Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS

Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS UKAS, JPM berperanan sebagai agensi pusat program kerjasama awam swasta (Public Private Partnership) di Malaysia
https://linktr.ee/ukasofficial

Kerjasama awam swasta yang telah dilaksanakan di Malaysia lebih daripada 30 tahun yang lalu telah melalui pelbagai evolusi dan transfromasi dalam menyumbang kepada pertumbuhan pesat pembangunan di Malaysia. Pelaksanaan projek-projek PPP melalui pelbagai bentuk model telah membuka ruang kepada Kerajaan untuk menjana semula ekonomi melalui β€˜kesan pengganda’ projek infrastruktur dengan perbelanjaan p

embinaan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta. Seiring dengan perkembangan ekonomi dunia, projek PPP akan terus memainkan peranan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bagi memastikan Malaysia terus utuh sebagai negara yang berdaya saing dalam semua sektor ekonomi, UKAS sentiasa komited dalam merancang, menilai, menyelaras dan merunding projek-projek PPP yang memberi manfaat kepada negara.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π”ππˆπ“ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π€π–π€πŒ 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŠπ„ π’π„πŠπ’π˜π„π 𝟐 - ππ‘πŽπ‰π„πŠ π‹π„ππ”π‡π‘π€π˜π€ 𝐄𝐀𝐒𝐓 πŠπ‹...
11/05/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π”ππˆπ“ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π€π–π€πŒ 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŠπ„ π’π„πŠπ’π˜π„π 𝟐 - ππ‘πŽπ‰π„πŠ π‹π„ππ”π‡π‘π€π˜π€ 𝐄𝐀𝐒𝐓 πŠπ‹π€ππ† π•π€π‹π‹π„π˜ π„π—ππ‘π„π’π’π–π€π˜ (π„πŠπ•π„)

Pada 11 Mei 2026, YBhg. Datuk Muhammad Razman bin Abu Samah, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM) telah mengadakan lawatan kerja ke Seksyen 2 - Projek Lebuhraya East Klang Valley Expressway (EKVE). Hadir sama YB Tuan Mohd Kamri bin Kamaruddin - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, YBrs. Ir. Mohd Hadzmir bin Yusoff - Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, En. Arzi Fareen bin Faisal - Pengarah Kanan Seksyen Infra 1 UKAS serta pegawai-pegawai UKAS, KKR, LLM dan syarikat konsesi EKVE Sdn. Bhd.

Lawatan kerja ini antara lain bagi meninjau kemajuan kerja semasa di Seksyen 2 EKVE yang melibatkan jajaran dari Ampang ke Ukay Perdana. Jajaran Seksyen 2 ini disasar dapat disiapkan pada penghujung tahun 2026 dan melalui penyiapan jajaran ini, EKVE dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik di kawasan timur Lembah Klang dengan menyediakan laluan alternatif yang lebih cepat dan lancar.

Lebuh raya EKVE ini dapat membantu memendekkan masa perjalanan antara kawasan seperti Kajang, Ampang dan Ukay Perdana serta menghubungkan ke beberapa lebuh raya utama, selain menyokong pembangunan ekonomi dan perumahan di kawasan sekitarnya.

πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π€π–π€πŒ-𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀 (𝐏𝐏𝐏) 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π†π”π€πŒ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π”ππˆπ“ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π€π–π€πŒ 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀...
11/05/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π€π–π€πŒ-𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀 (𝐏𝐏𝐏) 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π†π”π€πŒ 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π”ππˆπ“ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π€π–π€πŒ 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀 (π”πŠπ€π’) 𝐏𝐀𝐃𝐀 πŸ’ – πŸ” πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” πƒπˆ π’π‡π€ππ†π‘πˆ-𝐋𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐑𝐔 π‘π„π’πŽπ‘π“, πŠπŽπ“π€ πŠπˆππ€ππ€π‹π”, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dengan kerjasama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) melalui Unit Pusat Kecemerlangan (CoE), UKAS telah menganjurkan Kursus Kerjasama Awam-Swasta (Public Private Partnership – PPP) bertempat di Shangri-La Tanjung Aru Resort selama 3 hari mulai 4 hingga 6 Mei 2026.

