Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri Laman Facebook Rasmi Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri.

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PUSAT HEMODIALISIS FELDA BELARAKUALA NERUS, 13 September 2026 – Timbalan Setiausaha Bahagian (...
14/09/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PUSAT HEMODIALISIS FELDA BELARA

KUALA NERUS, 13 September 2026 – Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan dan Komuniti), Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) YBrs. Puan Alita binti Abu telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Hemodialisis FELDA Belara bagi meninjau perkembangan terkini projek menaik taraf pusat hemodialisis tersebut serta menilai tahap kesiapsiagaan fasiliti sebelum memulakan operasi.

Lawatan tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada BKSF, JPM, Pegawai FELDA, Pegawai Yayasan FELDA serta pihak FIC bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan pelaksanaan projek, penyediaan kemudahan, pemasangan peralatan perubatan dan tindakan susulan yang diperlukan sebelum pusat berkenaan beroperasi.

Projek Kerja-Kerja Menaik Taraf Pusat Hemodialisis FELDA di FELDA Belara ,FELDA Wilayah Terengganu telah mencapai 100 peratus kemajuan fizikal, menandakan semua kerja pembinaan dan naik taraf telah disiapkan mengikut skop yang ditetapkan.

Antara skop utama projek yang telah disempurnakan ialah kerja-kerja menaik taraf bangunan pusat hemodialisis, pembekalan perabot dan peralatan serta pemasangan mesin hemodialisis dan peralatan berkaitan bagi menyediakan kemudahan rawatan yang selesa dan berkualiti kepada pesakit.

Dalam lawatan tersebut, Puan Alita binti Abu turut menekankan kepentingan memastikan semua keperluan teknikal, pengurusan dan operasi dipenuhi mengikut piawaian yang ditetapkan agar pusat hemodialisis ini dapat beroperasi dengan lancar serta memberi manfaat kepada pesakit khususnya warga FELDA dan masyarakat sekitar.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan BKSF, JPM dalam memantau pelaksanaan projek pembangunan agar setiap kemudahan yang disediakan memenuhi standard yang ditetapkan serta mampu meningkatkan akses komuniti FELDA kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.



Kuala Nerus, 13 September 2026-YBrs Puan Alita binti Abu,Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan dan Komuniti), Bahagi...
14/09/2026

Kuala Nerus, 13 September 2026-YBrs Puan Alita binti Abu,Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan dan Komuniti), Bahagian Kawal Selia FELDA Jabatan Perdana Menteri bersama Pegawai -pegawai dari BKSF telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Encik Shahruddin bin Ab. Rahman, Pengarah FELDA Wilayah Terengganu bertempat di Pejabat Felda Wilayah Terengganu.

Tujuan sesi kunjungan hormat ini
sebagai wadah memperkukuh hubungan strategik, mempererat jalinan kerjasama serta bertukar pandangan berkaitan perkara-perkara yang berkepentingan bersama.

Pertemuan ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa kerjasama antara organisasi demi penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang dan berkesan.




PROGRAM SEMARAK MADANI FELDA – MEMBINA SAHSIAH UNGGUL BELIA NEGARA FELDA WILAYAH TERENGGANU Kemaman, 14 September 2026-S...
14/09/2026

PROGRAM SEMARAK MADANI FELDA – MEMBINA SAHSIAH UNGGUL BELIA NEGARA FELDA WILAYAH TERENGGANU

Kemaman, 14 September 2026-
Seksyen Koordinasi dan Komuniti, Bahagian Kawal Selia FELDA,Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Program Semarak MADANI FELDA: Membina Sahsiah Unggul Belia Negara bertempat di SMK FELDA Neram. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Alita binti Abu, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Komuniti,BKSF JPM.

Program Semarak MADANI FELDA: Membina Sahsiah Unggul Belia Negara telah disertai kira-kira 300 orang pelajar dan dilaksanakan sebagai medium pendidikan sahsiah dan pembentukan jati diri generasi muda melalui perkongsian ilmu, kesedaran sivik serta penerapan nilai patriotisme, disiplin dan integriti.

Sepanjang program berlangsung pelajar telah mengikuti tiga slot ceramah yang menyentuh aspek kenegaraan, pembentukan akhlak dan pencegahan gejala sosial.

