Jabatan Insolvensi Malaysia

Jabatan Insolvensi Malaysia Malaysia Department of Insolvency (MdI) is the government agency that administers bankruptcy cases

13 Jun 2026- YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi telah menghadiri Majlis Perasmian Pejabat Satelit Ja...
14/06/2026

13 Jun 2026- YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi telah menghadiri Majlis Perasmian Pejabat Satelit Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Pengerang yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Kehadiran beliau mencerminkan sokongan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) terhadap usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan perundangan kepada rakyat serta kerjasama erat antara agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam memastikan akses kepada keadilan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Penubuhan Pejabat Satelit JBG Pengerang merupakan satu inisiatif kerajaan bagi membawa perkhidmatan bantuan guaman lebih dekat kepada penduduk setempat, khususnya di kawasan Pengerang dan sekitarnya. Melalui kemudahan ini, masyarakat tidak lagi perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan guaman, sekali gus menjimatkan masa serta kos.

Dalam ucapan perasmian, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said menekankan bahawa perkhidmatan keadilan perlu hadir mendekati rakyat, terutama golongan yang berdepan kekangan jarak, kos dan masa untuk mendapatkan bantuan perundangan.

14/06/2026

Oleh Izz Laily Hussein

Masih belum ada perancangan hujung minggu ini? Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menghadiri MdI Open...
12/06/2026

Masih belum ada perancangan hujung minggu ini? Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menghadiri MdI Open Day 2026 anjuran Jabatan Insolvensi Negeri Johor yang akan berlangsung di Dewan Kejora, Bandar Penawar.

Antara tarikan yang menanti anda:

🎀 Bual Bicara Santai bersama pempengaruh terkenal, Mdnor
🎀 Persembahan istimewa daripada penyanyi popular, Ronnie Hussein

Program ini turut diserikan dengan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI (SK Felda Air Tawar 4) yang akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.

πŸ“ Dewan Kejora Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
πŸ“… 13 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 4.30 petang

Jemput hadir dan meriahkan MdI Open Day bersama kami. Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pelbagai aktiviti serta mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

Jumpa anda di sana!

MESEJ INTEGRITI BIL. 9 - MASA KERJA ADALAH AMANAHMasa kerja adalah amanah, bukan sekadar kehadiran. Integriti terserlah ...
12/06/2026

MESEJ INTEGRITI BIL. 9 - MASA KERJA ADALAH AMANAH

Masa kerja adalah amanah, bukan sekadar kehadiran. Integriti terserlah apabila setiap minit waktu bekerja digunakan dengan penuh tanggungjawab, walaupun tanpa pemantauan.

Setiap minit yang diamanahkan memberi nilai kepada organisasi dan mencerminkan profesionalisme diri.



Putrajaya, 10 Jun 2026 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menerima kunjungan delegasi daripada Bahagian Perumahan, Keme...
11/06/2026

Putrajaya, 10 Jun 2026 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menerima kunjungan delegasi daripada Bahagian Perumahan, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) bagi sesi libat urus mengenai perkongsian maklumat serta integrasi sistem antara kedua-dua agensi.

Delegasi MPHLG diketuai oleh TPr. GS. Augustine Ling Han Hie, diiringi pegawai-pegawai kanan kementerian, wakil teknikal, serta wakil daripada Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak.

Perbincangan tertumpu kepada mekanisme integrasi sistem sedia ada milik MdI, selain meneliti akses data masa nyata bagi individu atau syarikat yang diisytiharkan muflis. Kedua-dua pihak turut mengulas aspek teknikal serta keperluan khusus bagi menjayakan cadangan integrasi tersebut.

Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, hadir menyambut kedatangan delegasi MPHLG dan berkongsi pandangan mengenai hala tuju kerjasama yang dicadangkan.
Sesi libat urus ini diharap dapat memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi, sekali gus meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Putrajaya, 10 Jun 2026 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menerima kunjungan kerja daripada pihak Jabatan Kastam ...
11/06/2026

Putrajaya, 10 Jun 2026 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menerima kunjungan kerja daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang diketuai oleh YBrs. Puan Almirulita binti Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), di Ibu Pejabat MdI, Putrajaya.

Sesi libat urus tersebut memberi fokus kepada penyelarasan isu perundangan serta operasi yang melibatkan kepentingan kedua-dua agensi. Antara perkara yang dibincangkan merangkumi tatacara pelepasan pelikuidasi syarikat, implikasi tuntutan pemiutang, serta prosedur berkaitan sekatan perjalanan dan kebenaran keluar negara bagi individu bankrap.

YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi, turut hadir bagi menyantuni delegasi JKDM serta bertukar pandangan dalam mencari solusi terbaik terhadap isu-isu yang dibangkitkan.

Pertemuan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh persefahaman serta menyelaraskan bidang kuasa antara MdI dan JKDM. MdI merakamkan penghargaan kepada pihak JKDM atas kesudian hadir, dan komited untuk terus mempererat hubungan kerjasama strategik demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.



