π—£π—˜π—₯π—›π—˜π—•π—”π—§ π—’π—£π—˜π—₯π—”π—¦π—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—”π—§π—žπ—¨π—”π—¦π—”π—”π—‘, 𝟭𝟳𝟡 π—’π—£π—˜π—₯π—”π—¦π—œ π——π—œπ—Ÿπ—”π—žπ—¦π—”π—‘π—”π—žπ—”π—‘ π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—§π—˜π— π—£π—’π—› π—Ÿπ—œπ— π—” 𝗛𝗔π—₯π—œJabatan Imigresen Malaysia (JIM) ter...
13/06/2026

π—π—œπ—  π—£π—˜π—₯π—›π—˜π—•π—”π—§ π—’π—£π—˜π—₯π—”π—¦π—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—”π—§π—žπ—¨π—”π—¦π—”π—”π—‘, 𝟭𝟳𝟡 π—’π—£π—˜π—₯π—”π—¦π—œ π——π—œπ—Ÿπ—”π—žπ—¦π—”π—‘π—”π—žπ—”π—‘ π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—§π—˜π— π—£π—’π—› π—Ÿπ—œπ— π—” 𝗛𝗔π—₯π—œ

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan di seluruh negara melalui pelaksanaan operasi yang lebih agresif dan berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen serta mengekang penyalahgunaan kemudahan pas yang diberikan kepada warga asing.

Bagi tempoh 8 hingga 12 Jun 2026, JIM telah melaksanakan sebanyak 179 operasi penguatkuasaan di pelbagai lokasi tumpuan di seluruh negara. Hasil operasi tersebut, seramai 1,494 orang telah diperiksa melibatkan warga tempatan dan warga asing.

Daripada jumlah pemeriksaan yang dijalankan, seramai 471 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan-peraturan berkaitan. Selain itu, seramai 31 majikan turut ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai menggaji atau melindungi warga asing yang melakukan kesalahan imigresen.

Empat negeri yang merekodkan jumlah operasi tertinggi dalam tempoh tersebut ialah Johor sebanyak 52 operasi, diikuti Perak (36 operasi), Kedah (25 operasi) dan Putrajaya (22 operasi). Pelaksanaan operasi secara menyeluruh ini membuktikan komitmen JIM dalam memastikan penguatkuasaan undang-undang imigresen dilaksanakan secara konsisten tanpa kompromi.

JIM ingin menegaskan bahawa antara fokus utama operasi adalah memastikan warga asing mematuhi syarat-syarat pas yang diberikan. Setiap pas yang dikeluarkan mempunyai tujuan dan syarat tertentu yang perlu dipatuhi oleh pemegangnya. Sebarang penyalahgunaan pas, termasuk menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan atau terlibat dalam aktiviti perniagaan secara tidak sah, merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang.

Operasi yang dijalankan juga bertujuan memberikan mesej yang jelas kepada semua pemegang pas supaya tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia. Kegagalan mematuhi syarat pas bukan sahaja boleh menyebabkan pas dibatalkan, malah boleh membawa kepada tindakan penahanan, pendakwaan dan pengusiran dari negara ini.

JIM akan terus memperhebatkan operasi penguatkuasaan di seluruh negara, khususnya terhadap warga asing yang terlibat dalam aktiviti perniagaan secara tidak sah, penyalahgunaan pas, bekerja tanpa kebenaran serta mana-mana pelanggaran undang-undang imigresen yang lain. Pendekatan penguatkuasaan secara berterusan ini adalah bagi memastikan kedaulatan undang-undang negara sentiasa terpelihara dan kepentingan rakyat Malaysia terus diutamakan.

Jabatan Imigresen Malaysia turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran atau aktiviti warga asing yang disyaki melanggar undang-undang imigresen bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil dengan segera.

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 π“πˆπŒππ€π‹π€π πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πˆπŒπˆπ†π‘π„π’π„π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π“πŠππŠ) πŽπ‹π„π‡ 𝐄𝐍. π‰π€πˆπ™π€π‹ πŠπ€πŒπ€π‘ π‰π€π‹π€π‹π”πƒπˆπ, πŠπ„π“π”π€ ππ€π‡π€π†πˆ...
11/06/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 π“πˆπŒππ€π‹π€π πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πˆπŒπˆπ†π‘π„π’π„π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π“πŠππŠ) πŽπ‹π„π‡ 𝐄𝐍. π‰π€πˆπ™π€π‹ πŠπ€πŒπ€π‘ π‰π€π‹π€π‹π”πƒπˆπ, πŠπ„π“π”π€ ππ€π‡π€π†πˆπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 πŒπŽπƒπ€π‹ πˆππ’π€π, 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 (𝐏𝐓𝐏)

PUTRAJAYA, 11 Jun 2026 – YBhg. Dato' Aminudin bin Yahaya, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia (Kawalan), telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Jaizal Kamar Jalaludin, Ketua Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan serta membincangkan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara JIM dan PTP.

