Erwin Khairul Ahmad

Erwin Khairul Ahmad Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan Malaysia

Sebentar tadi saya melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Dato' Dr. Roslan ...
20/08/2026

Sebentar tadi saya melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Dato' Dr. Roslan Hussin. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik), Puan Rubaayah Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Puan Wan Saidatul Shafina Mohd Amin dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Tuan Haji Muhammad Najmi Mustapha.

Antara yang dibincangkan ialah hala tuju kerjasama dalam program yang melibatkan Komuniti MADANI termasuk Akademi Asas Penerangan (ASAS).

Pertemuan singkat tetapi bermakna ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan strategik di antara JAPEN dan AKM dalam usaha memasarkan maklumat dan agenda nasional kepada rakyat.




20/08/2026

Kerajaan memutuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dimansuhkan sepenuhnya dan digantikan dengan kerangka perundangan baharu yang lebih progresif.




19/08/2026

Berita Baik !

Usahawan Mikro Terus Diperkasa

RM5 bilion disediakan bagi membantu lebih 400,000 usahawan mikro dan peniaga kecil melalui pembiayaan sehingga RM100,000, dengan kadar serendah 3% setahun bagi skim tertentu.

Usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh perniagaan rakyat dan merancakkan ekonomi negara.





19/08/2026
19/08/2026

Inisiatif MyLesen B2 membantu golongan yang layak mendapatkan lesen motosikal Kelas B2 dengan lebih mudah dan berpatutan.

Semoga usaha ini terus memberi manfaat serta membuka lebih banyak peluang kepada rakyat. 🇲🇾





18/08/2026

Lagu tema sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 berjudul Aku Berjanji, ciptaan dan nyanyian Faizal Tahir 🇲🇾


17/08/2026

Berita Baik !

Malaysia terus melangkah ke arah masa depan tenaga bersih!

Dengan hampir 32% kapasiti tenaga boleh baharu (TBB), Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran 35% menjelang 2030 menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).




Meskipun Krisis Bekalan Global masih belum selesai, namun ekonomi Malaysia bukan sahaja stabil malah terus berkembang ba...
17/08/2026

Meskipun Krisis Bekalan Global masih belum selesai, namun ekonomi Malaysia bukan sahaja stabil malah terus berkembang baik. Bagi setengah tahun pertama 2026, KDNK meningkat sebanyak 5.8%. Pencapaian ini adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Walau bagaimanapun, pencapaian ini tidak bermakna sekiranya rakyat tidak merasai dampak positifnya. Maka sudah menjadi tanggungjawab jentera komunikasi Kerajaan menterjemahkan angka yang besar ini kepada ekonomi poket rakyat.

Ini antara intipati ucapan Yang Berhormat Menteri Komunikasi, Dato' Seri Fahmi Fadzil dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi bulan Ogos 2026 anjuran MyCreative Ventures di Menara Komunikasi, Putrajaya sebentar tadi.

JAPEN sentiasa mendukung sebarang usaha memasarkan maklumat sebegini. Pendekatan secara bersemuka dan media baharu menjadi andalan JAPEN. Usaha akan dipergiatkan lagi bagi memastikan rakyat faham dan merasai kesan positif kecemerlangan ekonomi negara.

Tahniah juga saya ucapkan kepada JAPEN Pulau Pinang, JAPEN Kelantan, JAPEN Perlis dan JAPEN Pahang kerana telah menerima Sijil Penghargaan Prestasi Pembayaran Bil 3 Hari. Teruskan prestasi yang membanggakan ini.




Address

PEJABAT KETUA PENGARAH Aras 18 , Menara Komunikasi, Lot 4G9, Persiaran Perdana Presint 4
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Erwin Khairul Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share