14/09/2026
MALAYSIA-THAILAND PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK DALAM SEKTOR TENAGA DI GASTECH 2026
Malaysia dan Thailand terus memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama strategik dalam sektor tenaga menerusi pemeteraian Production Sharing Contract (PSC) dan Gas Sales Agreement (GSA) baharu bagi Blok A-18-01 di Malaysia-Thailand Joint Development Area (MTJDA), yang berlangsung sempena persidangan Gastech 2026 di Bangkok pada 14 September 2026.
YB Menteri Ekonomi, Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir bersama Perdana Menteri Thailand, TYT Anutin Charnvirakul telah menyaksikan majlis pertukaran dan pemeteraian dokumen ini di Bangkok International Trade & Exhibition Centre, Thailand.
Kesinambungan pembangunan dan kerjasama dalam Blok A-18-01 ini akan memastikan kelangsungan operasi dan penerokaan sumber bagi kedua-dua negara sekali gus mampu mengukuhkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap potensi industri minyak dan gas di rantau ini.