14/08/2026
Program Malam Harmoni Komuniti Ketua Pengarah Bersama KRT dan Warga JPNIN yang menghimpunkan warga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Cameron Highlands bersama warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Program ini diadakan bersempena Lawatan Kerja Ketua Pengarah JPNIN ke Cameron Highlands, di samping penglibatan dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Mesyuarat Direktorat JPNIN.
Pertemuan ini menjadi wadah memperkukuh hubungan, menyantuni komuniti serta menghargai komitmen dan sumbangan warga KRT dan JPNIN dalam terus menyemarakkan semangat perpaduan di peringkat akar umbi.
Kebersamaan seperti ini mencerminkan bahawa perpaduan bukan sekadar agenda, tetapi tanggungjawab bersama yang perlu terus dipupuk melalui hubungan yang erat, saling menghormati dan semangat kekitaan.
Bersama Mengukuh Perpaduan, Membina Negara Bangsa.