Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS Laman Rasmi Facebook Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia ( MAQIS ) Fungsi MAQIS

1. Untuk menubuhkan dan menguruskan stesen kuarantin.

5.

Untuk menguatkuasakan semua undang-undang bertulis yang berkaitan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin, untuk memastikan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar Malaysia mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan;

2. Untuk mengeluarkan permit, lesen dan perakuan bagi maksud import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma;

3. Untuk memastikan bahawa semua tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar Malaysia digredkan, dibungkuskan dan dilabelkan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan;

4. Untuk menyertai pemeriksaan dan pemerakuan premis negara pengeksport bersama-sama dengan agensi dan jabatan yang berkaitan, jika perlu;

6. Untuk menyertai agensi dan jabatan yang berkaitan di peringkat antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan kuarantin dan import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan, jika perlu;

7. Untuk memberikan maklum balas dan syor kepada agensi atau jabatan yang berkaitan tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan;

8. Untuk memudahkan dan mengadakan khidmat nasihat tentang pematuhan syarat-syarat import dan eksport bagi tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan kepada pengimport, pengeksport dan ejen yang terlibat dalam import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan; dan

9. Untuk melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang perlu bagi pelaksanaan Akta MAQIS 2010. (Fungsi-fungsi di atas, hendaklah dijalankan mengikut dasar, arahan dan kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh agensi dan jabatan yang berkaitan).

PENGUMUMAN: BORANG ADUAN ISU & GANGGUAN TEKNIKAL SISTEM MAQISBagi memudahkan para pengguna melaporkan sebarang isu atau ...
08/09/2026

PENGUMUMAN: BORANG ADUAN ISU & GANGGUAN TEKNIKAL SISTEM MAQIS

Bagi memudahkan para pengguna melaporkan sebarang isu atau gangguan teknikal ketika menggunakan Sistem di bawah kawalan MAQIS, pihak kami telah menyediakan satu saluran pelaporan rasmi yang baharu.

Pengguna yang menghadapi masalah teknikal kini boleh menyalurkan aduan dengan lebih pantas dan mudah agar tindakan penyelesaian segera dapat diambil.

Cara Mengakses Borang Aduan:
* Imbas Kod QR yang tertera pada imej di atas.

Kerjasama anda dalam menyalurkan maklumat aduan yang terperinci amat dihargai bagi memastikan kelancaran operasi Sistem MAQIS.





TIRAI MAHA 2026 RASMI DILABUHKANSetelah 10 hari berlangsung dengan penuh gemilang, Pameran Pertanian, Hortikultur & Agro...
06/09/2026

TIRAI MAHA 2026 RASMI DILABUHKAN

Setelah 10 hari berlangsung dengan penuh gemilang, Pameran Pertanian, Hortikultur & Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 kini melabuhkan tirainya. Kehadiran luar biasa yang dicatatkan mencecah sehingga 4.30 juta pengunjung, penganjuran edisi kali ini terbukti melakar kejayaan yang amat membanggakan buat sektor agromakanan negara.

Sebagai Jawatankuasa Keselamatan, Lalulintas dan Kesihatan bagi MAHA 2026, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berbesar hati dan komited dalam menggalas amanah bagi memastikan kesejahteraan setiap pengunjung, pempamer, dan petugas sentiasa terpelihara.

Syukur ke hadrat Ilahi, hasil kawalan rapi dan prosedur operasi standard (SOP) yang komprehensif, kami ingin memaklumkan bahawa tiada sebarang kemalangan teruk atau insiden kritikal direkodkan sepanjang tempoh penganjuran berskala besar ini berlangsung.

Pencapaian cemerlang ini pastinya tidak dapat direalisasikan tanpa sinergi, komitmen jitu, dan pengorbanan masa daripada rakan-rakan agensi. Justeru, pihak MAQIS mewakili Jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), MARDICorp Safety serta seluruh agensi penguatkuasaan, perubatan, dan keselamatan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Dedikasi dan kecekapan operasi semua pihak telah memastikan kelancaran aliran trafik yang sistematik, kawalan keselamatan yang ketat, serta pengurusan kesihatan pengunjung yang amat efisien di tapak pameran MAEPS Serdang.

Tidak dilupakan, sekalung penghargaan juga buat seluruh rakyat Malaysia yang hadir memberikan sokongan, mematuhi arahan keselamatan, serta mempamerkan kerjasama yang cemerlang sepanjang pameran berlangsung.

Semoga semangat perpaduan dan sokongan terhadap industri pertanian negara terus mekar. Sampai kita bersua kembali di MAHA 2028!





06/09/2026
02/09/2026

Tips untuk datang ke MAHA 2026.
Semoga bermanfaat kepada semua pengunjung.

Dari hujung desa hingga ke mercu tanda pencakar langit, denyut nadi Malaysia terus berdegup kencang. 🇲🇾Bagi kami di MAQI...
31/08/2026

Dari hujung desa hingga ke mercu tanda pencakar langit, denyut nadi Malaysia terus berdegup kencang. 🇲🇾

Bagi kami di MAQIS, erti kemerdekaan adalah memastikan tanah ini bebas daripada ancaman biosekuriti yang boleh merosakkan rantaian makanan dan alam semula jadi kita.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga kerja MAQIS.





30/08/2026
29 Ogos 2026 | Sabtu | SerdangMajlis Perasmian MAHA 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Hj. Mohamad bin Sabu, Me...
30/08/2026

29 Ogos 2026 | Sabtu | Serdang

Majlis Perasmian MAHA 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Hj. Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor. Pameran yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 ini mengangkat tema “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan” dengan menghimpunkan pemain industri, usahawan, petani, penternak, nelayan, serta delegasi antarabangsa.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohamad Shaffie bin Hassan, Ketua Pengarah MAQIS. Dalam pada itu, seluruh warga Jabatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd Zul Helmi bin Md Yusoff, Penolong Pegawai Penguat Kuasa MAQIS, atas kecemerlangan beliau menggalas tanggungjawab sebagai pengacara majlis bagi acara berprestij ini.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan MAHA 2026 bersama keluarga untuk meneroka pelbagai pameran, inovasi, teknologi, serta produk agromakanan terkini yang diketengahkan sepanjang program berlangsung.





29/08/2026

JOM KE MAHA 2026

Tak tahu nak parking di mana? Jangan risau!

Pengunjung boleh menggunakan parkir alternatif yang disediakan:

🅿️ Parkir MARDI
🅿️ Padang Kawad UPM
🅿️ Parkir Dewan Kuliah Pusat UPM

Bas shuttle disediakan dari lokasi parkir ke kawasan MAHA.

Jom rancang perjalanan anda dan nikmati pengalaman MAHA 2026 bersama keluarga dan rakan-rakan!

MAHA DATANG LAGI! SIAPA TAK DATANG, RUGI!

📅 28 Ogos – 6 September 2026

29/08/2026
28/08/2026

MAHA 2026 SUDAH KEMBALI!

Dah ready untuk pengalaman 10 hari penuh kemeriahan?

📅 **28 Ogos – 6 September 2026**
📍 **MAEPS Serdang**

Jom terokai dunia **pertanian & agromakanan** yang penuh dengan hasil pertanian, makanan menarik, teknologi terkini dan inovasi hebat!

Bawa keluarga, ajak kawan-kawan dan nikmati pelbagai aktiviti menarik untuk semua!

Bukan sekadar pameran — MAHA 2026 ialah pengalaman yang wajib anda rasai!

Jangan tunggu lagi!
Jumpa anda di MAHA 2026!

Address

Aras 4, Menara 4G1, Wisma Tani Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

03-88708000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS:

Shortcuts

Share