Hospital Mesra Ibadah Institut Kanser Negara

Hospital Mesra Ibadah Institut Kanser Negara Institut Kanser Negara telah melaksanakan konsep Hospital Mesra Ibadah bermula 29 April 2019.

DIARI DOA | SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAWJadikan selawat sebahagian daripada rutin harian kita sama ada ketika memul...
01/09/2026

DIARI DOA | SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW

Jadikan selawat sebahagian daripada rutin harian kita sama ada ketika memulakan kerja, dalam perjalanan atau di sela-sela kesibukan.

Sepanjang bulan September ini, kami akan berkongsi siri “Diari Doa” yang menghimpunkan doa-doa ringkas untuk diamalkan d...
31/08/2026

Sepanjang bulan September ini, kami akan berkongsi siri “Diari Doa” yang menghimpunkan doa-doa ringkas untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Semoga setiap doa yang dikongsi menjadi teman dalam langkah, penguat saat diuji dan penghubung hati kepada Allah SWT.

SIRI 10 | SETIAP USAHA, ALLAH NILAISepanjang sembilan siri yang lalu, kita belajar tentang niat, senyuman, sabar, syukur...
30/08/2026

SIRI 10 | SETIAP USAHA, ALLAH NILAI

Sepanjang sembilan siri yang lalu, kita belajar tentang niat, senyuman, sabar, syukur, ujian, membantu, menjaga tutur kata, amanah dan kebaikan.

Hari ini kita sampai ke siri terakhir dengan satu pesan untuk terus melangkah dan jangan pernah rasa usaha kita sia-sia hanya kerana tiada siapa yang melihat atau menghargainya.

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مُؤْمِنًا حَسَنَةً، يُعْطَى بِهَا فِي الدُّنْيَا وَيُجْزَى بِهَا فِي الْآخِرَةِ

“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang Mukmin terhadap sesuatu kebaikan. Dia diberikan balasan kerananya di dunia dan diberi ganjaran kerananya di akhirat.”
(Riwayat Muslim)

Ada kerja yang kita lakukan tanpa pujian.
Ada usaha yang orang tak nampak.
Ada kebaikan yang mungkin tidak pernah disebut atau dihargai.

Tak mengapa kerana kita bekerja bukan semata-mata untuk dilihat manusia. Apa yang dilakukan dengan ikhlas, apa yang kita usahakan dengan bersungguh-sungguh dan setiap kebaikan yang kita tinggalkan, Allah mengetahuinya.

Maka teruskan berbuat baik, walaupun kecil.
Teruskan memberi yang terbaik, walaupun tidak dipuji.
Teruskan melangkah, walaupun hasilnya belum terlihat.

Daripada niat kita bermula.
Dengan usaha dan kebaikan, kita terus melangkah.

10 siri. 10 pesan. Satu harapan kami semoga bukan sekadar dibaca tetapi ada yang kekal menjadi amalan.

Terima kasih kerana mengikuti Komik 1 Hari 1 Hadith dari Siri 1 hingga Siri 10.

Tamat sebuah siri, tetapi jangan tamatkan kebaikan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69Semarakkan semangat kemerdekaan dengan kesatuan, kasih sayang dan nilai ihsan da...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69

Semarakkan semangat kemerdekaan dengan kesatuan, kasih sayang dan nilai ihsan dalam setiap langkah dan khidmat kita.

Semoga Malaysia terus aman, sejahtera dan diberkati.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

SIRI 09 | JANGAN PANDANG RENDAH KEBAIKANKadang-kadang kita fikir kebaikan mesti sesuatu yang besar untuk memberi makna s...
29/08/2026

SIRI 09 | JANGAN PANDANG RENDAH KEBAIKAN

Kadang-kadang kita fikir kebaikan mesti sesuatu yang besar untuk memberi makna sedangkan Islam mengajar kita jangan sesekali meremehkan walau sekecil-kecil kebaikan.

Daripada Abu Zar RA, Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

“Janganlah meremehkan sesuatu kebaikan, walaupun hanya bertemu saudaramu dengan wajah yang berseri-seri.”
(Riwayat Muslim, no. 2626)

Indahkan Islam? Walaupun hanya berwajah manis ketika bertemu seseorang pun dikira sebagai satu kebaikan.

Kita tak pernah tahu apa yang sedang dilalui oleh orang di hadapan kita. Mungkin dia sedang penat, ada masalah yang dipendam atau sedang melalui hari yang sukar.

Sebab itu jangan rasa kebaikan kita terlalu kecil.

Senyum bila bertemu, beri salam, ucap terima kasih, kongsi apa yang kita tahu dan mudahkan urusan jika kita mampu.

Mungkin bagi kita kecil tetapi besar maknanya buat orang lain.

