04/10/2023
PROGRAM JOM DAFTAR MYKAD 12 TAHUN DAN PROMOSI JOM JADI AHLI PERPUSTAKAAN SEMPENA HPN KE-75 JPN DAERAH JERANTUT
Jerantut, 03.10.2023 - Sempena meraikan 75 Tahun Jubli Intan Hari Pendaftaran Negara, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Jerantut yang diwakili oleh Pegawai Pendaftaran Daerah telah berkolaborasi dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Daerah Jerantut yang diwakili oleh Ketua Perpustakaan Daerah, Puan Norizan binti Abdullah bagi menjayakan Program Jom Daftar MyKad 12 Tahun dan Promosi Jom Jadi Ahli Perpustakaan.
Program ini melayakkan kanak-kanak yang memohon MyKad 12 Tahun di JPN Daerah Jerantut akan diberi keahlian perpustakaan secara percuma oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Daerah Jerantut.
JPN Daerah Jerantut ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Daerah Jerantut di atas kesudian berkolaborasi dalam program ini.