Kursus ini telah disertai oleh kira-kira 30 orang Pegawai Undang-Undang dan Penasihat Undang-Undang Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah (lantikan Kerajaan Negeri) bagi memberi pendedahan berkaitan dasar, tadbir urus serta perancangan pelaksanaan projek melalui kaedah PPP. Selain itu, modul khusus berkaitan penyediaan Salient Terms dan kontrak PPP turut diketengahkan berdasarkan permintaan bagi meningkatkan kefahaman serta keupayaan pegawai dalam aspek penyediaan dan pelaksanaan kontrak kerjasama awam-swasta di Negeri Sabah.

Sesi hari pertama dimulakan dengan dua slot ceramah bertajuk PIKAS 2030: Pengenalan Dasar, Konsep dan Model PPP serta Tadbir Urus dan Proses Pelaksanaan Projek PPP – RFP, Land Swap & BOT yang disampaikan oleh Encik Shamsuddin bin Abdullah dari Unit Dasar, Seksyen Dasar dan Perancangan Strategik. Seterusnya, peserta mengikuti ceramah bertajuk Keperluan Projek PPP (Statement of Needs – SoN) yang disampaikan oleh Ir. Khadijah binti Basar, Pengarah Seksyen Teknikal.

Pada hari kedua, sesi pagi diteruskan dengan ceramah bertajuk Analisa Kewangan yang disampaikan oleh Puan Nurulhuda binti Md. Salleh, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Analisa Kewangan. Pada sebelah petang p**a, peserta mengikuti slot perundangan bertajuk Salient Terms yang disampaikan oleh Puan Helina binti Dato’ Sulaiman, Peguam Kanan Persekutuan, Seksyen Undang-Undang serta slot Penyediaan Kontrak PPP yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Nor’Azura binti Mohamed Zohdi, Pengarah Kanan Seksyen Undang-Undang.

Pada hari terakhir, sesi pagi diteruskan dengan ceramah bertajuk Kekangan dan Isu-isu Perundangan Berbangkit yang turut disampaikan oleh YBhg. Dato’ Nor’Azura binti Mohamed Zohdi. Ceramah tersebut memberi penekanan terhadap cabaran serta isu perundangan yang lazim timbul dalam pelaksanaan projek PPP termasuk aspek pematuhan, tadbir urus dan pengurusan kontrak bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan secara lebih teratur, telus dan berkesan.

Penganjuran kursus ini diharap dapat memperkukuhkan pengetahuan, kefahaman serta kompetensi Pegawai Undang-Undang dan Penasihat Undang-Undang Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dalam aspek pengurusan dan pelaksanaan projek PPP. Selain menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman, kursus ini juga diharap dapat membantu peserta memahami dan dapat melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan proses penyediaan kontrak, isu perundangan serta mekanisme pelaksanaan projek kerjasama awam-swasta selaras dengan keperluan pembangunan dan tadbir urus Kerajaan Negeri Sabah.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π”ππˆπ“ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π€π–π€πŒ 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŠπ„ πŠπ€πŒππ”ππ† ππ”πŠπˆπ“ ππ€π˜ π‘πŽπ”π“π„, πŠπ”π€ππ“π€π, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 π’π„πŒππ„ππ€ 𝐏𝐑...
11/05/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π”ππˆπ“ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π€π–π€πŒ 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŠπ„ πŠπ€πŒππ”ππ† ππ”πŠπˆπ“ ππ€π˜ π‘πŽπ”π“π„, πŠπ”π€ππ“π€π, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 π’π„πŒππ„ππ€ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ€πŒππ”ππ† π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ

Pada 7 Mei 2026 (Khamis), YBhg. Datuk Muhammad Razman bin Abu Samah, Ketua Pengarah UKAS, JPM bersama beberapa orang pegawai telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Bukit Bay Route, Kuantan, Pahang sempena pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI Tahun 2026. Lawatan ini bertujuan meninjau serta mendapatkan maklumat berkaitan status kemudahan dan infrastruktur utama yang diperlukan oleh penduduk kampung sebelum pihak UKAS, JPM merancang dan melaksanakan inisiatif pembangunan yang bersesuaian demi kesejahteraan komuniti setempat.

Ketibaan delegasi UKAS, JPM telah disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Encik Che Rahime bin Abdullah, bersama wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan serta penduduk Kampung Bukit Bay Route.

