KPKT Malaysia

KPKT Malaysia FUNGSI

1. Menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berkelayakan serta mengawal selia aspek pemajuan perumahan.

2.

Membantu dan membimbing Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, kemudahan sosial dan rekreasi bagi memenuhi keperluan penduduk serta meningkatakan peluang ekonomi yang seimbang.

3. Memberi perkhidmatan pencegahan dan pemadaman kebakaran serta penyelamatan yang cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda.

4. Menasihati kerajaan perse

kutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara-perakara berkaitan perancangan, pengurusan, pemajuan dan pemuliharaan tanah selaras dengan sistem perancangan fizikal negara. Menyediakan dasar dan khidmat nasihat perancangan, pelaksanaan dan pengurusan landskap, taman dan rekreasi bagi PBT dan agensi kerajaan.

5. Menyediakan dasar, sistem dan kawal selia terhadap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif.

6. Memaju dan mengawal selia aktiviti pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai di seluruh negara.

PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Ke...
15/06/2026

PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(КРКВ).

Perkhidmatan yang disediakan di dalam PBTPay ini adalah khas untuk anda membuat pembayaran kepada semua PBT di seluruh negara secara atas talian.

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π πŒπ„πƒπˆπ€ πŠππŠπ“ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ†Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mempelawa wartawan dan pengam...
15/06/2026

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π πŒπ„πƒπˆπ€ πŠππŠπ“ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ†

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mempelawa wartawan dan pengamal media warganegara Malaysia untuk menyertai Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2026 yang akan diadakan pada Oktober 2026.

πŸ† Kategori anugerah yang dipertandingkan:

1. Anugerah Khas YB Menteri
2. Anugerah Penyiaran Televisyen Terbaik
3. Anugerah Video Portal / Dalam Talian Terbaik
4. Anugerah Penyiaran Radio Terbaik
5. Anugerah Penerbitan Artikel Terbaik
6. Anugerah Kewartawanan Foto Terbaik
7. Anugerah Kandungan Media Sosial Terbaik
8. Anugerah Influencer Terbaik

πŸ“Œ Penyertaan dibuka bagi karya yang diterbitkan atau disiarkan mulai 1 September 2025 hingga 31 Julai 2026.

πŸ“… Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Ogos 2026.

πŸ”— Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh dilayari di: [https://mpi.my/award/akemedia-kpkt-2026](https://mpi.my/award/akemedia-kpkt-2026)

KPKT SALUR RM258.7 RIBU BAGI PROJEK NAIK TARAF PASAR AM DONGGONGON, PENAMPANGPENAMPANG, SABAH – Kementerian Perumahan da...
15/06/2026

KPKT SALUR RM258.7 RIBU BAGI PROJEK NAIK TARAF PASAR AM DONGGONGON, PENAMPANG

PENAMPANG, SABAH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus memperkasakan kemudahan awam melalui pelaksanaan Projek Naik Taraf Pasar Am Donggongon, Majlis Perbandaran Penampang (MP Penampang), Sabah dengan peruntukan sebanyak RM258,724.18.

Projek ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti infrastruktur pasar awam serta menyediakan ruang niaga yang lebih kondusif, selamat dan selesa untuk kegunaan peniaga serta pengunjung. Penambahbaikan yang dilaksanakan melibatkan kerja-kerja pendawaian dan LED, pemasangan sistem solar, jubin lantai dan meja serta perparitan.

Skop kerja projek ini turut merangkumi penyediaan tempat letak kenderaan OKU, penyediaan kemudahan OKU, penyediaan tangga, penggantian sistem perpaipan, pemasangan papan tanda Pasar Am Donggongon serta pemasangan Sistem SPAH bagi memastikan kemudahan pasar berada dalam keadaan lebih baik, tersusun dan memenuhi keperluan pengguna.

Inisiatif ini bukan sahaja memberikan penambahbaikan kepada kemudahan fizikal Pasar Am Donggongon, malah membantu memperkukuh aktiviti ekonomi setempat melalui penyediaan ruang perniagaan yang lebih teratur, selesa dan mesra pengguna.

KPKT komited untuk terus melaksanakan projek-projek pembangunan berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam menyediakan kemudahan awam yang berkualiti, inklusif dan berdaya saing.

Perbezaan bukanlah kelemahan, sebaliknya kekuatan yang mampu menyatukan rakyat dan memacu kemajuan negara. YB Tuan Nga K...
14/06/2026

Perbezaan bukanlah kelemahan, sebaliknya kekuatan yang mampu menyatukan rakyat dan memacu kemajuan negara. YB Tuan Nga Kor Ming menegaskan rakyat Malaysia perlu terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain demi mengekalkan keamanan, kestabilan serta kemakmuran negara.

Berucap sempena Majlis Perasmian Taiping International Youth Marching Band Festival 2026, beliau berkata muzik merupakan bahasa sejagat yang menyatukan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan negara. Festival ini menghimpunkan kumpulan pancaragam belia dari Malaysia, Jepun, Filipina, Indonesia dan Hong Kong dalam semangat persahabatan dan keharmonian.

Malaysia kini berada dalam kelompok 12 negara paling aman di dunia. Marilah kita terus membina jambatan perpaduan, bukannya tembok perpecahan, demi masa depan negara yang lebih kukuh, harmoni dan sejahtera.

13/06/2026
TAHNIAH MALAYSIA JUARA TERBESAR DUNIA  FIABCI WORLD PRIX D’EXCELLENCE AWARDS 2026Malaysia sekali lagi mengharumkan nama ...
13/06/2026

TAHNIAH MALAYSIA JUARA TERBESAR DUNIA FIABCI WORLD PRIX D’EXCELLENCE AWARDS 2026

Malaysia sekali lagi mengharumkan nama negara apabila muncul sebagai pemenang terbesar di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2026 yang berlangsung di Vienna, Austria.