Turut hadir mewakili PTP, Encik Nasution Saad Putra, Pengurus Besar, Perhubungan Kerajaan dan Pihak Berkuasa Zon Bebas, Puan Nor Zahanim Jamaludin, Pengurus Kanan, Bahagian Pengurusan Modal Insan, serta Cik Nur Syafiqah Nordin, Penolong Pengurus, Perhubungan Kerajaan dan Pihak Berkuasa Zon Bebas.

Sementara itu, JIM diwakili oleh Tuan Abdul Hadi bin Mohd, Pengarah Bahagian Khidmat Ekspatriat, Tuan Mohd Syahar bin Azizan, Timbalan Penolong Pengarah, Bahagian Keselamatan dan Pasport serta Tuan Afry bin Azmy, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan Dasar dan Perancangan Strategik.

SIARAN MEDIAPENDAFTARAN DAN PENENTUAN STATUS PELARIAN: LANGKAH BERTANGGUNGJAWAB DEMI KESELAMATAN NEGARA DAN PENGURUSAN M...
11/06/2026

SIARAN MEDIA

PENDAFTARAN DAN PENENTUAN STATUS PELARIAN: LANGKAH BERTANGGUNGJAWAB DEMI KESELAMATAN NEGARA DAN PENGURUSAN MIGRASI YANG LEBIH BERKESAN

11/06/2026

𝗦𝗒π—₯𝗒𝗧𝗔𝗑 π—π—œπ—  𝗦𝗔𝗦𝗔π—₯ π—žπ—˜π——π—”π—œ π—ͺ𝗔π—₯π—šπ—” π—”π—¦π—œπ—‘π—š 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—¬π—”π—Ÿπ—”π—›π—šπ—¨π—‘π—”π—”π—‘ 𝗣𝗔𝗦

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya telah melaksanakan satu siri operasi penguatkuasaan yang menyasarkan kawasan tumpuan warga asing di sekitar Sepang, Selangor. Operasi yang dilaksanakan pada 9 Jun 2026 itu bukan sahaja mensasarkan premis perniagaan yang disyaki milik warga asing tetapi juga kesalahan-kesalahan yang berkaitan penyalahgunaan pas oleh warga asing.

11/06/2026
πŸ“’ Warga Sabah dan pengunjung Sambutan Minggu Perpaduan 2026!Jom singgah ke reruai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk...
11/06/2026

πŸ“’ Warga Sabah dan pengunjung Sambutan Minggu Perpaduan 2026!

Jom singgah ke reruai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat berkaitan pelbagai urusan perkhidmatan imigresen secara terus daripada pegawai yang bertugas.

πŸ“ Pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah

πŸ“… 11 – 13 Jun 2026
πŸ•™ 10.00 pagi – 10.00 malam

πŸ“… 14 Jun 2026
πŸ•™ 10.00 pagi – 5.00 petang




πŸŽ‰ JOM DATANG BERAMAI-RAMAI! πŸŽ‰Pelbagai aktiviti menarik, pameran agensi kerajaan, persembahan kebudayaan, reruai interakt...
11/06/2026

πŸŽ‰ JOM DATANG BERAMAI-RAMAI! πŸŽ‰

Pelbagai aktiviti menarik, pameran agensi kerajaan, persembahan kebudayaan, reruai interaktif dan program kekeluargaan menanti anda di Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan.

πŸ“ Pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah

πŸ“… 11 – 13 Jun 2026
πŸ•’ 10.00 pagi hingga 10.00 malam

πŸ“… 14 Jun 2026
πŸ•’ 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Jangan lupa juga untuk singgah dan memeriahkan lagi reruai agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bawa keluarga, rakan-rakan dan komuniti anda untuk sama-sama memeriahkan sambutan ini!




Address

Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia , (Kementerian Dalam Negeri) No. 15, Tingkat 1-7, (Podium) Persiaran Perdana, Presint 2
Putrajaya
62550PUTRAJAYA

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60380008000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Imigresen Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Imigresen Malaysia:

Share