Sepanjang lawatan tersebut, pihak UKAS, JPM turut mengadakan sesi perbincangan dan lawatan tapak bagi mengenal pasti keperluan asas penduduk serta isu-isu yang memerlukan perhatian dan tindakan lanjut. Program Kampung Angkat MADANI ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti setempat di samping membantu meningkatkan taraf kemudahan serta kualiti hidup penduduk luar bandar secara menyeluruh.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π”πŠπ€π’, π‰ππŒ πŠπ„ ππ€πŠπ„π‰ πŸπ€: ππ‘πŽπ‰π„πŠ 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 π‹π„ππ”π‡π‘π€π˜π€ πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘ – πŠπ€π‘π€πŠ (πŠπ‹πŠ)Pada 8 Mei 2026...
08/05/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π”πŠπ€π’, π‰ππŒ πŠπ„ ππ€πŠπ„π‰ πŸπ€: ππ‘πŽπ‰π„πŠ 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 π‹π„ππ”π‡π‘π€π˜π€ πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘ – πŠπ€π‘π€πŠ (πŠπ‹πŠ)

Pada 8 Mei 2026, YBhg. Datuk Muhammad Razman bin Abu Samah, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM) telah mengadakan lawatan kerja ke Pakej 2A: Projek Pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK). Hadir sama YBrs. Ir. Ts. Dr. Nadzrol Fadzilah binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia, En. Amaluddin Suib – Pengarah Seksyen Khidmat Pengurusan, En. Mohd Rezwan Abd Razak – Ketua Pen. Pengarah Kanan Seksyen Infra 1 UKAS serta pegawai-pegawai UKAS, LLM dan AFA Group.

Lawatan kerja ini antara lain bagi meninjau kemajuan kerja semasa di jajaran pelebaran lebuhraya yang akan melibatkan pembinaan jambatan dan terowong baharu bagi meningkatkan kapasiti serta keselesaan pengguna lebuhraya di masa hadapan.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π”πŠπ€π’, π‰ππŒ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 πŠπ”π€ππ“π€π 𝐃𝐀𝐍 π‹π„ππ”π‡π‘π€π˜π€ ππ€ππ“π€πˆ π“πˆπŒπ”π‘ 𝟐 (𝐋𝐏𝐓 𝟐) – ππ„π‘π’πˆπŒππ€ππ†π€π/𝐏𝐋𝐀𝐙𝐀 π“πŽ...
08/05/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π”πŠπ€π’, π‰ππŒ πŠπ„ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 πŠπ”π€ππ“π€π 𝐃𝐀𝐍 π‹π„ππ”π‡π‘π€π˜π€ ππ€ππ“π€πˆ π“πˆπŒπ”π‘ 𝟐 (𝐋𝐏𝐓 𝟐) – ππ„π‘π’πˆπŒππ€ππ†π€π/𝐏𝐋𝐀𝐙𝐀 π“πŽπ‹ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 πŠπ”π€ππ“π€π

Pada 7 Mei 2026, YBhg. Datuk Muhammad Razman bin Abu Samah, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM) telah mengadakan lawatan kerja ke Kuantan, Pahang. Pada sesi lawatan kerja ini, beliau telah mendapatkan taklimat pengoperasian Pelabuhan Kuantan daripada oleh Puan Hasnita binti Mohd Hanapian – Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) dan En. Chan Weng Yew Ketua - Pegawai Operasi Kuantan Port.

Pelabuhan Kuantan merupakan pelabuhan penting di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang berfungsi sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Pelabuhan ini telah menyediakan kemudahan logistik yang moden dan cekap bagi mempercepatkan urusan import-eksport dan telah berupaya merangsang pembangunan ekonomi negara khususnya di kawasan sekitarnya. Kedudukannya yang strategik yang berhampiran Laut China Selatan turut membantu meningkatkan hubungan perdagangan antarabangsa serta mengukuhkan daya saing Malaysia dalam sektor perdagangan global.

Lawatan Kerja ini turut disertai oleh En. Amaluddin Suib – Pengarah Seksyen Khidmat Pengurusan UKAS dan En. Mohd Rezwan Abd Razak – Ketua Pen. Pengarah Kanan Seksyen Infra 1.

Disamping itu, YBhg. Datuk Ketua Pengarah dan delegasi turut berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) - Persimpangan/Plaza Tol Pelabuhan Kuantan bagi meninjau kerja-kerja penyiapan plaza tol berkenaan. Taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Nik Airina Nik Jaffar – Pengarah Urusan PLUS dan YBhg. Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi – Ketua Pegawai Operasi PLUS. Persimpangan/Plaza Tol ini dijangka akan mampu meningkatkan kecekapan logistik dan jaringan akses keluar-masuk dari kawasan pelabuhan ke lebuhraya LPT2 apabila ianya dibuka kelak.

