07/11/2024
๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐ก ๐๐ฆ๐จ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐ ๐ฃ๐๐๐ก ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐จ๐ฅ๐จ๐๐๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐ฃ๐ฅ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ
Pada 6 November 2024, isu tular di salah satu platform media sosial berkenaan
dakwaan negatif yang dikaitkan dengan perjumpaan Ketua Pengarah Kastam (KPK)
dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Genting Highlands selama tiga (3) hari dari
6 November 2024 hingga 8 November 2024. Sehubungan itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ingin membuat penafian berhubung tohmahan yang telah
dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Persidangan Integriti JKDM Se-Malaysia 2024 yang dianjurkan oleh Cawangan
Integriti dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Kastam dan warga JKDM bertempat di
SCAPES Hotel, Genting Highlands dari 6 November 2024 hingga 8 November 2024.
Bertemakan โIntegriti Aspirasi Kastam Bermaruahโ, persidangan yang dirasmikan pagi tadi bertujuan untuk membudayakan amalan integriti di kalangan pegawai JKDM diseluruh negara serta memperkukuhkan semangat nilai-nilai murni yang akan menjadi asas perkhidmatan yang telus dan berwibawa.
Objektif persidangan ini adalah untuk memupuk budaya integriti dalam kalangan
warga JKDM dalam pelaksanaan tugas harian serta sebagai platform untuk
menyalurkan informasi serta perkongsian amalan terbaik untuk memperkasa budaya
integriti. Di samping itu, persidangan ini memberi ruang kepada pegawai-pegawai
JKDM untuk membincangkan isu-isu semasa serta cabaran dalam memperkukuhkan integriti selaras dengan nilai Cekap, Tangkas dan Berintegriti (CTI) dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Kastam.
Inisiatif ini dilaksanakan selaras dengan Pelan Strategik JKDM 2020-2024 di bawah
Cawangan Integriti. Sejak tahun 2017, Persidangan Integriti JKDM Se-Malaysia telah menjadi acara tahunan JKDM yang diadakan bersempena Hari Integriti Nasional.
Pada tahun ini, Persidangan Integriti JKDM Se-Malaysia 2024 turut menampilkan
agenda utama iaitu Ikrar Bebas Rasuah (IBR), yang disaksikan oleh wakil daripada
SPRM sebagai komitmen JKDM dalam memerangi rasuah. Pengisian persidangan ini merangkumi forum dan pembentangan kertas kerja oleh panelis daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM, JKDM dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkenaanbudaya integriti dalam penguatkuasaan undang-undang.
Diharapkan dengan penjelasan ini, sebarang kekeliruan atau spekulasi yang tidak berasas dapat dihentikan serta-merta. Sebagai Agensi Pemungut Hasil Negara, menyediakan fasilitasi perdagangan dan menguatkuasakan undang-undang, JKDM kekal komited untuk memastikan integriti menjadi teras dalam setiap aspek perkhidmatan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan terus memperkasa warga Jabatan dalam menghadapi cabaran serta meningkatkan ketelusan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terus terjamin.
JKDM sentiasa berusaha menangani penyebaran sebarang bentuk surat, emel, berita ataupun apa-apa kenyataan palsu yang dibuat oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab secara berterusan bagi memastikan kepentingan awam sentiasa
terpelihara. JKDM menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati dan prihatin dengan
membuat semakan dan pengesahan terlebih dahulu daripada sumber rasmi JKDM mengenai apa-apa maklumat yang diterima.
Sekian, terima kasih.
๐๐๐ง๐ขโ ๐๐ก๐๐ฆ ๐ฅ๐๐ญ๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐ง๐ ๐ ๐ข๐๐ ๐ญ๐๐๐ก๐จ๐๐๐ก
๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฆ๐ง๐๐
๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
๐ณ ๐ก๐ข๐ฉ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