Hadir sama adalah Encik Shahruddin bin Abdul Rahman, Pengarah FELDA Wilayah Terengganu, Pegawai Pendidikan Negeri ,Pegawai BKSF,JPM ,Pegawai FELDA Wilayah Terengganu serta pemimpin FELDA setempat.




.

12/09/2026

Esok kita ada dua lagi lokasi PMK! Kalau salah satunya dekat dengan anda, boleh singgah dan luangkan masa hujung minggu bersama kami.

Jom, manfaatkan peluang ini dengan mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan servis daripada kerajaan yang disediakan khas untuk anda semua.

Jumpa anda esok! 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

'Memaknai Harapan Rakyat'




12/09/2026
*LAWATAN KERJA RASMI YBHG DATO’ TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (KEWANGAN & PEMBANGUNAN), JABATAN PERDANA MENTERI*Selasa, 8 Se...
08/09/2026

*LAWATAN KERJA RASMI YBHG DATO’ TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (KEWANGAN & PEMBANGUNAN), JABATAN PERDANA MENTERI*

Selasa, 8 September 2026 - YBhg Dato’ Ahmad Suhaimi bin Endut, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri telah melawat Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA di FELDA Maokil 1, Wilayah Segamat.

YBhg. Dato’ TKSU (KP) turut diberikan taklimat mengenai prestasi semasa projek, pencapaian kemajuan fizikal, status kewangan, isu-isu pelaksanaan serta pelan hala tuju yang sedang diambil bagi memastikan sasaran output dan outcome projek dapat dicapai mengikut tempoh yang ditetapkan.

Turut hadir YBrs. Encik Ahmad Tarmizi Bin Zakaria - Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF), YBrs. Encik Mohd Termizi bin Lee - Pengarah, Jabatan Pengurusan Aset FELDA (JPAF), YBrs. Puan Hazaril Haizat binti Md. Akir - Pengarah, Jabatan Perolehan FELDA, YBrs. Puan Khadijah binti Mohamad Radzi - Ketua Pegawai Eksekutif, FIC Integrated Property Management (FIC IPM), YBrs. Encik Hafiz bin Maaulot - Pengarah, Wilayah Segamat serta wakil pegawai dari JPM, FELDA, FIC IPM dan Pejabat Wilayah Segamat.


MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PRESTASI PROJEK FELDA (JPPPF) JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN 3 TAHUN 2026Segamat, 8 ...
08/09/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PRESTASI PROJEK FELDA (JPPPF) JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN 3 TAHUN 2026

Segamat, 8 September 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Projek FELDA (JPPPF) Bilangan 3 Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Ahmad Suhaimi bin Endut, Timbalan Ketua Setiausaha, (Kewangan dan Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan prestasi pelaksanaan dan kemajuan semasa projek-projek pembangunan FELDA selain memperkukuh mekanisme pemantauan bagi memastikan setiap projek dilaksanakan secara terancang, berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Mesyuarat turut memberi tumpuan kepada status terkini kewangan dan fizikal projek pembangunan FELDA, Status pelaksanaan projek serta membincangkan isu-isu pelaksanaan bagi memastikan projek-projek FELDA dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan dengan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan.

Turut hadir ialah YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF), Jabatan Perdana Menteri; YBrs. Puan Nazrahtul Aini binti Baharum, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri; YBrs. Encik Mohd Termizi bin Lee, Pengarah Jabatan Pengurusan Aset FELDA, barisan Pegawai Pengurusan Kanan FELDA; serta wakil-wakil daripada Kementerian Kewangan (M*F), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri; FIC Group, dan FIC Integrated Property Management (FIC IPM).




🇲🇾 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗞𝗘 - 𝟲𝟵  🇲🇾Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina seb...
31/08/2026

🇲🇾 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗞𝗘 - 𝟲𝟵 🇲🇾

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni, sejahtera dan berdaulat, berteraskan nilai Malaysia MADANI.

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan serta memperkukuh iltizam untuk terus menjaga kedaulatan dan kesejahteraan negara tercinta.

🇲🇾 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁𝗶 🇲🇾





30/08/2026
30/08/2026

Address

Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
62502

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share