Apa yang lebih penting, kecil pada pandangan manusia belum tentu kecil nilainya di sisi Allah.

SIRI 08 | AMANAH, KUNCI KEPERCAYAANPerkongsian komik 1 hari 1 hadith kali ini  menyentuh satu nilai yang bukan sekadar p...
28/08/2026

SIRI 08 | AMANAH, KUNCI KEPERCAYAAN

Perkongsian komik 1 hari 1 hadith kali ini menyentuh satu nilai yang bukan sekadar penting untuk seorang pemimpin tetapi untuk setiap daripada kita yang diberikan tanggungjawab dan AMANAH.

Daripada Ma‘qil bin Yasar RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

“Tidaklah seorang hamba yang Allah berikan kepadanya tanggungjawab untuk mengurus orang di bawah jagaannya, lalu dia meninggal dunia dalam keadaan menipu mereka, melainkan Allah mengharamkan syurga baginya.”
(Riwayat Muslim)

Hadis ini membawa peringatan yang cukup besar, amanah bukan perkara kecil di sisi Allah.

Dalam dunia pekerjaan, setiap orang ada amanahnya. Ada yang memimpin organisasi, mengurus pasukan, menjaga pesakit, mengendalikan kewangan, menyimpan maklumat, menyediakan laporan atau melaksanakan tugasan harian.

Jawatan kita mungkin berbeza, tanggungjawab mungkin tidak sama tetapi setiap amanah akan dipersoalkan.

Sebab itu jangan bekerja dengan prinsip “asal siap” atau hanya bersungguh-sungguh apabila ada yang melihat.

Buatlah dengan jujur, kaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan jagalah kepercayaan yang telah diberikan.

Amanah bukan tentang siapa yang sedang melihat kita bekerja tetapi kesedaran bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang kita lakukan.

27/08/2026

Bacaan Surah Al Takwir oleh Faris Muzammil Faizal

Siri perkongsian Komik 1 Hari 1 Hadith kami teruskan dan kali ini tentang sesuatu yang kita gunakan setiap hari tetapi k...
26/08/2026

Siri perkongsian Komik 1 Hari 1 Hadith kami teruskan dan kali ini tentang sesuatu yang kita gunakan setiap hari tetapi kadang-kadang paling sukar untuk dijaga iaitu lidah.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di tempat kerja, salah faham kadang-kadang bukan bermula daripada perkara besar. Satu ayat yang tersalah cakap, nada yang kurang menyenangkan, gurauan yang keterlaluan atau cerita yang disampaikan tanpa usul periksa sudah cukup untuk mengguris hati dan merosakkan hubungan.

Sebab itu menjaga lidah bukan sekadar tentang apa yang kita cakap tetapi juga bagaimana kita menyampaikannya.

Tidak semua perkara perlu diceritakan, tak semua perkara perlu diluahkan dan tak semua perkara perlu kita balas.

Ada waktunya, diam itu lebih baik daripada kata-kata yang akhirnya kita sesali.

Jaga lidah, jaga hati kerana kata-kata mungkin hanya beberapa saat di bibir tetapi kesannya boleh lama tinggal di hati.

TRIVIA MENARIK MENGENAI RASULULLAH SAWMaulidur Rasul adalah kesempatan untuk kita memperingati kelahiran junjungan besar...
25/08/2026

TRIVIA MENARIK MENGENAI RASULULLAH SAW

Maulidur Rasul adalah kesempatan untuk kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa rahmat kepada seluruh alam. Sambutan ini bukan sekadar acara tetapi ruang untuk kita merenung, meneladani akhlak mulia Baginda serta menghayati perjuangan yang ditinggalkan.

Berikut merupakan trivia menarik mengenai kehebatan keperibadian Baginda.

Marilah kita bersama-sama memperkukuh cinta kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat dan mengikuti sunnah Baginda.

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H/2026MPada bulan Rabiulawal yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama mempering...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H/2026M

Pada bulan Rabiulawal yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Berteraskan tema “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”, marilah kita menyuburkan nilai rahmah, ihsan dan kasih sayang dalam setiap khidmat yang diberikan khususnya dalam menyantuni mereka yang sedang diuji dengan kesakitan.

Selaras dengan aspirasi Hospital Mesra Ibadah, semoga setiap usaha merawat, membantu dan memudahkan urusan pesakit menjadi manifestasi akhlak Rasulullah SAW serta dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW.
Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus hidup dalam hati dan diterjemahkan melalui akhlak serta perbuatan.

Daripada Unit Hal Ehwal Islam, Institut Kanser Negara

Address

Unit Hal Ehwal Islam, Jabatan Pengurusan, Institut Kanser Negara, Presint 7
Putrajaya
62250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Mesra Ibadah Institut Kanser Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Mesra Ibadah Institut Kanser Negara:

Shortcuts

Share