Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi LAMAN BAGI INFO BERHUBUNG PERBURUHAN DI MALAYSIA

14/06/2026
NAZIRAN AKTIVITI PERBURUHAN BAGI DUA PEJABAT TENAGA KERJA (PTK) DI NEGERI PAHANG“Memperkukuh Tadbir Urus, Memantapkan Pe...
13/06/2026

NAZIRAN AKTIVITI PERBURUHAN BAGI DUA PEJABAT TENAGA KERJA (PTK) DI NEGERI PAHANG

“Memperkukuh Tadbir Urus, Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan”

PUTRAJAYA | 13 Jun 2026– Pada 9-12 Jun 2026 yang lalu, pasukan naziran Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah melaksanakan Sesi Naziran Aktiviti Perburuhan di dua PTK di Negeri Pahang iaitu PTK Raub dan PTK Bentong. Sesi naziran tersebut berlangsung selama empat hari dan berakhir pada 12 Jun 2026.

Negeri Pahang merupakan lokasi keempat pelaksanaan naziran selepas Negeri Selangor, Perlis dan Perak. Sepanjang sesi tersebut, sebanyak 603 fail telah disemak di kedua-dua PTK tersebut. Seramai 12 orang pegawai dari Ibu Pejabat JTKSM telah terlibat dalam pelaksanaan naziran ini yang diketuai oleh Cik Munira Balkis binti Mohd Bakri, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS) JTKSM.

Dapatan hasil naziran telah dibentangkan kepada setiap Ketua Pejabat Cawangan dan pegawai berkaitan pada akhir sesi pelaksanaan. Selain itu, beberapa teguran serta syor penambahbaikan turut disampaikan dalam sesi penutup naziran di pejabat yang terlibat.

Program naziran yang dilaksanakan menjadi antara mekanisme penting JTKSM dalam memperkukuh tadbir urus Jabatan serta memastikan standard penyampaian perkhidmatan perburuhan sentiasa berada pada tahap terbaik. Melalui penilaian dan semakan yang dijalankan secara berkala, Jabatan berupaya mengukur keberkesanan pelaksanaan operasi serta mengenal pasti peluang penambahbaikan secara berterusan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Jabatan untuk menyampaikan perkhidmatan awam yang berkualiti, berintegriti dan memberikan manfaat optimum kepada rakyat serta pihak berkepentingan.





⚖️ KES PENDAKWAAN: JABATAN TENAGA KERJA (JTK) NEGERI JOHOR⚖️Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Johor Bahru telah berjaya mengend...
11/06/2026

⚖️ KES PENDAKWAAN: JABATAN TENAGA KERJA (JTK) NEGERI JOHOR⚖️

Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Johor Bahru telah berjaya mengendalikan kes pendakwaan melibatkan sebuah syarikat dalam sektor perkhidmatan pengangkutan awam di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor atas kegagalan mematuhi peruntukan di bawah Akta Kerja 1955.

Orang Kena Saman (OKS) telah mengaku bersalah atas enam pertuduhan keseluruhan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,500.00 bagi setiap pertuduhan, menjadikan *JUMLAH KESELURUHAN DENDA sebanyak RM21,000.00.*

*Ringkasan Kesalahan:*

✍️ Pertuduhan 1 & 2: Seksyen 60A(4)(a), Akta Kerja 1955

✍️ Pertuduhan 3 & 4: Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kerja 1955, Akta Kerja 1955

✍️ Pertuduhan 5 & 6: Seksyen 24(1), Akta Kerja 1955

Bayaran denda telah dijelaskan sepenuhnya oleh OKS pada hari yang sama.

JTKSM terus komited dalam memastikan hak-hak pekerja sentiasa dilindungi dan undang-undang perburuhan negara dipatuhi sepenuhnya oleh pihak majikan.