Pencapaian membanggakan ini menyaksikan pemaju hartanah Malaysia merangkul 6 Anugerah Emas dan 6 Anugerah Perak, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 46 pingat emas yang pernah dimenangi negara di pentas antarabangsa.

Kejayaan ini membuktikan keupayaan Malaysia dalam membangunkan projek perumahan dan hartanah bertaraf dunia yang berkualiti, mampan serta memenuhi piawaian global.

Tahniah kepada semua pemaju dan pemain industri yang terus mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

13/06/2026

Bantuan Kerajaan Bernilai RM 20,000 Untuk Baik Pulih Rumah?

MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI KPKT PERKUKUH PENYELARASAN DASAR DAN PELAKSANAAN INISIATIF STRATEGIKPUTRAJAYA, 12 Jun – K...
12/06/2026

MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI KPKT PERKUKUH PENYELARASAN DASAR DAN PELAKSANAAN INISIATIF STRATEGIK

PUTRAJAYA, 12 Jun – Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib hari ini mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPKT yang memberi tumpuan kepada penyelarasan dasar, pemantauan pelaksanaan program serta pengukuhan penyampaian perkhidmatan kementerian.

Mesyuarat tersebut membincangkan perkembangan semasa projek-projek pembangunan di bawah KPKT, pelaksanaan inisiatif yang berorientasikan kesejahteraan komuniti, serta langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan responsif kepada keperluan rakyat.

Turut berlangsung dalam mesyuarat ini ialah Sesi Perkongsian Hala Tuju dan Kerangka Pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh pihak Penyelarasan Lonjakan Prestasi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada pengurusan tertinggi KPKT. Sesi tersebut bertujuan memperjelas hala tuju reformasi sektor awam serta memperkukuh kefahaman berkaitan kerangka pelaksanaan yang dirangka bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

YBhg. Datuk Wira Dr. KSU turut menyerahkan Sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2025 kepada YBrs. Puan Rasidah binti Ibrahim, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP). KPKT telah dianugerahkan penarafan 5 Bintang dalam Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2025, sekali gus mencerminkan komitmen kementerian dalam memperkukuh aspek keselamatan perlindungan dan tadbir urus organisasi.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan usaha memperkukuh tadbir urus organisasi, meningkatkan kecekapan pelaksanaan program dan memastikan setiap dasar serta inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara menyeluruh serta memberi impak yang signifikan kepada kesejahteraan rakyat.

KPKT kekal komited untuk memperkasakan agenda pembangunan komuniti, memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan pelaksanaan dasar yang mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

KPKT SALUR RM448,345.00 BAGI PROJEK NAIK TARAF TANDAS AWAM DI JETI PELANCONGAN BANDAR MARANGMARANG, TERENGGANU – Kemente...
12/06/2026

KPKT SALUR RM448,345.00 BAGI PROJEK NAIK TARAF TANDAS AWAM DI JETI PELANCONGAN BANDAR MARANG

MARANG, TERENGGANU – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus komited memperkasa kemudahan awam menerusi pelaksanaan Projek Naik Taraf Tandas Awam di Jeti Pelancongan Bandar Marang dengan peruntukan sebanyak RM448,345.00.

Projek ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti kemudahan sanitasi awam serta menyediakan ruang tandas yang lebih bersih, ceria dan selesa untuk kegunaan masyarakat setempat serta pengunjung.

Transformasi ini telah memberi nafas baharu kepada kemudahan awam berkenaan, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih mesra pengguna, selamat dan menyokong aspek penjagaan kebersihan yang optimum dalam komuniti.

KPKT akan terus melaksanakan inisiatif pembangunan infrastruktur rakyat yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat serta memperkukuh kemudahan awam selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.


11 Jun β€” YBhg Datuk Wira Dr M Noor Azman, Ketua Setiausaha KPKT mengadakan lawatan kerja bersama-sama Majlis Bandaraya S...
12/06/2026

11 Jun β€” YBhg Datuk Wira Dr M Noor Azman, Ketua Setiausaha KPKT mengadakan lawatan kerja bersama-sama Majlis Bandaraya Seberang Perai meninjau perkembangan beberapa projek KPKT di kawasan Seberang Perai Utara.

Turut mengiringi YBhg Datuk Wira Dr KSU adalah YBhg. Dato’ Hj Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar MBSP; YBhg Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT serta disertai pegawai-pegawai dari MBSP dan JKT.

Lawatan kerja ini bagi memastikan semua projek kemudahan awam di bawah seliaan KPKT melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Ini termasuklah lawatan ke projek siap menaik taraf pencahayaan padang bola Kompleks Sukan Bertam MBSP; dan projek dalam pembinaan seperti pembangunan semula pasar awam Bukit Mertajam dan pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat di Bukit Mertajam.

YBhg Datuk Wira Dr KSU juga turut meninjau tapak-tapak cadangan projek infrastruktur baharu dan kemudahan awam di sekitar kawasan operasi Majlis Bandaraya Seberang Perai seperti cadangan projek menaik taraf pelebaran jalan di Jalan Pintas Berani 5, Bagan; dan cadangan projek membina gelanggang pickleball di sebelah padang bola Kompleks Sukan Bertam MBSP.

KPKT komited dalam memastikan semua projek yang dirancang dan dalam pembinaan dapat dilaksanakan mengikut jadual untuk manfaat rakyat terbanyak. Ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan kebajikan serta kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Address

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPKT Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KPKT Malaysia:

Share