10/06/2026

.
𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 πˆππ’πŽπ‹π•π„ππ’πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔 – 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πŠπ€π’πˆπ‡ πˆππ’πŽπ‹π•π„ππ’πˆ πƒπˆ 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 π€πˆπ‘ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑 πŸ’, πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆ, π‰πŽπ‡πŽπ‘

Program Jelajah Pengerang anjuran Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Johor terus memperkukuh inisiatif Bantuan Kasih Insolvensi menerusi pelaksanaan program di Felda Air Tawar 4. Program ini menjadi platform bagi jabatan untuk lebih dekat dengan komuniti luar bandar, khususnya golongan yang memerlukan seperti warga emas, ibu tunggal, pesakit kronik serta orang kurang upaya (OKU).

Melalui program ini, sumbangan kotak makanan telah disampaikan kepada penerima yang dikenal pasti sebagai usaha membantu meringankan beban perbelanjaan harian mereka. Inisiatif ini juga mencerminkan keprihatinan berterusan pihak jabatan dalam memastikan kebajikan masyarakat setempat terus diberi perhatian dan sokongan sewajarnya.
Pengarah Insolvensi Negeri Johor, Puan Sharifah Maleeha binti Syed Hussin telah hadir untuk menyampaikan kotak makanan tersebut.

Turut hadir bersama menjayakan program ini ialah Encik Alias bin Mohamad, Pengurus Felda Air Tawar 4; Pn Filzah Hawa binti Fadzilah Husani, Pembantu Pembangunan Masyarakat Felda Air Tawar 4; Encik Sharifuddin bin Sabran, Ketua Peneroka Felda Air Tawar 4; Mejar Md Razali bin Md Lani, Ketua Kampung Felda Air Tawar 4; Pn Norriha binti Jusoh, Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Air Tawar 4 dan Encik Rosli bin Esa, Pengerusi Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF)

Diharapkan sumbangan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan beban para penerima, sekali gus memberi suntikan semangat dan motivasi kepada mereka untuk terus kuat serta tabah menempuh dugaan kehidupan.

MESEJ INTEGRITI BIL. 8 - PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGASDimaklumkan bahawa ketidakhadiran bertugas tanpa cuti, tanpa kebena...
10/06/2026

MESEJ INTEGRITI BIL. 8 - PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

Dimaklumkan bahawa ketidakhadiran bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, Ketua Jabatan bertanggungjawab memantau kehadiran pegawai di bawah seliaan masing-masing serta melaporkan sebarang ketidakhadiran kepada Unit Integriti untuk tindakan selanjutnya.



.Putrajaya, 6 Jun 2026 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU...
06/06/2026

.
Putrajaya, 6 Jun 2026 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) bagi memperluas akses Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada individu yang sedang melalui proses kebankrapan serta mereka yang telah mendapat pelepasan.

Sesi pertukaran MoU tersebut melibatkan YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi dan Tan Sri Dato’ Soh Thian Lai, Pengerusi GITC, bersempena Majlis Pelancaran GITC TVET Placement Centre (GTPC) yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET).

Melalui kerjasama ini, MdI akan mengenal pasti individu yang layak di bawah Dasar Peluang Kedua untuk mengikuti program TVET yang bersesuaian, manakala GITC akan menyediakan latihan kemahiran, penilaian kompetensi serta akses kepada peluang pekerjaan dan keusahawanan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen MdI dalam membantu individu membina semula kehidupan melalui peningkatan kemahiran dan kebolehpasaran, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk melahirkan masyarakat yang berdaya tahan dan berkemahiran tinggi.

.SIARAN MEDIA𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆππ’πŽπ‹π•π„ππ’πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (𝐌𝐝𝐈) 𝐃𝐀𝐍 π†πŽπ•π„π‘ππŒπ„ππ“-πˆππƒπ”π’π“π‘π˜ 𝐓𝐕𝐄𝐓 π‚πŽπŽπ‘πƒπˆππ€π“πˆπŽπ ππŽπƒπ˜ (π†πˆπ“π‚) πŒπ„π“π„π‘π€πˆ πŒπ„πŒπŽπ‘π€ππƒπ”πŒ ...
06/06/2026

.
SIARAN MEDIA

𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆππ’πŽπ‹π•π„ππ’πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (𝐌𝐝𝐈) 𝐃𝐀𝐍 π†πŽπ•π„π‘ππŒπ„ππ“-πˆππƒπ”π’π“π‘π˜ 𝐓𝐕𝐄𝐓 π‚πŽπŽπ‘πƒπˆππ€π“πˆπŽπ ππŽπƒπ˜ (π†πˆπ“π‚) πŒπ„π“π„π‘π€πˆ πŒπ„πŒπŽπ‘π€ππƒπ”πŒ ππ„π‘π’π„π…π€π‡π€πŒπ€π ππ€π†πˆ πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ 𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 πŠπ„πƒπ”π€

6 JUN 2026





Address

Jabatan Insolvensi Malaysia, Aras 2 & 3 Bangunan Hal Ehwal Undang/Undang, Presint 3
Putrajaya
62692

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+60388851948

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Insolvensi Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share