🤝 KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEKILANG-PEKILANG MALAYSIA (FMM) KE JTK WP KUALA LUMPUR 🤝Kuala Lumpur, 10 Jun 2026 – Satu s...
11/06/2026

🤝 KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEKILANG-PEKILANG MALAYSIA (FMM) KE JTK WP KUALA LUMPUR 🤝

Kuala Lumpur, 10 Jun 2026 – Satu sesi kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Kuala Lumpur Regional Committee telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat, Tingkat 17, Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Delegasi FMM yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Yong Yoon Li bersama tujuh orang wakil jawatankuasa tertinggi FMM telah disambut baik oleh Tuan Haji Mohd Hajazy bin Jusoh, Pengarah, JTK WP Kuala Lumpur dan pegawai.

Pertemuan dua hala ini memfokuskan kepada beberapa agenda penting demi memperkasakan keharmonian industri dan pematuhan undang-undang perburuhan, antaranya:

🏠 Isu Penginapan Pekerja (Akta 446): Penjelasan mengenai proses kelulusan, cabaran pembaharuan permit perumahan, serta kriteria yang dipertimbangkan oleh pihak berkuasa.

📋 Panduan Pematuhan: Amalan terbaik dalam pengurusan pekerja asing serta pematuhan undang-undang berkanun.

🚨 Isu Pekerja Melarikan Diri (AWOL): Perbincangan mengenai tanggungjawab majikan, prosedur pelaporan, dan langkah-langkah mitigasi.

🤝 Kolaborasi Strategik: Ruang kerjasama masa hadapan melalui sesi dialog, taklimat, dan program kesedaran undang-undang buruh untuk sektor perindustrian.

Komitmen berterusan seperti ini amat penting bagi memastikan sektor perkilangan negara terus berkembang pesat di samping menjaga kebajikan pekerja berlandaskan undang-undang yang ditetapkan.





KURSUS PEMANTAPAN TEKNIK SIASATAN & PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN BERKUALITI SERTA PRA PERBICARAAN DAN TEKNIK PENDAKWAAN DI...
10/06/2026

KURSUS PEMANTAPAN TEKNIK SIASATAN & PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN BERKUALITI SERTA PRA PERBICARAAN DAN TEKNIK PENDAKWAAN DI MAHKAMAH

Kuala Terengganu | 10 Jun 2026 - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Terengganu telah menganjurkan Kursus Pemantapan Teknik Siasatan & Penyediaan Kertas Siasatan Berkualiti Serta Pra Perbicaraan Dan Teknik Pendakwaan Di Mahkamah pada 8 hingga 9 Jun 2026 bertempat di Bilik Seminar, Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Kuala Terengganu, Terengganu.

Kursus ini melibatkan semua pegawai Skim Perhubungan Perusahaan di JTK Negeri Terengganu seramai 24 orang dari semua pejabat cawangan.

Tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pegawai mengenai prosedur penyediaan Kertas Siasatan yang berkualiti mengikut undang-undang perburuhan yang berkaitan dan meningkatkan kemahiran peserta dalam mengumpul, merekod dan menganalisis bukti.

Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pegawai untuk memastikan Kertas Siasatan yang disediakan adalah komprehensif dan boleh diterima di Mahkamah.

Para peserta turut diberi pendedahan mengenai penyediaan fakta kes dan pertuduhan yang memenuhi keperluan undang-undang perburuhan yang berkaitan seperti Akta 265, Akta 446 dan Akta 732.

JTK Negeri Terengganu telah menjemput Tuan Dzul Iswari bin Mohd Jaafar iaitu Pegawai Undang-undang dari Ibu pejabat, JTKSM. Sepanjang tempoh kursus selama dua hari, tuan penceramah telah menerangkan secara terperinci berkenaan Pengenalan Undang-undang dan Asas Pendakwaan selain daripada membincangkan Isu-isu Perundangan di Mahkamah-mahkamah berkaitan.

Seterusnya satu sesi “Mock Trial” bagi kes pendakwaan telah diadakan secara fizikal yang melibatkan peserta-peserta kursus sebagai “pelakon” bagi kes tersebut.

Kesimpulannya, penganjuran kursus di atas dilihat telah berjaya memberi lebih kefahaman kepada semua peserta berkaitan isu-isu perundangan di Mahkamah terutamanya berkaitan dengan kes pendakwaan.





