Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi

Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri

16/09/2026
16/09/2026
Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) menjadi landasan untuk memperkukuh sistem penyampaian Kerajaan agar terus rele...
16/09/2026

Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) menjadi landasan untuk memperkukuh sistem penyampaian Kerajaan agar terus relevan dengan keperluan semasa. Dengan 42 inisiatif, 5 TKR dan 20 SKR, setiap usaha digerakkan secara menyeluruh bagi membawa perubahan yang dapat dirasai rakyat.

Matlamatnya jelas! Perkhidmatan awam yang lebih mudah, cekap, pantas, dekat dan berkesan. Reformasi bukan sekadar perubahan pada sistem, tetapi usaha berterusan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa berpaksikan keperluan dan harapan rakyat.

Reformasi Perkhidmatan Awam untuk anda!




Berbeza negeri, budaya dan warisan. Namun, kita berkongsi satu tanah air dan satu harapan.Hari Malaysia menjadi peringat...
16/09/2026

Berbeza negeri, budaya dan warisan. Namun, kita berkongsi satu tanah air dan satu harapan.

Hari Malaysia menjadi peringatan bahawa apabila kita saling menghormati, menghargai kepelbagaian dan bergerak bersama, kesejahteraan dapat dinikmati oleh semua. Terus membina kehidupan baik di tanah yang sama, Malaysia.

Selamat Hari Malaysia, negaraku 🇲🇾




📍 4 lokasi berbeza, pelbagai perkhidmatan untuk andaHujung minggu ini, Program MADANI Kita akan berlangsung di negeri Jo...
15/09/2026

📍 4 lokasi berbeza, pelbagai perkhidmatan untuk anda

Hujung minggu ini, Program MADANI Kita akan berlangsung di negeri Johor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak. Kalau salah satunya berdekatan dengan komuniti anda, jom singgah dan luangkan masa hujung minggu ini bersama kami.

Manfaatkan peluang ini untuk mendapatkan pelbagai servis dan kemudahan Kerajaan yang dibawakan lebih dekat kepada anda. Tak perlu tunggu jauh-jauh, singgah sahaja dan dapatkan perkhidmatan yang diperlukan.

'Memaknai Harapan Rakyat'




Program MADANI Kita (PMK) di FELDA Jelai melabuhkan tirai petang ini dengan penuh bermakna menerusi Majlis Perasmian yan...
13/09/2026

Program MADANI Kita (PMK) di FELDA Jelai melabuhkan tirai petang ini dengan penuh bermakna menerusi Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Aminuddin bin Harun, Ahli Parlimen Port Dickson.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah Pertandingan Busana Kemerdekaan, sumbangan kepada komuniti serta cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan kepada warga komuniti yang hadir memeriahkan program sepanjang hari.

Terima kasih orang Noghori! Seharian anda terus turun padang, singgah bertemu kami dan bersama-sama memanfaatkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Kali ini, Kerajaan hadir kepada rakyat dan memaknai harapan melalui tindakan yang dekat, cepat serta memberi manfaat kepada komuniti.

Turut hadir sama, YBrs. Tuan Ahmad Shaarani bin Azulan, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA dan Tuan Haji Mohamad bin Senin, Ketua Peneroka FELDA Jelai 2.

'Memaknai Harapan Rakyat'




Program MADANI Kita (PMK) bersama komuniti Simpang Pulai @ Gopeng melabuhkan tirai dengan kemeriahan yang cukup bermakna...
13/09/2026

Program MADANI Kita (PMK) bersama komuniti Simpang Pulai @ Gopeng melabuhkan tirai dengan kemeriahan yang cukup bermakna. Terima kasih orang Perak! Sambutan luar biasa daripada komuniti, walaupun cuaca panas tidak menghalang rakyat untuk turun padang mendapatkan pelbagai perkhidmatan Kerajaan.

PMK terus menjadi wadah untuk mendekatkan Kerajaan dengan rakyat, dengan harapan dan keperluan rakyat menjadi panduan kepada setiap tindakan. Pelbagai perkhidmatan Kerajaan dibawa terus kepada masyarakat, selaras dengan pendekatan Kerajaan masa kini.

'Memaknai Harapan Rakyat'

Kredit foto: Unit Komunikasi Korporat (UKK), JPM




Program MADANI Kita terus membawa Kerajaan lebih dekat kepada rakyat, khususnya komuniti di kawasan luar bandar. Pelbaga...
13/09/2026

Program MADANI Kita terus membawa Kerajaan lebih dekat kepada rakyat, khususnya komuniti di kawasan luar bandar. Pelbagai perkhidmatan Kerajaan dibawa terus ke lokasi, memudahkan orang ramai mendapatkan manfaat tanpa perlu pergi jauh.

Inilah usaha mendekati rakyat, menggalakkan penggunaan perkhidmatan yang disediakan serta memastikan manfaat dan kemudahan Kerajaan dapat dirasai bersama.

Sambutan orang Nogori? Gemas memang mantap! Den dah kabo, takkan rugi.

'Memaknai Harapan Rakyat'




Address

Aras 2, Setia Perdana 3, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi:

Shortcuts

Share