Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Malaysia Facebook Rasmi Jabatan Pertanian Malaysia
Official Page of Department of Agriculture Malaysia

Untuk berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan, aktiviti dan informasi Jabatan Pertanian Malaysia

15/09/2026

Jerebu…

AMARAN: POSTER PALSU GERAN PERALATAN USAHAWAN BUKAN BAHAN RASMI UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN JABATAN PERDANA MENTERI (I...
14/09/2026

AMARAN: POSTER PALSU GERAN PERALATAN USAHAWAN BUKAN BAHAN RASMI UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM)
Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) memaklumkan bahawa poster berkaitan Geran Peralatan Usahawan yang tular melalui aplikasi WhatsApp bukan bahan komunikasi rasmi ICU JPM dan mengandungi maklumat permohonan yang tidak tepat.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan semula poster tersebut. Sebarang maklumat berkaitan bantuan, geran atau inisiatif kerajaan hendaklah disemak melalui Pejabat ICU JPM Negeri atau akaun media sosial rasmi ICU JPM.
Penyebaran kandungan palsu atau mengelirukan boleh menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Semak kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya.
TAK PASTI, JANGAN KONGSI!



Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM
Jabatan Perdana Menteri

PEMANTUN KPKM CIPTA KECEMERLANGAN, PEGAWAI JABATAN PERTANIAN DINOBAT PEMANTUN TERBAIKKUALA LUMPUR – Kementerian Pertania...
14/09/2026

PEMANTUN KPKM CIPTA KECEMERLANGAN, PEGAWAI JABATAN PERTANIAN DINOBAT PEMANTUN TERBAIK
KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mencipta pencapaian membanggakan apabila wakilnya berjaya meraih sagu hati dalam Pertandingan Sayembara Pantun MADANI Antara Kementerian Peringkat Kebangsaan bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2026.
Pertandingan yang berlangsung pada 9 dan 10 September di Dewan Bahasa dan Pustaka itu menyaksikan pasukan KPKM membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.
Lebih membanggakan, Ahmad Nazri bin Abdullah Zawawi dari Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian diumumkan sebagai Pemantun Terbaik bagi Saringan Ketiga, sekali gus menyerlahkan bakat warga Jabatan Pertanian dalam seni bahasa dan budaya.
Pasukan KPKM turut diwakili Noor Shuhaida binti Zulkefli dan Siti Hazwani binti Ahmad dari Kompleks Pertanian Chembong, Jabatan Pertanian serta Norzalina binti Abd Rahman dari Bahagian Pentadbiran dan Hal Ehwal Korporat, NEKMAT.
Johan pertandingan disandang Kumpulan Jauhar mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi, manakala Kumpulan Sri Gangga Ridzuan yang dianggotai guru sekolah menengah dari Perak muncul Naib Johan.
Kejayaan ini membuktikan seni pantun kekal relevan sebagai wadah memperkasa bahasa Melayu, selain mencerminkan bakat, kreativiti dan semangat warga KPKM dalam memartabatkan warisan bahasa dan budaya bangsa.
“Indah berseri bunga melati,
Harum mewangi di atas para;
Tahniah diucap setulus hati,
KPKM unggul mengangkat bahasa.”
Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan pemantun KPKM



YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Chan Foong Hin 陈泓缣
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Perpustakaan KPKM - Putrajaya

14/09/2026

KPKM TEGAS PERANGI KETIRISAN, PERKUKUH INTEGRITI BERSAMA SPRM

14/09/2026

PERMOHONAN INSENTIF PROJEK PERTANIAN 2027 NEGERI JOHOR KINI DIBUKA

14/09/2026

PERMOHONAN INSENTIF PROJEK PERTANIAN 2027 NEGERI PAHANG KINI DIBUKA

Peluang menderma bagi yang berkemampuan..
14/09/2026

Peluang menderma bagi yang berkemampuan..

13/09/2026
13/09/2026

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kulim, Bandar Baharu, Baling dan S*k) • Perak (Hulu Perak, Selama dan Muallim) • Kelantan (Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) • Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut) • Pahang (Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut) • Selangor (Hulu Selangor dan Gombak) • W.P. Kuala Lumpur • Sarawak: Sibu, Sarikei, Betong, Mukah, Kapit (Song) sehingga 9:00 Malam; Ahad, 13 September 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada 5:12 petang, 13 September 2026




13/09/2026

Jom hayati sejarah dan evolusi jata negara Malaysia



Address

Presint 4
Putrajaya
62624

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60388703042

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pertanian Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pertanian Malaysia:

Shortcuts

Share