10/06/2026
NOTIS PEMBERITAHUANAssalamualaikum & Salam SejahteraDimaklumkan bahawa  alamat dan talian telefon Jabatan Tenaga Kerja N...
10/06/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Dimaklumkan bahawa alamat dan talian telefon Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan telah dikemaskini ke alamat dan talian berikut :

Alamat : TINGKAT 11, WISMA PERSEKUTUAN, JALAN DATO' ABDUL KADIR, 70000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

No tel : 06- 7638996

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima Kasih.





OPS PENGUATKUASAAN BERSEPADU ZON SELATAN: JTSKM GEMPUR LADANG KELAPA SAWIT Mersing, 9 Jun 2026 – Memastikan kebajikan pe...
10/06/2026

OPS PENGUATKUASAAN BERSEPADU ZON SELATAN: JTSKM GEMPUR LADANG KELAPA SAWIT

Mersing, 9 Jun 2026 – Memastikan kebajikan pekerja terbela dan undang-undang negara dipatuhi tanpa kompromi! Satu operasi bersepadu berskala besar telah dilaksanakan di sektor perladangan (tanaman kelapa sawit) melibatkan majikan Ladang di Mersing, Johor.

Operasi ini menggabungkan kekuatan seramai 59 orang pegawai penguat kuasa daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Mersing, PERKESO, dan PDRM.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa pelanggaran serius oleh pihak majikan:

🔴 JTKSM - JTK Negeri Johor
• Kegagalan memberi notis/maklumat [Seksyen 63A, Akta Kerja 1955 (Akta 265)]
• Isu pengiraan upah & kerja lebih masa (Seksyen 60i & Seksyen 60A(3a) Akta 265
• Pembayaran gaji tunai dan potongan zakat tanpa kebenaran (Seksyen 25A & Seksyen 24, Akta 265
• Menempatkan pekerja ladang di bangunan yang tidak mematuhi kehendak (Seksyen 5, Akta 446)

Tindakan: Kertas siasatan telah dibuka dan saman hadir telah dikeluarkan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

🔴 PERKESO, Negeri Johor
• Isu caruman lewat bayar dan gagal mengemas kini pendaftaran pekerja semasa
• Gagal melaporkan kemalangan melibatkan 2 orang pekerja pada tahun 2023

Tindakan: Arahan Pematuhan telah diberikan dan kompaun akan dikeluarkan bagi kesalahan gagal melapor kemalangan.

🔴 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Mersing, Johor
• Penemuan pembiakan jentik-jentik di dalam tandas yang rosak
• Tindakan: Tiga (3) Notis di bawah Seksyen 6(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 telah dikeluarkan

Ketegasan dalam penguatkuasaan adalah kunci utama bagi memastikan hak pekerja dilindungi dan persekitaran tempat kerja sentiasa selamat serta kondusif.

Operasi seumpama ini akan terus dipergiat dari semasa ke semasa.





09/06/2026
KEBAJIKAN PEKERJA KEUTAMAAN KAMI: JTKSM MENANG KES DI MAHKAMAH MAJISTRET SERI MANJUNG, PERAKJabatan Tenaga Kerja Semenan...
09/06/2026

KEBAJIKAN PEKERJA KEUTAMAAN KAMI: JTKSM MENANG KES DI MAHKAMAH MAJISTRET SERI MANJUNG, PERAK

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah berjaya dalam kes pendakwaan terhadap sebuah syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan di Mahkamah Majistret Seri Manjung, Perak.

Syarikat tersebut didapati bersalah atas kegagalan mematuhi Perintah Borang C di bawah Subseksyen 69(4) Akta Kerja 1955 [Akta 265] berhubung pembayaran tuntutan pekerja.

Hukuman Yang Dikenakan:
✅ Denda keseluruhan RM25,000.
✅ Arahan membayar tunggakan perintah bernilai RM207,710.40.

Tindakan tegas ini menunjukkan komitmen JTKSM dalam memastikan majikan mematuhi undang-undang dan hak pekerja sentiasa dilindungi.

Sebarang aduan, sila salurkan ke saluran rasmi kami.





Address

Aras 5, Blok Setia Perkasa 3, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62530

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60388865192

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi:

Share