17/04/2022
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menganjurkan Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan Hari Penganugerahan Pementoran KeTSA Tahun 2021 pada 31 Mac 2022 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang.
Perasmian majlis, penyerahan Sijil Pentauliahan AKRAB serta penyampaian Anugerah Pementoran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli. Seramai 38 orang pegawai AKRAB ditauliahkan dan 4 orang pegawai Mentor dan Menti menerima anugerah dalam majlis ini.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk melantik dan mentauliahkan pegawai yang telah memenuhi syarat menjadi ahli AKRAB. Pegawai – pegawai ini telah melalui dan lulus ujian Program Pra AKRAB Tahap 1 dan 2 pada tahun 2021. Majlis ini juga adalah untuk memberi penganugerahan dan pengiktirafan kepada pegawai Mentor dan Menti dalam memainkan peranan bagi menjayakan pelaksanaan Program Pementoran bagi tahun 2021. Pelaksanaan program AKRAB dan Pementoran adalah merupakan satu tuntutan dalam Aplikasi Intervensi Psikologi seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022).
Penganjuran majlis seperti ini diharap akan meningkatkan lagi semangat dan motivasi ahli AKRAB dan Pegawai Mentor Menti untuk menjayakan aktiviti yang akan datang.