08/05/2026
08/05/2026
07/05/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π”ππŠπ” π€πŒππ”π€π 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π“π”π€ππŠπ” π€πˆπ’π‡π€π‡ π‘πŽπ‡π€ππˆ, π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ ππ€πŠπ€π‘ πŠπ€ππ€πŠ-πŠπ€ππ€πŠ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€...
07/05/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π”ππŠπ” π€πŒππ”π€π 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 π“π”π€ππŠπ” π€πˆπ’π‡π€π‡ π‘πŽπ‡π€ππˆ, π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ ππ€πŠπ€π‘ πŠπ€ππ€πŠ-πŠπ€ππ€πŠ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ 𝐓𝐀𝐁𝐓𝐀𝐑)

Pada 6 Mei 2026, YBhg. Dato’ Raja Muhammad Azhan Shah B. Raja Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM) telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (Hospital TABTAR).

Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Datin Noor Fazian binti Dolah, Pengarah Seksyen Sosial, Ir. Dr. Shiela binti Sharif, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Teknikal, Encik Nik Nor Hisam bin Nik Ab Majid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Analisa Kewangan bersama-sama para pegawai daripada Seksyen Undang-Undang, Seksyen Sosial, Seksyen Pemantauan Projek dan Seksyen Khidmat Pengurusan. Lawatan ini turut disertai oleh wakil Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Kewangan serta syarikat konsesi.

Hospital TABTAR yang berkapasiti 243 katil merupakan hospital peneraju dalam perawatan kesihatan kanak-kanak yang dilengkapi pelbagai fasiliti diagnostik dan teknologi rawatan terkini, sesuai dengan keperluan penjagaan kesihatan kanak-kanak di semua peringkat usia serta berperanan sebagai pusat rujukan tertiari pediatrik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Lawatan ini menjadi platform penting bagi memastikan pelaksanaan projek konsesi berjalan lancar, teratur dan selaras dengan obligasi yang telah ditetapkan, di samping memperkukuh pemantauan berterusan agar penyampaian perkhidmatan kepada rakyat kekal berkualiti dan mampan.

πŸ’ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”: ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π π˜π€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍YBrs. Tuan Noor Mohd Huzaila bin Abdul M...
05/05/2026

πŸ’ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”: ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π π˜π€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍

YBrs. Tuan Noor Mohd Huzaila bin Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), bersama pengurusan tertinggi serta warga UKAS, JPM telah menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga kementerian dan jabatan bagi bulan Mei 2026. Perjumpaan anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRESS) ini telah berlangsung di Dewan Damar Sari, Kompleks F dan turut diikuti secara hibrid oleh warga UKAS di Pusat Sumber UKAS, Aras 2, Kompleks Setia Perdana.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa kejayaan perkhidmatan awam adalah berpaksikan kepada pemantauan pelaksanaan dasar yang berterusan, cekap dan berkesan demi kesejahteraan rakyat. Penekanan ini adalah penting bagi memastikan setiap dasar kerajaan dapat diterjemahkan kepada hasil yang nyata, sekali gus menangkis persepsi terhadap kelemahan pemantauan dan pelaksanaan dasar.

Di samping itu, kerajaan kekal komited dalam membantu rakyat. Pada masa ini, kerajaan menanggung subsidi bahan api sekitar RM5 bilion sebulan, dan jumlah tersebut berpotensi meningkat melebihi RM6 bilion sekiranya harga minyak global terus melonjak. Keadaan ini menggambarkan komitmen besar kerajaan dalam memastikan harga bahan api kekal rendah demi kesejahteraan rakyat.

Mengulas cabaran semasa, beliau menjelaskan bahawa ketidaktentuan geopolitik global serta konflik antarabangsa memberi tekanan kepada rantaian bekalan, kos tenaga dan harga barangan. Justeru, pendekatan fiskal yang lebih berhemah, strategik dan bersasar amat diperlukan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara.

Sehubungan itu, Kerajaan komited untuk memperkukuh pelaksanaan penyasaran semula subsidi serta meningkatkan kecekapan penguatkuasaan bagi membendung ketirisan, sekali gus memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.



05/05/2026

Address

Kompleks Setia Perdana
Putrajaya

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 12:15
14:45 - 18:00

Telephone

+60388725004

Website

http://ukas.spab.gov.my/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS:

Share