Perbadanan Padang Golf Subang

Perbadanan Padang Golf Subang Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Padang Golf Subang 1968

Aktiviti utama Perbadanan adalah untuk membina, membangun, mengurus dan mentadbir Padang Golf Subang (PGS) seluas 330 ekar yang terletak di Ladang Seaport, Subang, Selangor

Terima kasih dan Selamat Maju Jaya, YB Adam Adli! Ikhlas dari Perbadanan Padang Golf Subang.
17/12/2025

Terima kasih dan Selamat Maju Jaya, YB Adam Adli!

Ikhlas dari Perbadanan Padang Golf Subang.

Terima kasih dan Selamat Maju Jaya, YB Hannah Yeoh! Ikhlas dari Perbadanan Padang Golf Subang.
17/12/2025

Terima kasih dan Selamat Maju Jaya, YB Hannah Yeoh!

Ikhlas dari Perbadanan Padang Golf Subang.

Happy Diwali from us at Perbadanan Padang Golf Subang! Wishing your Diwali filled with love, laughter, and sparkling mom...
20/10/2025

Happy Diwali from us at Perbadanan Padang Golf Subang! Wishing your Diwali filled with love, laughter, and sparkling moments.

12/10/2025

Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS) telah menyerahkan 100 batang kayu golf junior jenis Iron 7 kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak dan Persatuan Golf Perak sebagai usaha bersama untuk merakyatkan sukan golf.

Majlis penyerahan ini diadakan sempena Hari Sukan Negara, selaras dengan inisiatif memperluas penyertaan sukan golf di peringkat akar umbi.

Bagi pihak penerima, Encik Fadzrie bin Che Li, Ketua Unit Sukan/SUKMA MSN Perak dan Tuan Mohammad Azlin Nadzri, Presiden Persatuan Golf Perak bersama Pro Afifah Razif telah hadir menerima sumbangan ini.

Penyerahan disempurnakan oleh Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), diiringi oleh Puan Fara Hazwani, wakil Ketua Pegawai Eksekutif PPGS.

Semoga usaha kecil ini menjadi permulaan kepada kolaborasi lebih besar dalam mencari dan membina bakat-bakat muda golf tanah air.

KLAS Golf for Girls – Mencungkil Bakat Golf Wanita Muda! The Malaysian Ladies Golf Association (MALGA) dengan kerjasama ...
09/10/2025

KLAS Golf for Girls – Mencungkil Bakat Golf Wanita Muda!

The Malaysian Ladies Golf Association (MALGA) dengan kerjasama Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS) dan Kelab Golf Negara Subang (KGNS) kini melaksanakan Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) – Golf for Girls.

Seramai 30 pelajar sekolah terlibat dalam program ini yang bertujuan untuk:
✅ Memperkenalkan sukan golf kepada pelajar sekolah
✅ Menyemai minat terhadap sukan golf sejak usia muda
✅ Meningkatkan talent pool dalam sukan golf wanita pada masa hadapan.

Inisiatif ini turut disokong oleh Dana Sukan Komuniti (DSK) dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) KBSMalaysia – satu usaha penting dalam memperluaskan penyertaan golongan muda dalam sukan berprestij ini.

Menariknya, program ini juga merupakan hasil daripada perjanjian kerjasama antara KGNS dan PPGS, yang membolehkan sekolah-sekolah menggunakan fasiliti di KGNS secara percuma – satu peluang yang sangat berharga buat pelajar dan komuniti sekolah!

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 68, Malaysia!Tanah Tumpahnya Darahku!
31/08/2025

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 68, Malaysia!

Tanah Tumpahnya Darahku!

23/07/2025
The ASEAN Templer Park CC Malaysian Ladies Amateur Open (MLAO) 2025 will be held at the beautiful Templer Park Country C...
16/07/2025

The ASEAN Templer Park CC Malaysian Ladies Amateur Open (MLAO) 2025 will be held at the beautiful Templer Park Country Club (TPCC) from July 28-31, 2025.

Organised by the Malaysian Ladies Golf Association
(MALGA) in collaboration with the Ministry of Youth and Sports Malaysia (KBS) through Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS), the 39th edition of MLAO will be set to host 8 ASEAN countries, ensuring opportunity and accessibility.

The 39th MLAO holds a C-Rating on the World Amateur Golf Ranking (WAGR), making it the highest-ranked women's amateur golf championship in the country.

PPGS X Golfhub Golf Simulator is using a new and improved booking system! This booking system will allow you to book ses...
06/06/2025

PPGS X Golfhub Golf Simulator is using a new and improved booking system! This booking system will allow you to book sessions easier and quicker!

After one year of the simulator being free for the public, we have decided to charge a usage fee at an extremely affordable price; RM18.00 per hour! For KBS staff, it’s completely FREE!

Hope to see you at the Simulator soon!

Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5 yang tel...
15/04/2025

Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5 yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh-Nya dan dikurniakan ganjaran syurga tertinggi.

Al-Fatihah.

Petaling Jaya, 14 Mac 2025 – Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS) telah menandatangani perjanjian pajakan kecil dan perj...
15/03/2025

Petaling Jaya, 14 Mac 2025 – Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS) telah menandatangani perjanjian pajakan kecil dan perjanjian pengurusan dengan Kelab Golf Negara Subang (KGNS) pada hari ini. Selaku pemilik tanah Padang Golf Subang, PPGS bertanggungjawab ke atas pengurusan dan pengawalan Padang Golf Subang.

Kelab Golf Negara Subang (KGNS) merupakan sebuah syarikat yang dilantik untuk mengurus dan mentadbir Padang Golf Subang dan telah melaksanakan fungsi tersebut sejak tahun 1971 sehingga kini. Perjanjian ini merupakan langkah penting yang memastikan status Padang Golf Subang kekal sebagai kawasan sukan dan rekreasi untuk manfaat semua rakyat. YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah memberi penekanan terhadap kepentingan mengekalkan kawasan ini sebagai fasiliti sukan awam dan dapat terus memberi manfaat kepada orang ramai.Antara perkara penting yang telah dipersetujui adalah seperti yang berikut:

(1) Fasiliti serta penggunaan padang di KGNS boleh diakses bagi kegunaan program rasmi pelajar sekolah untuk menjalankan aktiviti sukan golf dan lain-lain;

(2) Penggunaan padang, driving range serta fasiliti boleh diakses dan digunakan oleh pemain golf dan atlet negara bagi tujuan latihan;

(3) Diskaun khas kepada pihak Kerajaan melalui PPGS bagi penggunaan fasiliti di KGNS bagi sebarang aktiviti yang dilaksanakan;

(4) Hasil pendapatan daripada sewaan papan iklan KGNS akan digunakan untuk program pembangunan pelapis golf untuk melahirkan lebih ramai atlet golf yang berpotensi; dan

(5) Lain-lain perkara yang boleh memberikan manfaat kepada komuniti setempat.

Sesi menandatangani perjanjian tersebut telah disempurnakan oleh PPGS dan KGNS yang masing-masing diwakili oleh Y.A.M. Tunku Puteri Tunku Dato’ Seri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja’afar Al Haj, Timbalan Pengerusi PPGS dan YBhg. Dato’ Donald Lim, Presiden KGNS, dengan disaksikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Pemeteraian perjanjian ini merupakan permulaan era baharu dalam usaha sama antara PPGS dan KGNS untuk membangunkan ekosistem sukan golf yang lebih inklusif dan boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Address

Perbadanan Padang Golf Subang, Kementerian Belia Dan Sukan, Aras 9, Menara KBS, No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62570

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Padang Golf Subang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Padang Golf Subang:

Share